Showing posts with label korea drama. Show all posts
Showing posts with label korea drama. Show all posts

Wednesday, October 12, 2011

Temptation of an Angel[korean drama 2009]

Assalamualaikum=)

hari ini mau cerita aktiviti sepanjang cuti;marathon korean drama. cerita korea ni best, walaupun dah lama sangat. tak macam tipikal korean drama, romantik, sedih cinta 4segi-_-.

Temptation of an angle.


Secara ringkasnya cerita ini,Ah-Ran berkahwin dengan Hyun-Woo disebabkan dendam dia pada parents Hyun-Woo yang dah membunuh mak dan ayah dia masa dia kecik dulu. Jadi si perempuan hidup dengan dendam. Lagi-lagi Ah-Ran nie terpisah dengan adik dia. Then macam-macamlah rancangan Ah-Ran nie untuk musnahkan keluarga mentuanya sedangkan Hyun-Woo betul-betul cintakan dia , Sehinggalah pada satu hari Hyun-Woo dapat tahu bahawa Ah-Ran sebenarnya merancang nak balas dendam, diorang bergaduh sehinggalah terlibat dalam kemalangan dan Hyun-Woo koma. Time koma tuh Ah-Ran memang zalim dengan suaminya sehinggakan berpakat nak bunuh suami dia then bakar rumah diaorang. Nasib baik suami dia tuh tak mati. Lepas je selamat Hyun-Woo pulak dah nak balas dendam dekat Ah-Ran sampai sanggup buat plastic surgery.

Then lepas tuh bermulalah dendam atas dendam. Tu jelah serba sikit kan. Cuma aku memang suka tengok cerita ini sebab banyak betul pengajaran dia. Tak usahlah berdendam-dendam sebab kita sendiri pun akan rasa susah kalau berdendam. Sanggup lupakan cinta demi dendam , sanggup tinggalkan bahagia demi nak puaskan hati sendiri. Padahal kalau dikira-kira ibarat macam yang kalah jadi abu , yang menang jadi arang. Sama-sama terbakar .

cuma last-last cerita tuh Ah-Ran bunuh diri. Sehinggakan aku teringat satu monolog si laki dia, Hyun-Woo , dia cakap didepan dia sekarang makam isteri dan kekasih isterinya; isteri yang dibenci yang sanggup berniat nak bunuh dia dah pun mati bunuh diri,dendam dia terbalas. Kekasih isteri dia pun bernasib malang. Sepatutnya dia harus tersenyum sebab dendam sudah berbayar. Tapi kenapa dia tak rasa gembira, malah makin sengsara.

thats why lah aku cakap, cerita ni banyak buat aku berfikir, hari ini aku dah tak mahu simpan sakit hati,takut jadi dendam, lapangkan dada , maafkan semua orang. Mintak-mintak bukan sehari dualah ye rase macam ni ;)