Showing posts with label kenangan. Show all posts
Showing posts with label kenangan. Show all posts

Thursday, December 8, 2011

DIA permudahkan, dengan bantuan teman-teman .terima kasih :)

Assalamualaikum=)

Dua hari lepas aku dah dapat lesen P , punyalah tragis cerita lesen aku sampai rasa macam tak percaya dah lepas seksa P neh dua hari lepas. Sampai naik pening kepala fikir pasal lesen ni.Pecah rekod buat lesen sampai setahun lebih. Tak pernah pernah aku dengar orang ambik lesen selama itu .

Punca dia sebab kena tipu dengan cikgu kereta, bayangkanlah start bulan 10 tahun lepas , bulan 12 neh baru setel , tu pun aku terpaksa uruskan sendiri dengan pejabat sekolah memandu tu. Padahal duit dah bayar semua , tahu-tahu je rupa-rupanya cikgu tu dah dipecat ,bila aku check rupanya lesen untuk motor aku satu sen pun dia tak bayar. patutla lesen L motor tak keluar.

Masuk je sem ni aku terus buat dengan pejabat . nasib baik ade kawan-kawan yang sudi anta pergi balik blaja kereta.Macihhh my lovely fren, kakak,pinky,cikna, adik,antik,kak mas untuk bergilir-gilir teman aku ikut jadual,;p untuk datin wa, mek ra, chu n puteng yang pujuk aku time nangis sebab tak lulus bukit haritu.hhhehehehee..macihhhh dan saye maluuu;p
sayang korang.cium cikit..muah !:-*

Bukan aku sorang je yang terkena dengan pakcik neh, kawan-kawan sekelas n satu batch pun ade yang terkena. Aku rasa masih ada lagi yang terkena dengan dia sebab aku tengok hari tu dia ade masuk uitm ambik budak belajar kereta, sekarang dah jadi cikgu kereta dekat litar belajar memandu yang lain pulak.

ikut hati memang nak je repot ke ape. tapi kesian ingat dia dah tua sangat. Lagipun dia janji nak ganti balik duit untuk belajar motor tuh . tunggu jelah walaupun rasenya macam takkkk dapat je.

Tapi takpe, asalkan dah dapat lesen, dah lepas dah.Alhamdulillah, bukan ape, benda ni makin lama makin berhabis duit , aku rasa aku dah berhabis banyak untuk lesen ni lebih dari sepatutnya harga untuk lesen, dengan kena tipu lagi, hanya mampu bersabar.

Dan untuk L yang hampir setahun aku pegang, berkali-kali renew L setiap kali 35 hingget kena bayar.

SELAMAT TINGGAL :D

Sunday, October 2, 2011

RAUDAH- solusi lengkap keluarga.

Assalamualaikum..=)

duapuluhlima haribulan harituh tamat la sudah final exam aku untuk semester lima sem ini. Maknanya aku dah seminggu bercuti dengan jayanya. Perghhh.. Gembira hanya aku dan ALLAH sahaja yang tahu (hamboi ayat) , Betul-betul terbeban semester nie. Sem depan dah semester akhir . Cepat jek masa berlalu kan? Sebenarnya sem ni memang boleh dikira dengan jari je berapa je entri aku, Huuuuu.. Mana taknya sibuk dengan buat magazine,kad kawen ,kad bisnes , research , presentation , test , Programming , asemen , article review , haishhh.eh tetiba sebut balik jadi berat kepala walaupun dah lepas dengan nak kata jayanya tak la jugak nyaa.tapi lepas lah semua walaupun punyalah serabut ..keh keh. ALHAMDULILLAH =)

So, walaupun dah basi la magazine kiteorang neh, sebab tak sempat nak letak dalam blog. Tapi aku tak kiraaa ! aku nak ceghitaa jugak yang ni.punyalah banyak story mory sepanjang sem lima nih aku tak sempat nak tulis . Rugi benor , kenangan nie kalau tak tulis takut lupa. kannnn?
Dan aku rasa buat majalah neh kiteorang banyak gila habis duit . Kena reject mula-mula tuh . Lec aku yang ni memang pentingkan kesempurnaan sungguh, Tapi salah kiteorang jugak sebab ada content dalam tuh yang dia suruh tunjuk dulu tapi main print jek.heeee...

cover depan. Irma hasmie wehh..aku tiba-tiba jadik minat dia.serius cantekkk =)

kiteorang punya group buat magazine.

isi kandungan


wei.malas dah nak letak caption.mukadimah tadi panjang sangat.malas da nak menaip ;p


aku letak dua je content yang dalam magazine tuh. Banyak lagi yang tak tepek kat sini, Penat nak tunggu upload. Habis 3 bab cerita korea baru siap upload neh tau. Nanti lain masa aku try upload balik.tercinta sungguh line rumah aku neh. Sayang line sayang line ,muaahrrrrghhh-_-



lastly ! tadaaaaaaa.....
majalah yang dah siap.tapi siap di reject la.huhuh...yang terbaru tak sempat nak ambik pic la pulak sebab tengah malam baru siap print.wuwuuww...




Thursday, March 24, 2011

hak kerajaan

assalamualaikum.
ini cerita 8tahun yang lampau.

.ceritanya begini,mase kelas tambahan cikgu ade bagi buku latihan yang bercop hak kerajaan dah.kira cikgu suruh salin dalam buku je.jangan conteng-conteng buku latihan tuh.tapi aku degil!sebab buku tuh warna pink.jadik sangat cantik.aku pun dengan bangganya menulis nama aku kat buku tuh.-_-

lepas tuh.tak lama lepas tuh.aku kena panggil dekat cikgu kauseling.aku macam terkejut.apekahh..aku ade buat salahkahh?cikgu tau ke yang aku curi benih bunga sekolah balik semai kat umah?

google.

masuk je bilik kauseling,aku tak sangka bilik tuh cantik sangat.lepas tuh ade aircond.sejukkk.best.kalau tau mahunya aku jadik pembimbing rakan sebaya.dari jadik pengawas yang naikkan bendera mase lagu negaraku.bosan!

pastuh cikgu A(bukan nama sebenar) pun ajak aku duduk.then dia bagi aku sejuta nasihat,.aku pun pelik.padahal aku tak pernah ponteng kelas.baik.tawaduk.

lepastuh cikgu kuarkan buku latihan yang aku tulis nama tuh.pergh.nak nangis masa tuh.lepas tuh cikgu A tunjuk tulisan dalam buku tuh.terkejut tapir aku.aku conteng nama je.tapi contengan lain banyak gilaaa ditulis.yang paling aku ingat.

ABAH SEMAKIN MENEKAN.DIRIKU YANG MAKIN BERKEMBAM.

ape maksud tuh?sesuai ke untuk budak sekolah macam aku nak paham maksud dia.entah budak manakah yang tulis macam tuh.umur 12 tahun tuh..serius aku nak tau sapelah empunya tuan tulis tuh.

aku memang tak mengaku ah.cikgu saiko aku pun aku tak iyakan.sebab betul bukan aku.ape biol sangat aku.tapi memang peel aku tulis nama.kerusi sekolah dan meja sekolah pun aku tulis,nanti tertukor.

akhirnyaa aku menangis.dan cikgu pun lepaskan aku.aku harap sape yang menulis tuh cikgu dah dapat tau..walaupun aku tak tau sape dia.aku harap dia ok je sekarang.

dan untuk aku.pengajaran adelah.jangan duk gelenyar nak mengaku barang orang macam hak sendiri.-_-



*ampun tak dapat bw seperti biasa.aku perasan sibuk kejap.;p

Wednesday, March 2, 2011

kisah pedajal of da year

assalamualaikum.

ingat tak pasal sambut besday antik semalam?sebenarnya masa sampai kat pantai tuh dah lewat sikit.lepas tuh kawan aku ade dating kecemasan petang tuh.nak-nak pulak jalan nak masuk pantai tuh rosak.so tak jadi mandi.g duk mengedik kat sekitar tuh saje.

tapiiiiiiiiiiiii....oleh kerana kami dah peram ramuan pedajal tuh,masa aku duk borak-borak tiba-tiba kawan aku cakap antik tengah mandi.pastuh datang idea jum mandikan dia wehh..semua gaya tak puas hati.bukan ape.time birthday orang lain.si antik (dengan aku) lah yang menjadi dalang segala idea.ade yang pernah kena mandi ngan budu lah.soya masam lah.kicap basi.tu (aku) dan antik yang selalu pikirkan.HEHHEE.aku sedap ah pedajal sebab bday aku time cuti sem.keh.keh.keh.

lepas tuh aku terus berlakon nak terkucil.cepat-cepat suh dia bukak pintu bilik air.HAHA.dia cakap dia tengah bersabun dahh.tapi aku cakap wehhh..ak nak terkucil sini nehh.aku ketuk jugak sampai nak roboh pintu bilik air.yang lain dah bersedia pegang botol air ramuan tuh.
yang nih campuran susu masam tahun lepas di adun cantik dengan telur.dan korang tau.dua hari weh dah perammm...pastuh botol tuh kawan aku sua kat aku.suruh bukak.bila aku bukakkkkkk...air dia terkeluarrr macam air coke yang dah digoncang tuhh..perghhh..gilaaaaa..busukkkkkkkk!!!!!!!!!.tobattttt ahhh...tak sangka air tuh sebusuk itu.-_-

dan pada masa yang sama si antik nih bukak pintu.kiteorang apaaa lagiiiiii...gedebummmm.*eh bunyi camtuh ke?siram kat dia.termuntah jugak beliau kat situ.AHHAAH.lepastuh berlakulah pergelutan disitu.korang bayang sendiri.telur kat tangan aku boleh pecah sebab hanya terkena air busuk tuh.boleh bayang tak macam mana busuk dia?jelebu bau dalam bilik.dalam sejarah tak pernah aku cium bau macam tuh.huihh..tapi nak wat cmne.kena balas gak sebab antik bos dalam pedajal orang.so.si bos kenalah lebihhh sikit dari anak buah.ehhehe.

dan lepas tuh sejam jugak dia mandi.duk uwek.uwek.ermm...orang ngandung tak camtuh.pastuh aku ngan budak-budak ni pun duk uwekk gak kat luar.dah mana tau bau dia menusuk gitu.air peram rupanya bau lebih kaw dari telur tembelang yek?

erm.kiteorang neh jahat betul kan.pedajal orang camtuh sekali.aku tak taulah nasib kami bila sampaii masa dipedajal.huih.cuak!



aku berani beat.kentut nih tak sebusuk air tadi lagi.lagipun kentut cepat hilang dibawa angin.yang nihhh..berkepammm!!!-_-


akhir kata dari aku.
hepi birthday to me..happy besday to me.happy besday to me.~~~lalalala.

Sunday, February 13, 2011

mencari penagih

assalamualaikum.
baru sempat nak menjenguk blog sememeh nih.HEHE.pagi tadi kiteorang pegi buat research kat pejabat AADK jajahan tanah merah.nak buat kajian pasal record managemnt diaorang.macam mana maklumat-maklumat yang diaorang simpan tuh.dari proses dia hinggalah ke pelupusan maklumat tuh.lumat-lumat kire orang tanya pasal maklumat.biar penat haih pegawai-pegawai kat sane nak menjawap segala soalan padu dari kiteorang.

ni lah antara-antara pegawai yang duk jawap ape yang kiteorang duk tanya.yang berdiri tuh abang zul yang duduk tuh abang zamri.ehhh..encik zul dan encik zamri..diaorang duk cakap serius gila wehh.akuuu?sepatah haghamm tak fahamm..keh2.sebab tuh aku pura-pura duk ambik gmbar sana sini.sampaikan pingat-pingat sijil-sijil diaorang aku hentam ambik.yelah.konon photographer.padahalllll.tak faham dan tak tau nak tanya apa.HEHE.

sebenarnya banyak je gambar kiteorang.sampai ade demo-demo nak tau kiteorang penagih ke idak boleh trace guna IC.masuk diaorang punya bilik simpan maklumat.tengok fail-fail penagih semua..kira best ah tadik.HEHE.tapi line slow semacam.sekeping gambar kat atas tuh mengambil masa kira-kira 2 jam untuk di upload.unbelieveable????BELIEVE IT!

tadi mase aku tengok statistik penagih kan.dalam sebulan ke berapa ye.lupa. yang mendaftar sebagai penagih kira-kira 400 orang tuh.4orang penagih cina.2orang penagih india.dan yang baki tuh penagih MELAYU.ishh.advance gila orang melayu.ada tuh muka hensem-hensem sayangg ah!dah tuhan bagi muka hensem.pikiran pulak tak hengggshemm.ade yang encik zamri cerita.ade penagih yang sukarela datang nak daftar masuk pusat kan.datuk ngan cucu gi daftar.bayang lahh..boleh terima tak datuk tua gayut dah umur 60 still ambik dadah lagi?sampai cucu pun ikut sama.dan diaorang punn MELAYU.=_=.

kira pagi tadi kiteorang punya research berjalan dengan baik.ceh.ayat skema.pegawai-pegawai kat sana serius semua mesra pelanggan.terbaik ah AADK cawangan tanah merah nih.ramai lagi lah encik-encik lain yang menjawap segala soalan.siap keluarkan semua fail-fail diaorang.semua data-data.tolong photostap data yang kiteorang nak buat lampiran reaserch.ketua diaorang pun best.sempoi.HEHE.selalu kan kalau nak pegi research kat jabatan macam AADK ke.JPN ke.bank ke pejabat tanah ke.susah la sikit.sebab bukan semua maklumat nih boleh diberi tengok.maklumat sulit.

nak balik tadi siap bagi buku-buku jenis dadah semua.HEHE.macam lawatan budak sekolah pulak;p


Sunday, February 6, 2011

zaman kencing bersepah.

Assalamualaikum.:)
tadi aku duk getik-getik selongkar akak aku punya laptop nih.tibo-tibo aku terjumpaaa khazanah yang palingg berharga.khazanah lapuk aku.aku senyum je bila tengok budak montel nih konvo tadika.kali pertama kot pakai topi segiempat kat atas tuh.dua tahun aku menyandang gelaran pelajar tadika paling berdedikasi sebab hanya sekali saje terkucil dalam seluar berbanding kawan aku yang lain..cikgu aku siap puji aku lagik.*tipu.sebab aku antara pelajar yang ghetiii cari jamban..bukanye duk kepit-kepit kepit.tup.tup.dah terbarai kencing bersepah.grr.


aku dari dulu lagi maintain buntal.memang tak pernah nak kuruih.masa kecik dulu sedih jugak aku.tapi kawan aku cakap.áwak gemuk sebab ayah awak gemuk.dulu lahh..lebih kurang macam tulah kawan aku cakap.kawan tadika kan kite cakap awak saya.kalau tak cakap awak saya tuhan marah.jadi dulu aku salahkan baka abah aku.ala kecik lagi masa tuh.pastuh aku balas.ha!ha!awak kata ayah saya.nanti ayah saya buang awak dalam loji taikkk.!eh.taklah saya tipu je.saya tak jawap apa pun.saya nangis je.keh-keh.

eh.jangan pandang orang montel macam nih tak bergiat aktif tau mase tadika.semua benda aku masuk.dari hafaz al-quran.pertandingan bercerita.solo nasyid.menyanyi.kira macam-macamlah aku masuk.ingat lagik aku.

tapi yang paling aku ingat aku masuk pertandingan bercerita.pastuh kena hafal kan.aku cerita tak sampai sepuluh minit atas pentas tuh.aku blur.lupa lirikkk oh.eh.lupa skrip.aku senyap.lepas tuh aku cakap.KESIMPULANYA.JANGAN MENJADI SEPERTI KACANG LUPAKAN KULIT.sekian.wabillah hi taufiq.walhidayah.wasalamualaikum,warohhmatulllah hiwabarokatuh.peh.setel!senang je aku habiskan cerita bergantung gitu,.rilek je aku turun pentas.ibu-bapa kat bawah tuh bantai gelak kat aku.lepas tuh aku blur.tanya mak aku nape orang ketawa?mak aku cakap diaorang gelak kat aku sebab aku cerita tak habis.WHAT???cehh ayat what aku pakai.diaorang tau aku cerita separuh.mase tuh aku budak kan.aku ingat orang tak taulah aku cerita separuh.aku pun bantai nangis situ jugak.aku mati-mati ingat orang tak tau.cikgu pun datang pujuk semua janji nanti join lagi lain kali.tapi haghamm.lepas kejadian tuh memang cikgu tak wakil aku jadi pencerita dah.sedih aku.*kesat-kesat air mata.

haritu aku ade terserempak ngan cikgu tadika aku.dia cam lagi aku.lepastuh aku cium la tangan dia ambik berkat.tawaduq tak aku?tanya khabar lebih kurang.dia cakap cepat je masa berlalu aku pun dah besar.cikgu masih cantik macam dulu bagi saya:).




tadaaa...cepat je masa berlalu.aku pun dah mengembanggg kembung semangkuk.ko tau kenapa muka aku jadi oren campur hitam kat gambar nih.hitam adelah warna azali muka aku.dan oren adelah cahaya spotlightssss...spotlight menerangi aku yang sungguh tawaduq ini.:)

p/s;aku rase aku banyak duk cerita kenangan dulu.haih.cerita basi bagi aku memang mempunyai daya mutu dan keunggulan.

skodeng awek.

assalamualaikum..
tadik.aku duk dengar anak jiran aku nih duk mengamuk taknak pegi asrama.dia sekolah SBP kat pahang kot.biaselah budak tingkatan satu.budak baru nak up.HEHE.duk asrama kena pulak buli dek ahkak-ahkak senior.apelah ahkak-ahkak senior ni buli adik-adik..tengok aku nih!senior yang berhati mulia.keh-keh.mulia?aku gunakan ayat mulia?keh3.aku dulu mana ade buli sapa-sapa.kena buli pun idakk.hidup penuh rukun aman damai la.sapa yang duk asrama baru tau feel dia camna kan?.duk umah tak boleh weh makan dalam baldi ke.makan megi yang jemur tengah panas ke.tak merasa la.jumpa orang histeria ke.takde.kat asrama semua ada.cukup pakej!
.
nak dijadikan cerita satu hari aku duk kat tepi tingkap.lepas tuh aku tertengok satu benda asing nun jauh di depan bangunan sebelah.blok aspura.asrama sekolah aku memang dekat je dengan blok asrama budak laki.cuma dipisahkan dengan dewan makan.dorm aku pulak dorm tingkat atas sekali.memang sah-sah boleh tengok free show laa.budak-budak laki ni nak g mandi pakai tuala macam tuh ja!!nasib baik iman kiteorang kuat.HEHE.eh.lupa pulak,cerita pasal benda asing kan tadi?aku nampak TEROPONG weh.teropong kecik.grrr...budak aspura nih tak dak keja lain ke?luka sunat pun belum sembuh lagi!ade hatiii nak skodengggg.

lepas tuh aku terus la repot kak akak tikah.selaku akak yang paling sengal dalam dorm aku.pastuh ade kawan aku cakap kita repot ah kat warden.biar kena spotcheck kat aspura.tapi aku tak setuju.sebab kalau spot check mesti aspuri pun kena sama kan?jenuh nak membayor denda tak kemas bilik.lagipun ramai yang bawak henfon.
pastuh akak tikah cakap.rilek-rilek.dia ade idea bernass punya.kiteorang pun berbincanglah.dan kate sepakat punn dibuat.ngeh-ngeh-ngeh.

tibalah hari sabtu.hari yang ditunggu-tunggu oleh semua warga asrama.yang itu hari pelepasan untuk berpeleseran.time outing tuh kiteorang duk cari teropong kat pasar.memang terbaik ah idea akak tikah.kite kena balas apa yang diaorang dah skodeng kita kan..so baik kite pun beli gak teropong skodeng diaorang.HAHA.kalau pikir balik sekarang agak bongok jugak idea akak tikah neh,tapi kiteorang jenis on je asalkan gumbira jadik belilah jugak teropong ajaib itu.yangg boleh
meneroka tubuh kaum adam.gahahaha..duhai kaum adam di aspura.hukum karma pasti ade.

malam tuh lepas je habis prep kak tikah ah yang mulakan misi skodeng modeng tuh.kiteorang tutup lampu pastuh dia ah paling banyak skodeng orang.yang kedua aku.keh2.aku bukan skodeng apa pun.nak cari secret admire aku je.tapi tak jumpa.frust menonggeng aku.heh.kawan aku pulak nak cari secret admire dia.lama jugak dia teropong.huh!memang dah gila teropong dah!niat asal nak membalas dendam dah jadi benda lain.bukan perkara sengal dah.perkara gatallll.

tapi kesudahan dia warden dapat tangkap kiteorang time spotchek bilik.memang kena denda ah.denda dia memang sangat tak boleh chegitaaaa..tapi sikt lagi nak kena buang asrama.alah.cikgu ni tak rock ah.bukan luak pun kalau skodeng;p

*aku rasa panjang no entri aku.tak larat org nak membacanya.hehe..sori ek takde gambar pastuh tak blogwalking ape hari nih.tenet sloww=_=.





Tuesday, January 25, 2011

blind date

di zaman serba cangih manggih ini.diselang selikan pulak dengan serba alatan komunikasi yang ade nih kann..op koss la macam-macam cara nak mengusha kann..nak mencari jodoh.even aku sendiri pun duk buat skandal mesej dengan blogger ini.cinta berputik di alam maya gitueee.HEHE.i harapp youuu terima aiiiiiii seadanya awww..*panggg!
.maksud aku cinta alam maya gituee..cinta sms gituee..bak kate orang,cinta tuh kan buta.boleh jadik je kita berkapel melalui ym ke,tersuka blogger ke.

aku nak cerita satu benda yang menarik tertarik nih.salah seorang kawan aku adelah buat blind date kan..*identiti dirahsiakan.kiteorang nih sexsited jugak duk mengendap kann.lagipun jumpa depan umah sewa ni je.so memang ade chance la aku pun nak mengendap.dan betul.aku tak lepaskan peluang tuh .

kira laki tuh kira sedap mata memandang.,sedap lagi bahu memikul ah.tapi aku semua orang aku rasa hensem.nak-nak pulak pakwe pandai main gitar.oke lari topik sikit.


lepas tuh esoknya.kawan aku tuh tetiba dia terrmengadu dengan kiteorang.masa duk main air kat lata tuh la..laki yang di blind datekan tuh buat derk je dengan dia.hagahammm jadah ah itu laki..buat tak layan.senyap je hingga hari tuh.pendek kate dia tak terima laa pompuan tuh.

memang laki camni.grrr..kan dah tengok pic semua.ala.janganlah terlalu memilih sangat,kawan aku tuh omey ape.grr..lagipun dia bukan hensem sangat punnnnn~~~ok.bila jadi macam ni tak ade makna dah hensem ko tuh.tapi.hensemm kee?

duhai lelaki semua.janganlah buat macam tuh.tak payah rasa hot sangat weh.kawan aku pun cakap bukan berkapel lagipunnn..just kawan-kawan jelah.kawan pun pilih rupa keee?mase dok mesej-mesej bukan main sayanggg..i lap u.u lap ai

sapa pernah blind date?aku pernah dua kali.mase form four dengan mase form 5.HEHE.tapi nasib baik ok je laki tuh.aku bila mesej kedengan orang tak kenal aku ikut rase hati.bila rase laki ni sempoi,ok.baru ak jumpa.bila dalam mesej pn dah perasan gud-gud.tak nak akuh.nanti kena hina free2 jr.

ok banyak pulak aku tulis.tapi serius laki tuh tak patut buat camtuh.

*broadband dah overlimit:(


Saturday, January 22, 2011

kenangan itu

gambar ni time tahun 2008.mase spm.jawap spm dalam musim banjirr.memang terbaik ahh kann..lepas habis exam terus berenang depan sekolah*ok tipu.tapi masa ni aku ah habis exam dah.cuma kawan-kawan aku yang ambik sastera dengan akaun yang belum habis..

perghh..kenangan itu..kenangan lama ini.rindu ahh wehh nak balik zaman muda remaje.mase baru-baru nak kenal ape tuh chenta monyet.mase form 3 memang excited bila belajar sains chapter 4.;p

tapi sekarang suma dah berjauhan kan..semua dah sambung belajar.serius kenangan itu memang paling manis.kiah,aim.yana,fiza,echah,anis,zahari.mubim,ben, n semua2 budak 5 scn 3.aku rindu weh korang semua.bila nak reunion?nak kasih lama bertaut kembali.bilaaaa?
oke.ini anis,kawan aku.dah pun ade anak.budak kelas aku adelah empat lima orang yang dah khawin sekarang n bahagia semua.seronak kan khawn muda.anis nih umo 19 dah pegang title ibu.seronakkla gitu.semua benda dia dah tau.semua benda jugak dia dah bagi tips untuk aku.aku lambat lagi.27 baru khawin.heeee.kawan aku ecah lak anak dah dua.tapi sekarang still belajar kat penang.khawin zaman study pun best kan:).nanti anak dah besar kita masih still muda lagi.


serius aku mood rindu sek mu nih.rindu dok'oh doh.kalu buleh gakkito pakat la sek kito jupo ghayo cino neh.dehhhh....

rindu ngan cikgu nora jugak;')





Friday, January 14, 2011

kenangan budak sekolah sememeh


tadi duk bercerita pasal kenangan dolu-dolu.time-time tak kenal apa itu kotex.seronak borak sampai tak perasaan dah pukul 12.haihh..niat nak update dan blogwalking hanya terkubur layu begitu saja.ahh..aku memang pemalas.tak perlu dinafikan lagi dari segala segi.gila weh.malam-malam ni memory betul la zaman sekolah rendah.andai dapat ku undur masa.cehh...aku layan gak la axl uh.aku kan suka lagu 90an.;p.duk cerita-cerita tuh aku rase rindu ingat zaman dulu-dulu terus google.dann..credit untuk blog ini .:).banyak wehhh kenangan zaman sekolah rendahhh...mengamit memori gitueee.

tadi memang best bercerita.sampai gelak sakan bila cerita kelakar-kelakar.zaman sekolah rendah zaman terindahlah!problem paling besarrr time tuh pun hanyalah hilang stoking time nak pegi sekolah.dah nangis-nangis.sekarang macam-macam problem bila dan besar.
perghh..yang ni paling layan.dulu mana ada install dalam komputer,menatang apa komputer pun tak kenal.sambung kat tv je kan game mario ni?berebut satu rumah nak main.dann aku.!status sebagai adik bongsu ketika itu..bolayannn weh.asyik abang-abang je dapat main.aku tukang tukar kaset dia je.eh kaset ke orang panggil.HEHE,sampai sekarang aku tak reti main ni.tapi layan gak sekarang dalam laptop akak aku.sebab zaman kecik dipinggirkan.wuwuw.
program susu sekolah!!HAHA.kira hari paling ditunggu-tunggu lah..kadang-kadang menipu cakap tak dapat lagi.padahallllll...dalam beg sekolah yang troli tuh aku simpan.tiba-tiba mengidam weh nak minum susu ni.dulu bukan paket macam ni.dulu putih coklat kan?

sapa yang tak ade koleksi pemadam zaman sekolah dulu memang rugi ah,HAHA.buat lawan pemadam.perghhh..walau aku jarang menang tapi memang banyak beli pemadam nih.HEHE.yang paling suka pemadam negeri macam ni.kalau dapat negeri kita macam seronokk gila..sayang weh nak buat lawan pemadam,kot-kot kalah rugi ah pemadam negeri tuh.dapat kat pihak lawan..wuwuw...satu lagi pembaris ade air kat dalam tuh.yang tu budak pompuan suka.
cantik pemadam ni tapi cam ape je bila padam kertas,habih hitam buku..tapi sebab cantik rela weh beli.mana boleh kalah dengan kawan-kawan sekeliling.;p

yeahhh!!!biskut niii..biskut apa nama ape ye?gila la memori biskut ni.satu lagi biskut kapal terbang.heeee..aku suka makan pilih-pilih warna terutama warna pinkkk.padahal rasa sama je.=_=
belon kulummmm....kulum-kulum lepas tuh tiup..seposen je kan satu?memorial lah.makin aku taip entri ni makin rindu pulak zaman kecik.
yang ni kalau orang pompuan tak main memang tipu ah.anak patung kertas ni main petang-petang je.sayang wehh bawak ke sekolah.kalau kena rampas tak ke rugi.tapi selalu aku buat tanda pangkah kat tengkuk dia.takut malam-malam dia jadi bangun .HAHA.zaman dulu-dulu mak aku selalu takutkan macam tuh,sebab kenapa je.tak bagi membazir beli benda ni.

kalau orang pompuan tak ada benda ni tak payah pegi sekolah ah.jeles weh kat kawan-kawan kalau tak ada benda bagi tajamkan mata pensel ni.nama ape ye benda ni.?
yang ni korang ingat tak?kad nama yang rm3 12 keping tuh.hehe.boleh tulis kata-kata kita.aku selalu tulis."BE THE BEST AMONG THE BEST"haha,,kononya bagi kad kat kawan-kawan kannn...ahhh..gila rindu nak buat kad ni,kalaulah aku simpan satu kad nama aku boleh wat kenangan.hehe..dulu rm3 tuh rasa mahal gila weh.sanggup kutip tin semata-mata nak buat kad ni.
*pic credit

huih..kalau nak cerita semua boleh cecah hujung blog daa...tapi betul lah mengamit memori,taip pun dalam keadaan senyum.ya.betul-betul rindu zaman itu.tuh tak kira permainan petang-petang lagi.dulu mana ade main barbie-barbie doll.main lumpur je,tapi serius seronak.

serius malam ni rindu zaman melompat dengan girang.thanks ye kawan-kawan sebab bukak topik mengamit kenangan ni.:)

Sunday, January 9, 2011

bermalam di wad kecemasan

semalam masa aku duk sedap-sedap syok mabeless sedang blogging,tiba-tiba.ceh.tiba-tiba kan.ayat suspen gitueee.kawan aku baru sampai dari terengganu masuk bilik kena papah dek Qylla.aku pun muka kecut la.kenapa ni.tiba-tiba berpapahan mesra?belum sempat aku tanya.mas terus terjelepok tak sedarkan diri.ingat kan dia tidur sebab dia jatuh atas katil;eh+sempat+lagi=pilih+tempat+best+nak+pengsann~~.

aku pun tepuk-tepuk muka dia.tak sedarkan diri weh!pastu badan lembik gila.qylla.yuni.wana ngan katy muka dah cuak dah.bimbang weh.sini dahla takde famili,kite2 orang je.memang kalau dia tak sedar lagi dah decide nak bawak hospital.masa tuh pukul satu pagi dah,!mula bagi kipas-kipas bagi ada angin.lepas tuh kiteorang sepakat.cehh..ayat sepakat tuh!sepakat membawak berkat.hehe.sepakat tanggalkan baju dia.dia pakai baju kurung moden ketatt kan.takut xdapat bernafas.hehe.memang time pakaikan baju lain tuh dia tak sedar langsung weh.percik-percikkan air pun bolayan je kawan aku ni.memang pengsan teruihhh.

lepas tuh dia macam tak dapat bernafas weh..macam orang nak kurang oksigen.huih.tak boleh jadi dah.kena bawak hospital dah.memang azab sikit kiteorang nak angkat.sebab pompuan kan.tapi kesimpulanya,kami sampai jugak dekat hospital setelah menempuh ranjau duri.perghh..cemas wehh.

ni lepas angkat guna troli.ni kat wad kecemasan.masa ni dah sedar sikit-sikit kot.kawan aku yang model tepi tuh macam mak datin haih.berselendang gitu je.tak sempat dah.tak dapat fikir ape dah.tapi time dalam sepital sempat lagi aku ambik gambar kan.eh.;p

ni orang panggil ape ye?aku selalu tengok je.sebab aku takut dia jadi lurusss je.takut weh anak orang ni.biasala aku kan drama lebih.tu yang tengokkk je sebutir benda kat atas ni.doc pulak cakap kawan aku penat dan stress sangat,siap cakap bergaduh ngan pakwe ke.amboi,kemain kau doctor.
mangsa masih dalam keadaan tidak sedarkan diri.a.k.a tertidor atas katil tuh.ehhehhe..

semalam aku tido dekat 3.3o pagi.nasib baik dah takde ape2 lepas kena cucuk dek doc kawan aku tuh.dahla esoknya*hari ni la.kelas pagi.nasib baik bangun.

muka budak tidur lewat tapi yang dua orang sebelah kanan tuh harammmm.tak sedar pun orang duk kalut semalam.hehe.takpe.kanak-kanak ribena memang kuat dan sihat.hee.pegi kelas je kelas batal.memang sangat bahagia.

Friday, December 17, 2010

♥aku doakan kamu bahagia :')

menyukai seseorang sehingga terbit perasaan sayang adalah bukan sesuatu yang diduga.
walau ia bukanlah yang pertama,tetapi paling terkesan dihati.
secara jujur ,aku hargai perasaanmu yang menyayangi aku seadanya aku ini.
aku bukanlah wanita yang cantik rupanya malah lembut tuturnya.
akulah perempuan yang sering menepis hinaan dengan senyuman.
benar,aku sedar.lelaki mana yang tidak sukakan keindahan.lelaki mana yang sukakan keburukan?
aku sedar di tahap mana letaknya aku ini.dan aku berterima kasih pada lelaki-lelaki yang pernah mengutuk segala ciptaan DIA pada diriku ini.tidak perlu sedarkan aku ini betapa rendahnya aku dipandangan kamu dan betapa tingginya kamu dipandangan orang lain.

berlainan dengan kamu,menerima aku seadanya malah tidak pernah merendahkan diri ini.
mengenali kamu membuatkan aku sedar cinta itu tidak bersyarat.sungguh.kamu adalah sesuatu yang tak mungkin dapat dilupakan dengan mudah.

katakanlah apa saja.katakanlah aku ini perempuan yang memuja cinta yang sudah pergi.masih mengharap cinta yang tak mungkin kembali.
tapi fahamilah betapa aku yang sebenarnya bersalah dalam hal ini.
mungkin sikapku yang tidak pernah serius membuatkan kamu mulai rasa bosan terhadap diri ini.Namun,tidak pernah kedengaran lagi kata perpisahan dari bibir kamu melainkan aku yang menuturkan tanpa berfikir sedalamnya.

tapi kenapa kata maafku itu tidak terkesan padamu sedangkan kamu tahu sikapku yang sebegitu.
apakah sikap tidak seriusku dulu yang kau kata mencuit hatimu itu sudah menjadi sesuatu kebencian padamu kini?

benar.kamu sudah memberi amaran padaku.tidak mahu lagi mendengar perkataan perpisahan yang sering aku luahkan.namun tidakkah kamu sedar aku tidak berlayak untukmu?butakah kamu menilai hatiku yang tidak sebaik mana ini.

namun.akhirnya kamu melepaskan aku tanpa memberi ruang untuk aku.benar,bibir ini puas berkata benci.tapi hati ini tidak rela biarkan kamu pergi.





aku sedar dan aku fahami.mungkin ini yang terbaik untuk kita.perpisahan adalah jalan penamatnya,mungkin perpisahan ini hanyalah sebagai satu sebab untuk kita ketahui bahawa kita tidak tercipta untuk bersama.Mungkin aku bukanlah perempuan yang ditakdirkan untuk memegang tanganmu menuju titan takwa demi mengapai syurga ALLAH bersama.


benar.aku perempuan yang penuh sifat emosi.dan kamu lelaki yang penuh sifat egois.



*maaf.ruang komen aku tutup kerana cinta ini sudah tiada..tak perlu dikenang sesuatu perasaan yang sudah mati.maafkan kekhilafan aku ini.andai terbuangnya air mata ini secara sia-sia.doakan aku baik-baik saja.:'')

Monday, December 13, 2010

cinta budak sekolah


.masa kecik-kecik dulu pernahkah kau admire seseorang?
ataupun sekarang pun korang masih lagi dalam keadaan ke 'admire'an lagi?
ada yang cakap admire sesorang ni layak untuk orang-orang loser aje.
oranggg la cakap.pastuh aku mengiyakan aja.

sebenarnya aku ada berbual dengan bff aku pasal ni.
dalam erti kata lain aku ungkitkan cerita lawak-lawak dimana pada zaman purbakala dulu.
setiap sorang pasti ade sorang admire kat orang.termasuk jugak aku.haha.
biaselah.aku orang terjun laut,aku pun terjun laut jugak.kononya memegang prinsip persahabatan yang ikhlas gituuu..;p

bila ingat kenangan muda-mudi dulu.memang gelak sakan.
memang seronok untuk diungkit.yang kejadian sedih-sedih dulu pun kalau dicerita balik,
mahunya mengelitis ketawa,menjadi-jadi gelak!haippp..anak dara ni..coverr sikit.haha.

sebenarnya,yang aku admire tuh aku terjumpa balik kat u,mybe dia dah degree tahun akhir kot.
mungkin..kasih lama bertaut kembali?apekahhh..hahaha...
aku bila nampak dia hari tuh macammmm..terkejut.segan gila kot.
sebenarnya mungkin dia tahu aku admire dia dulu,dia pun nampak segan jugak.

kalau.dia.tahu.aku.rasa.aku.malu.gila.sebab.aku.tak.layak.untuk.dia..

sekarang aku menyesal gila admire kat orang.bukan aku nak sangat pun.
biaselah.kanak-kanak baru nak menjadi dewasa,baru nak kenal erti cinta.
baru nak kenal jenama kotek,jenama laurier..

kang dah malu sendiri sekarang.dahla aku rasa macam adik dia pun tahu,

korang pernah ke admire-admire orang nihh?
kalau sekarang dah besar-besar pun ada lagi.
baik korang bagi hint-hint kat dia.daripada duk angau sorang-sorang.

tapi aku rase sekarang dah tak de kot orang suka-suka macam tuh,dunia hujung jari dah.
sekarang orang main cinta dunia maya ,cinta sms.kalau admire pun kat pelakon lelaki korea
yang bibir merah-merah itu..awwww..huhu

sungguh tak releven untuk menjadikan diri ini diseliputi musim admire!

Wednesday, October 20, 2010

rindu aku x?

dah 3 hari dah kann xupdate blog..malah x bw pun..
aduhai..hidup tanpa internet itu boring ya?
tapi tak ape! asalkan berada di rumah...bergolek-golek diatas katil.
ber mesej-mesej dengan kawan-kawan...
ber rempit-rempitan menjadi minah rempit..

ohh sungguh boring...
line umah aku neh tah pape tah....
kampung yang segar tanpa anasir-anasir ym dan fb..
ouchh...indah ya?
*_^

oleh kerana diri ini terlalu boring..
aku godek-godek balik gambar-gambar dulu,kini n slamanya..
rindu semua dengan besties mase skul dengan besties kat UNI..
semua gila-gila..sumpah !seronak sangat-sangat kenal korang..


bile time-time macam tu aku rase biarlah ade yang xsuka aku tuh..
aku dah cukup bahagia sebab punya kawan-kawan yang betul-betul kawan..
bile aku balik je..member-member kat kampung dah tepon-tepon..
sayang gak korang kat aku ekh!
xde lain r tuh..mengajak makan mee celup kedai kak dah parit air..
banyak gile kenangan kite kat situ kan?

gila rindu time pakai baju sekolah ponteng pergi makan mee celup !
gila rindu nak naik moto 3 or 4 orang 1 moto..
gila rindu nak kene hempuk dengan buku kat atas belakang kat cikgu..
ingat x time kite nak lari asrama nak tengok rosyam noor berlakon cite castello kat rantau panjang?
malam uh kene ngan cikgu memang kaw-kaw lah..
ingat x time kite kene kejar polis sebab xpakai helmet?haha.
memang mencabar gila!
aku masih xlupa lagi bila moto aku cium kete pokcik wane merah tu..
nasib bek hujan..terus corner pecutt balik..sekali lagi kite x gi skolah kan?ermm..

ahhh...nape banyak sangat gila neh?
memang aku gila rindu ahhh kat korang ! aim ,yana. mira ,fiza, kyah ,ecah D ,sema , sue , zhari ,ben , kolid,mubim n sume3

korang gila rindu x kat aku?
okeh ak tau xjan dijawap..korang xde blog kannn..:PP



Sunday, August 8, 2010

aku bukan aku?apekah!!!

ini kaki ic betol(google punye)

waduh!!capek dong ah!baru pulang dari buatkan permit gue dgn kad cocok bank gue!
makasih ya buat teman2 yang mau kok temanin gue..
hik...suke2 da boleh buat da permit n kad bank..
ase tenang setenang air di kali skrg..hee~~
rayu ku merayu dptla rm40 utk ilang ic tu..
yela..kalo nk rugi mcmtu ler..

tp tda ade insiden yg pelik bin ajaib..
tp bukanlah perbuatan khurafat or paranormal!oo tidak...
cume...
ak punye cap jari xsama gan ic dulu.
so cap jari ak jd xmatching gn cap jari sblmnye..

cuak jgk dlm 20kali main check tekan2 kt dia pnye letak ibu jari tu...
last2 abg tu ckp...cehhh..abg...eh x2..pegawai tu ckp kena guna dokumen pengesahan dulu..
jd bkn kaki ic la..
dah2 ckp siap mase 3-6bln!
dhla xleh wt urusn rasmi gna pgesahan dokumen tu..

siap pgawai tu ckp ak neh rjin sgt bsuh kain.pggn sbb tu sapa cap jari xleh detect..
ops..ak yg pemalas ni agak terasa dgn kata2 itu..
walau senyuman manis bergula ak lemparkan..
tp pahitnya kutelan habis2 san...hik
bnyak la ak kena ari ni..pgwai ckp ak bibik ak kate ak bangladesh!
ckp klon ak la...adoii...

mau ngak tgk permit gue?


ini permit masuk malaysia!

ini permit gue ya!siap ade no permit masuk lg..

oh iya ibu2 bapak2 kalau mahu ambil sy bekerja boleh aja sihhhh!!!!
gajinya bisa dibincangi ya!

Friday, July 30, 2010

KENANGAN SPOLOH SEN

  • pada satu hari sy teringat..
kisah di zaman muda d0lu2...
hehe..
angkara spuloh sen yg xternilai...

mase form 3..
ak penah buat perkara yg paling xtercapai dek akal!
kalo ingt balik mmg knape labiol sgt time tuh,,
tapi income dia!masyukkk...

ntah knape tetiba dpt akal mtk duit sposen gn mber2,,
sbb nk singgit nk beli keropok!
bile mtk2 sposen2 ni diaorng ckp..
ambk jela...xpyh byr alek..

ala..sposen kot...xder org nak kan...

ak pun..dgn tdk segan silu mtk2 kt kelas2 sebelah,,
sbb mmg boleh on dgn sume org..
ade tuh yg bg singit terus ckp.ambk je ecah xyah gnti..

ayat sllu kena pndai la..

cnthnye:
"yen...mu ade dok duit posen?pnjam jap..kek g byr...xcukup nk photostp"


cube teka brape ak dpt?
.heaven!!!nk dkt berpuluh2 hinget jugak..
.
.err....lupe la..tp siap boleh topup ag weh!
dgn cikgu pun ak mtk...tp certain2 ckgu yg mmg baik gn ak le...hihi

tp buat sekali tu aje...kalo buat sllu mau kna pelempang sedas!!
buat sllu mcm sindiket budak2 pengemis lak ak!
sbb ingt pas ak buat tuh..
ade yang ikut jejak..
tp da xde yg nak bg..da tau dah!

n..yang paling best..sum ckp ambk jer xyah byr alek..
2 mnunjkan yg rkyat mlaysia neh xberkira..
or...x mrnghargai duit seposen?

tp kena igt...
sposen tu duit ok..xde dia xckp sejuta!

wah!selain dari kutip tin..
mtk duit sposen bleh dpt side income lagik!wahh...bez2....



  • duit juta2
duhai bloger2 cun n macho2 sekalian!
bak duit sposen!!!