Showing posts with label famili. Show all posts
Showing posts with label famili. Show all posts

Monday, November 14, 2011

airmata zulaikha

Assalamualaikum=)

air mata ni kan selalunya dikaitkan dengan perempuan. Hati sensitif. sikit-sikit nak nangis.Tapi kalau air mata ni dikaitkan dengan BUDAK perempuan tu bagaimana pulak ? Tapi yela. nama perempuan kot. Tu yang suka nangis. Tak kira la budak ke dah besar ke. kalau dah minat dia kearah pengumpulan air mata nak buat macam mana kan.

Aku pelik dengan adik perempuan aku neh. Menangis dia menangis yang macam orang dewasa, menangis yang sentap, bukan menangis kena pukul ke jatuh ke. Amboi, kecik kecik dah pandai terasa hati.Manja terlajak ke ape? mentang-mentang lah adik bongsu, mentang-mentanglah family aku dah berbelas tahun tak ada adik tuptup dia gedebushhh keluar.



Ajar bahasa inggeris pun menangis , bergurau pun nak nangis,yang peliknya dia nangis bukanlah meraung-raung gitu.keluar air mata yang banyak wehhh..perghh..sekali macam orang teriak sebab putus cinta.

pernah sekali tu aku terkena pisau,sikit je pun. .siap-siap cuci luka semua aku suh dia pegi beli plaster,darah pun dah tak keluar dah,then aku pergi semayang maghrib,masa duk solat tu dia duk tepi aku dengan plaster,tunggu aku abis smayang,solat pun dah tak berapa khusyuk bila orang perhati wehhh.ahha.lepas tu dia terus letak plaster kat jari aku tuh.,aku pun saje lah buat - buat mati,.nak bergurau je ponggg.boleh pulak dia nangis pastuh duk panggil kakkk kakkkk...drama swasta betul!

ade jugak hari tu aku kat dapur ngan dia,pastuh aku usik dia cakap aku la anak bongsu bukan dia,sebab mak pun duk panggil aku adik,.anak sedara panggil cik dik.aku form 3 baru dia kuar aku cakap.boleh dia lari bantai nangis kat ruang tamu...haihhhh....kronikkk.kronikkk...


lepas tuh dia cakap.yela dia bukan anak bongsu mak.hahaha...kelakor betul. aku geram sangat aku tanya dia, dia neh nak datang bulan dah ke perangai sensitip gini?abang long pun cakap cepat la ko monopaus dik kalau sekarang dah start datang bulan ,

terus diam then lap-lap air mata.faham pulak kau dik.


Sunday, November 13, 2011

cuti tinggal dua tiga kerat hari lagi.


Assalamualaikum=)

cepat je masa berlalu kan. Dah nak masuk sem baru pun. 20 haribulan nanti dah daftar,Malasnya ampunnn. Tapi sebab dah semester terakhir pejam mata jelah. Cepat bukak sem , cepat habis sem, cepatla dapat cuti yang lagiiii panjanggg lepas ni..heeeee.;p

Tapi aku dah sangat puas hati dah cuti hampir dua bulan ni sebab boleh berhibenasi guling-guling,golek-golek dalam selimut time-time musim hujan hari-hari ni, makan nasi panas-panas dengan daging goreng panas-panas raya haji ,peh!

Awal-awal cuti haritu pegi la jugak mandi manda kat jeram ngan pantai, tapi bulan 11ni memang dah tak boleh sebab dah hujan,bahaya dah ! tapi dah ade planning dengan sepupusepapat semua awal tahun depan nak pergi lata tembakah. Tak sabar nak tunggu cuti raya cina weh !!haha.semangat cuti yang tinggi gamaknya aku sekarang.;p

Selain dari mengisi masa cuti dengan merongeng sini sana ade jugakla benda berpekdah aku buat iaitu ajar adik ika neh.Tahun depan kan dah nak masuk darjah 1, kenalah belajar lebih sikit,nak nak pulak ayah ngah aku bagi banyak buku latihan yang darjah satu punya, sampai menangis-nangis budak ni aku marah, nak belajar,rilex la dik,ratu air mata betul , padahal aku tau tu helah dia malas belajar.-_-



Selain daripada tukang menghantar,mengambil adik aku dari tadika dan tempat mengaji. aku gak suka main ngan sepupu kecik ,budak rafiq neh, gelagat dia mencuit hati.kadang-kadang sampai mencuit cuit jari aku nak cubit dia sebab nakal n perangai loyar buruk yang ampunnn. -_-

Dalam cuti ni jugak akak aku tunang, tapi tak boleh la tunjuk gambar dia.sebab akak aku low profile,heheheeh.cuma nak tunjuk pelamin ni aje., ni pelamin sendiri buat tau.bukan pelamin sangat la.sebab duduk bersimpuh je,Tapi bukan aku la yang tukang buatnya,mak aku.cuma aku tukang tolong bagi semangat je.hehee..


Yang ni paling best aku rasa,time raya haji haritu. sebab 1st time tengok orang sembelih lembu, seronok.hheheheeh.lagipun sebab lembu neh adik beradik mak aku n adelah sedara-sedara mak aku ambik satu bahagian sorang lembu neh,jadi semua sedara-mara kan.yang ramai-ramai tuh semua sepupu,abang,maksedara,paksedara.meriah la raya haji jadinya.

ade baki cuti tak sampai seminggu nie just golek-golek kat rumah la. sayangnya nak tinggal mak,adik,kakak,sepupu,kawan-kawan dekat rumah, pakwe,katil,tilam,bantal,huuuu..cehhh..macam pegi jauh,machang tu je ponggg!!!

Sunday, June 19, 2011

SELAMAT HARI ABAH,ABAH!

assalamualaikum=)

hari ini hari bapa.mase nilah umat manusia sedang seronak mempamerkan kasih sayang.up status facebook.beli hadiah.kecik pun takpe.asal berharga kan.serius hari ini la kite nak tunjukkan kasih sayang.

aku ingat tak nak post pasal hari bapa ni.nanti ade pulak yang rindu-rindu arwah abah kan.ade jugak nanti banjir setaman ni.ni pun aku duk tepi kawan aku nih.duk nyanyi-nyanyi lagu sedih.saje nak buat aku syahdu.,ni sebab baca tajuk post aku.heee..

yela.nampak je aku biasa.tapi bila tengok home facebook semua orang duk cerita pasal abah.upload pic dengan abah.tapi aku ni dah takde peluang macam tu.dua tahun abah dah tak ade.tapi serius rasa baru je.dan rase macam abah masih ade lagi.:')

ehhh.dahlaaaaa....



ape pun.yang masih ade abah.janganlah ek buat abah sedih-sedih.nanti bila dah takde baru lah kite tau camne.

abah.selamat hari bapa...rindu abah !:')





kasihnya ibu membawa kesyurga.kasihnya ayah,sepanjang masa:)

Friday, May 27, 2011

selamat tinggal sayang rayyan darwisyy...

assalmualaikum.

kurang tiga puluh saat dari sekarang aku dah nak balik kelantan dah.dua tiga hari ni aku duk umah abang aku kat putrajaya presint 6.

get settt...GOOO!


yeayy.balik kelantan.lusa balik machang dan belajar dengan jayanya.keh2.


ade 29 saat lagi.


28.



27.

sedihnyaa nak tinggal rayyan yang dah pandai main joget-joget.
jalan dua tiga langkah.
pandai membebel bahasa uganda dan kadang-kadang bahasa zimbabwe.
pandai sepak orang.amboii..yang ni aku rasa nak naik-naik tangan.heee..



huaghh.


19.



18



kat sini dah beli baju raya.eh.perlu ke bagi tauuu..perluuu...baju raya dah beli.puasa ganti belum lagi.boleh?



Friday, March 18, 2011

birthday mem besar:)

assalamualaikum.
hari ini aku lupaaaaaaaaaaa.ampunnn.lupa yang hari nih hari bersejarah mak aku !hari beliau diberanakkan ke muka bumi yang sungguh indah aman dan permai.ishh.!banyak telan semut ke aku ni?selalu aku tak pernah lupa ohh..thanks to kila sebab ingatkan aku sebab dia tengok facebook mak aku.aku ingat yang 18 haribulan mac adelah harinya.tapi lupa yang hari ni dah 18.tapi takpe aku dah mesej je mak aku.call tak boleh.habis kredit.huhuhuh...


ALLAH Selamatkan kamu.ALLAH selamatkan kamu.ALLAH selamatkan puan mashuri taib.ALLLAH selamatkan kamuuu..~~lalallalala.

walaupun aku tau yang mak aku tak baca blog aku.blog ni masuk spesis ape pun mak aku tak tau.yang dia tau.kerja.kerja.kerja.heee.mak aku rajin ohh..tapi sayangnya aku tak menurun perangai mak aku.sebab aku anak sejibik abah.!


dulu kalau orang cakap aku menurun abah aku tak suka sebab bagi aku abah garang(masa dia muda-muda)tapi bila aku dah besar aku rase memang aku ikut jejak abah.perangai abah.abah bukan garang.abah tegas.abah bukan panas baran.abah manja.sebab dia anak tunggal cuma ada adik tiri.macam mak aku jugak.cuma ada adik beradik tiri.sebab tu dia suka marah aku masa aku kecik-kecik dulu.sebab aku nakal;p.aku sayang abah!sayang dan rindu sangat.;').

eh lupa.ni segmen untuk mak aku je.tiba-tiba pasal arwah abah jadik iklan.huhuhu.





selamat hari lahir yang ke 49 mak :)



Thursday, March 10, 2011

bila nak balik?????????????

assalamualaikum.

mood rindu maisara.jumpa last pun hari raya haritu je.erm.kenduri pun maisara tak balik.tak pe ah kalau tak ingat cik dik!

T____________________T


______________________________

seyes ah aku tak tau kenapa kakipar aku tuh tak balik pun rumah mak aku ni.busy kot.tapi tak kerja pun.stay pun kat kelantan je.-_-

abang aku pulak sekarang duk dalam hutan tiga bulan.kotnya tiga bulan lagi baru dapat main ngan budak kecik omey-omey neh.mesti dah tak ingat dah.mesti nak sentuh pun tak boleh.lupa dah aku ni nanti sebab lama tak tengok!







weh!maisara.jangan lupa ek.time kecik-kecik dulu cik diklah yang membasuh berakmu.kang balik nanti jangan nak derhaka ngan aku...;p

Tuesday, March 8, 2011

pujian untuk makcikmakcik sekalian



assalamualaikum.
malam ni entah kenapa belum boleh pejam mata lagi.tapi aku janji.lepas aku publish entri ni aku nak guling-guling sampai tertido.layan lagu jiwang.feeling-feeling.konfirm jap lagi terbongkang lah aku dengan jayanya.heee..

korang tau tak.pujian sebenarnya sebagai satu aura positif dalam tubuh badan manusia.kalo tak caya cuba korang puji orang.op kos kembang semangkuk ah idung dia..heehehe.tapi janganlah kipas sesangat.nampak benor menipunyaaa.huhuh.aku dah lama tak ade orang puji-puji.korang puji aku yang sopan santun ni boleh tak?plzzz!;p.(tiba-tiba rasa nak luku kepala sendiri)

sebenrnya kalau pujian neh boleh mendatangkan faedah gak kat kite.aku adelah sorang mak sedara aku neh.alaaa yang aku penah cerita pada entri dulu.dia neh ade satu penyakit suka dipuji tang masakan.tapi memang sedap pun dia masak.kalau kenduri ke apa.dialah big boss yang tahu berapa-berapa sukatan nak masak ke apa.kira setakat lembu dua tiga ekor tuh adelah sangat senang untuk digulaikan.*tipu.



mase umah aku buat kenduri.aku penah la puji-puji dia malam tuh.sebab apa.sebab nak suruh dia datang masak la.kalau tak puji dia datang gak.tapi lewat dan kurang bersemangat.biase la.akulah pemangkin suruh upkan aura positifnya.hehheeh.

aku: mak do.kalau mak do masak mesti lagi sedap dari orang lain.gulai orang lain buat cair,tak bersantan,
mak do:ye ke?
aku:yela.haritu makcik **** yang buatkan gulai.tak de umphhhhh...
makdo:tapi esok kalau datang lewat mesti makcik **** yang masak.
aku:tula.takpe gak sapa-sapa masak.tapi kalau makdo punya sedap sikit orang nak makan.memang cukup lengkap rasa.
makdo:oke.esok pukul 7 lagi makdo datang masak kat sini.


pehh..see?senang je aku nak bagi dia datang berkenduri rumah aku.keh.keh.keh.aku kipas sikit dah nak datang pukul 7.kalau aku kipas sikit lagi.konfirmmm!!lepas subuh dah tercongok kat dapur umah ak.hehhe.padahal kalau makcik aku yang lain pun aku puji.bukan apa.penat-penat diaorang masak.kita kenalah bagi perangsang.yang penting idup kena adil dan saksama.;p.

Monday, March 7, 2011

suami untuk bonda

assalamualaikum.
hujung minggu hari tuh.masa mak aku buat maulud nabi punyelah kepoh dan kecoh jadiknya bila mak sedara aku tuh duk ingat mak aku nak khawin.cehhh..kemain ye mok nik aku tuh,kalau bab-bab mak aku nak khawin cepat je percaya nyaaa.kalau aku cakap aku nak khawin taknak percaya.kena pangg free ade le.

certianya begini:

mak aku duk call semua la adik beradik dia.nak ajak datang majlis tuh kan.call sorang duk tanya.kenapa wat makan?kak mas nak khawin ke?

mak aku bengang ah.asal tanya nak kahwin nak khawin.dah cakap maulud nabi pun tak mau percaya.

masa mak call moknik aku pun.dia duk tanya.kak mas nak khawin ke?
mak akuu punn.saje je dah bosan dengar.yela..akak nak khawin.nanti mahani balikla sebelum maghrib.sebab kak mah akad nikah isyak.jangan buat tak sempat pulak.

rilek je mak aku.dahtu.lepas cakap tepon pun tak cakap yang mak aku menipu je.dia wat derk.HEHE.nasib ah.mesti mak nik aku dalam keadaan kepercayaan.mak aku neh kuat lipat gak eh.macam anak dia.;p


cik puan besar kaki lipat.kekekee.;p

lepas tuh mak nik aku tuh siap duk berbincang dengan laki dia.nak beli ape untuk mak aku.sebagai hadiah khawin la.siap duk bincang nak beli baju tido paling seksi di abad ini.ehhh.tak kenan la aku.mak aku kurang muda dah sekarang.mana boleh bagi hadiah gitu.HEHEH.

dalam keadaan keterujaan mak nik tuh.dia pun menaliponlah kepada adik-adik mak aku yang lain.maka terbongkarlah kemenipuan mak aku.keh2.siap nak call mak sedara aku yang lain tuh tak menahan.nak share berita gembira ke apa?padahalllll...ditipu bulat-bulat oleh mak aku.memang kecoh seisi rumah dengan berita rilek yang dilipat oleh mak aku.;p


footnote::kalau dapat abah baru.kalau dapat abah baru.jangan yang kedekut sudahhh.senang aku nak pau duit.

Wednesday, March 2, 2011

eh.aku eh?eh.ah.eh ah.

tadi aku dapat perutusan dari yang teramat mulia bonda mashuri .tanya balik ke tak esok.sebab mak nak buat majlis maulud nabi.aku dalam penuh tawaduq berfikir.kalau duduk sini pun bukanya buat pun keje.jadik hamba mengambil keputusan untuk balik tapi dengan syarat hantarkan rombongan untuk mengambil adinda disini.HEHE.tapi memang aku tak balik ngan bas pun selalunya.sebab kelas habis pukul 5.mana sempat aku yang sopan nih nak menapak ke stesen bas.;p

haih.itulah antara kebenefitan belajar dekat-dekat ni.ye dak.heheeh.lagipun memang family aku semua tak pernah belajar keluar dari negeri.abang2 n akak aku semua belajar kat kelantan je.keje je baru keluar dari kepompong hidup yang menepek bawah ketiak mak abah.

sebut pasai abang aku.lupa pulak nak ucapkan selamat hari tentera.keh.keh.keh.semoga sentiasa berjaga-jaga di hutan dengan penuh gagah dan berani.pernah abang aku nih terjatuh dalam longkang demi mencari sesuap line tepon masa dalam hutan.pehh.kaulah perwira kuarga.hek.hek.hek..sebut pasai akak aku.aku nak suruh dia yang datang ambik esok.fuh.fuh harap dia baca blog ak sebab kredit takde nak mesej kak.heehehe.cakap pasal nak balik aku rindu kat adik ika.rindu nak peluk pastuh nak main-mainkan hati adik aku.adikkk..rinduuuuuuuT___T

rasa tak sabar nak balik esok.rasa tak sabar nak borak ngan akak aku dalam keta.walaupun sebenarnya dia yang banyak bercerita.aku tukang dengar je.nak mencelah pun tak kasik chnce.grrrrr.


eh.aku nih homesick gak eh?-_-

Tuesday, February 15, 2011

MY BRO BESTDAY :)

assalamualaikum.
hari ni.16 february 2011.genaplah umur abang aku,poyie 22tahun.jadi,di pagi hari pukul 12 nih aku dengan rela hati buat satu entri khas untuk abang aku tersayang sikit-sikit nih.aku sayang skit je kat dia sebab dia memang selalu jahat dengan aku sedari kecik sampailah besar.memang sangat JAHAT layanan dia pada aku.walaupun dia memang niat nak bergurau je.tapi biase ah.bergurau bodoh dan bergurau kurang cerdik setiap kali.:D

tahun lepas mak aku sambut kecik-kecik je bday abang aku nih.memang mak aku akan sambut setiap kali birthday anak dia.walaupun anak dah besor panjang.masih kena main tiup-tiup ,potong-potong kek segala.tapi serius kalau aku memang lebih seronok kalau mak aku sambut.walau secara bersederhana.tapi boleh mengutuhkan hubungan kekeluargaan gituee..cehh!ayat aku.macam skema je.keh.keh,keh.

nilah abang aku.sengaja aku letak gambar tertonggeng macam tuh.biar ade efek seksi.:p.eh.dia aku tak taulah sekarang single lagi ke tak.sebab dah lama jugak dia tak balik rumah.biaselah .busy kononya.padahallll..aku rasa bukan belaja sangat punnn~.banyak join aktiviti U dia je kottt..aku sengaja promot abang aku.mana tau dapat akak ipar dalam masa terdekat nih.lagipun korang semua (blogger perempuan sahaja)semuanya baik-baik.cun-cun.jadik aku nak test market ah.korang nak tak jadi akak ipar akuuu..wuwuwuuw;p

walaupun abang aku hitam macam aku.tapi hitam manis k.dan SEKSI.korang nak bukti?.
.
.
.
.
.
.
.
..
hoyeahhhhh!!!!jangan memain k.lelaki gelap seksi weh!;p


cehhh..gurau je.tak kemana pun nak promote diaaaa..bukan dapat ape-ape pun.so,aku cuma nak wish kat abang aku:
.
.
.
.
.



I am fortunate, and I'm glad I got u for my brother.
Even if I had the chance, I would not pick another.
Because you're someone very special Brother.
It's so nice to have this chance.
To wish you the best of everything A whole year in advance.

Happy Birthday My Brother!! Muhammad Zainuri:)






Thursday, February 10, 2011

memang nak kena pang nih=_=

masa hari raya cina haritu.abang ngah aku balik.hidup lebih meriah cehh..meriah ke jadik rumah macam tongkang pecahMERIAHHHH!sangat meriah..tak la aku duk sorang umah.kalau adik ika g kelas.ade jugak abang aku ngan akak ipar aku.boleh kita menjalinkan hubungan lebih akrabb.nak-nak pulak budak rayyan buntut nih balik.rindu gile kottt.rase nak gigigit-gigigit jeeee.
haaa!nilah budak yang bakal buat hidup aku meriah!bercahayaaaa hidup aku bila hari-hari duk boring takde buat ape.aku dengan rasa bersifat keibuan rase hepi ah kann...


tapppiiiiiiiiiiiiiii....


tak boleh dekat sikittt haaa!terus loading nak nagis.eh budak nih.pangg kang!

memang burok benor menangis.rase nak kepal-kepal je pipi dia.pastuh gomol.hheehe..tapi tak boleh nak sentuh pun.kalau tak rumah ni MERIAHH dengan tangis manja.HAHA.ape!ganas sangat ke layanan aku terhadap aku duhai rayyan?

memikirkan.....

Wednesday, February 9, 2011

rajin ade maknaaa ghupenyaaa

assalamualaikum.
*kisah time cuti yang ditulis time habih cuti sebab line dirumah menduka chintaaakannn...

di petang nan hening.tiba-tiba aku rasa rajin nak membasuh moto.memang kalau rasa rajin kena cepat-cepat cari baldi dengan sabun.sebab perasaan rajin tuh boleh berubah dalam tempoh 5 saat kalau tiba-tiba terfikir"nantilah duluuuu...esok-esoklahhh..jap-jap lagii lahhh".jangan harap dah nak rajin.iyelah.buat keje ngan duk rilek.yang mana best?heee.ala.cerita basuh moto pun nak tepek.tapi bukan sebab tuh.nampak tak tangan kecik yang duk memberus kat atas tuh.aku memang rajinn!tapi rajin menyuruhhhh.HAHA.


CAKKK!muka budak hepi dapat main air.aku tolong siram-siram je dia tolong basuh.perghh..adik aku memang adik contohlah.syabasss bete!!!kekalkan prestasi anda!kenapalah mak aku bagi aku sorang je adik.kalau dapat ramai-ramai kan best.memang bahagia menjadi kakak!
kemain adik akuu..sempat dia mandi.budak kecik takpelah.kalau yang dah gedabak pun nak buat perangai gini.lupakannn~~!


oleh kerana saya sudah membasuh motor,maka akak saya perlulah membalas jasa baik saya dengan menghantar saya setiap pagi.lupakan tido yang mengasyikkan bagi kamu itu duhai kakak!grr.

Monday, February 7, 2011

senyum IKHLAS dari dia.

assalamualaikum.

tahukah anda.menyuruh anak-anak membasuh dan menyimpan rumah pada zaman kecik adelah satu terapi bagi merealisasikan bakal wanita contoh dan tawaduq pada masa akan datang?beliau adelah salah satu bakal wanita contoh pada dua puluh tahun akan datang.

tahukah anda jugak.menjadi kakak yang baik adelah bilamana anda menyuruh adik anda membuat kerja-kerja rumah dengan janji manis akan membuat air milo susu kesukaan adik anda.mengumpan dengan cara berhemah tanpa menggunakan nilaian wang malaysia adelah yang terbaik bagi melatih anak-anak anda dari menjadi pisau cukur pada masa akan datang.

menyuruh bukan bermakna ragging.tapi untuk melatih.

lihat sahaja senyuman IKHLAS dari anak-anak anda.ini adelah hasil didikan itu:)

sekian.





*selingan::
akak!nie watermark yang ecah try buat.sorila,tak boleh ym kat akak.tak gheti guna email.kalau akak rase tak cantik ke ape cakaplah.nanti ecah try buat yang baru.akak nak ym la senang.baru kite boleh berdiskusi.cehh..diskusi gitueee.hehehe..maaf kalau buruk.nanti kite buat yang baru ye;)

Saturday, February 5, 2011

kenapa perlu kissing di khalayak?

korang pernah tak rase potong stim?geram tul aku.potong stim ah.baru nak layan ape-ape tibo-tibo ade lak halangan.contohnya macam nak keluarkan gas kentut.kira dah ready kan nak keluarkan pembunuh senyap tuh.tiba-tiba ade orang lak datang menempek kat kite.grrr.baru nak keluarkan natural perfume.keh.keh.

macam tuh jugak ah keadaan aku sekarang.seronok duk layan game budak budak nih.cehh..menyempat cakap game budak-budak.tibe-tibe dia cakap ERORR EROR.aku dahla sikit lagi nak menang.memang potong stim betulll.

hah!game nilah.game wedding planner.punyalah susah aku nak handle guest semua kan.tengok la berapa ramainya guest aku nak layan.dengan DJ yang selalu buat hal lah.dengan flower girl yang duk bertumbuk la.tuh semua aku kena setel.tu tak kira dengan meja kek patah semua.pastuh guest pulak demand.nak duk tepi VVIP ja.sakit hati aku layan peel-peel kartun dalam game nih.ade pulak jenis orang mabuk masuk majlis.panas betul aku.semangat gila aku plan elok-elok.tapi aku duk tengok pengantin tuh sikit-sikit kissing.sikit-sikit kissing.taik ah.taulah weeding kamu.tak boleh tunggu malam sikit ke?

aku rase kalau aku khatam game nih lepas dah aku jadik wedding planner..hakhak.tak pun mak andam.;p.
tapiiiiiii...sikit lagi nak khatam tibo-tibo dia cakap ERORRRRRR.eee...memang menduga kesabaran dan ketawaduqqkan akulahh..kena restart balik.main balik.=_=

aku sebenarnya ambik ngan kawan aku game nih sebab nak balik umahla.nak bagi adik aku main.kan aku akak yang baik dan bertimbang rasa.mestilah membawa sedikit entertainment dalam diri adik aku.hehe.tapi aku kena gak hati-hati kan.game nih orang putih buat .kot-kot rosak moral adik aku tuh.jadi aku try ah main dulu.heee.tapi aku tengok game nih pengantin duk comolot je.memang tak boleh jadi.maka aku sebagai akak yang baik,aku jelah boleh main game nih.:)

kesimpulan dia,jangan cakap aku macam budak-budak.aku terpaksa main demi adik aku.

Sunday, January 23, 2011

semua orang sayang mak dia laahh

bila malammm kann...mesti kita nakkk makk..nakk makkk kann..rindu ah kat mak aku.mok.mok rindu dok ko ore nih?=_=.seyes weh.aku tak taulah bila time degree nanti.kot-kot dapat kedah or shah alam mesti gila ah.aku nak kampus KB boleh?tak nak kuar kelantan.boleh?bia ah orang cakap bagai katak bawah tempurung,melepaskan pucuk masing2 pun adee akuu kisahhh?tapi aku rase nak g penang.sebab nak jumpa maisara ngan akak diana.;p

ok.tak payah cite lagi pasal degree.diploma ni pun setahun lagi aku kena belajar.kenapalahhh aku ni malas belajar.kot-kot lepas diploma aku terus khawin.malas weh nak ngadap buku.grrr.kalau masa tuh aku dah ade pakwe.aku paksa dia pinang aku.!
sedang berusaha untuk sengetkan kepala demi nampak muda remaja.


ini mak aku.kalau tahi lalat tercotet kat dahi tuh memang dia ah,mak aku memang penternak tahi lalat yang berjaya.

masa ambik gambar nih aku ingat lagi mak aku duk posing sambil cakap.

mak :ambik gambar comey-comey dehh..

aku:alohh..nak comey gano ah?gitu jelah.=_=*boring duk tak puas hati aku ambik gambar.asyik cakap.ambik balik.ambik balik.mak ni kalau time posing memang tak hengatt..baru aku tau dari mana aku menurun perangai nih.

mak:ke mak kena wat gini?*sambil kepala dia senget-senget.

aku:lahhh..bakpo.duduk molek gak mok.

mak:mak tengok adik sokmo senget-senget bila ambik gambar.comey ko buat gitu?

yela.yela..senget lah makkk..saje nak sindir aku orang ambik gmbar senget gitu.aku takpelah,muda remaja lagik.hue.hue.hue.kalau mak yang buattt.oke.masih muda tapi tak remaja..takkk sesuaiii

aku cakap dekat mak aku gitu.tapi mak aku gelak je.yelah.aku tak tawaduqq sangat.suka cakap lepas je ngan mak.nasib baik dia tak marah.tapi dalam hati wallhualam.


selingan satu*

adah.ni header baru.sori tak boleh email.dah try hantar tapi xdapat.terpaksa upload dalam entri.kalau nak tukar adah cakap k.buzzz je echah.24 hour online ym tuh.hikhik



*selingan kedua

esok adelah hari yang ditunggu-tunggu..tak sabar :)


Thursday, January 20, 2011

kraft surat khabar.

*adik,kak dok kelik ari ni.dok buak lesen keto etek.pahtu nok g derat lata bakoh etek.oyak ko mok deh.kak saye adik.muah-muah.


gila.sejak datang menuntutt ilmu kebatinan kat machang ni,sekali pun aku tak balik lagi rindu betol kat adik ika semua-semua rakyat-rakyat dirumah aku.tula orang cakap.bilaa dekat bau tayikk.bila jauh mula nak rindu-rinduan segalaaa...agak kegedikkan disitu.

kalau aku duk umah.boleh jugak pegi lepakk umah mak sedara akuh.ceh.lepak la sangat.aku selalu pegi rumah mak sedara aku nih kenapa.sebab diaaa nih jenis suka buat kraf-kraf.dulu dia suka duk kait bunga dekat tudung bawal siap boleh jual lagi sekarang duk gila buat benda nih.bakul yang dibuat dengan surat khabar.perghh..habis surat khabar umah sedara mara diangkutnya.tapi belinya idakk..hee.tapi dah lama aku duk perati.lama jugak ke obsesan mak sedara ku kali ini.selalunya dia.sebulan dua dia cari benda lain pulak,dulu duk jahit manik kat baju laa..apekah dan kenapakahh aku tak menurun kerajinan dan kekreatifan mak sedara aku nih..huih.


haritu sempat jugak aku try buat tapak bakul or pasu untuk bakul kertas ni.tapi haghammm..susah weh.complicated yang amatzzz..kenapa masih ada rakyat malaysia yang rajin mengodek kraft-kraft tangan?lepas tu aku dah tak sentuh dah.susah wehhh....pastuh mak da aku tuh jenis kedekutt..aku buat tak reti duk membebel habiskan kertas surat khabar tuh.cehh...padahal duk kutip umah orang lain gak.;p

tada..ehh.dah siap dah?pendek kata dah banyak lah mak da aku buat,setiap adik beradik mak aku dapat banyak dah.dia bukan nak jual pun.saje takdak buat ape kann.isi masa lapang.siap buat topi la ,bakul bawang la.pasu bunga.bekas makeup.kapal selam je belum buat lagi.HAHA.

tadaaa...eh dah siappp dah.siap syelek dah.haritu aku ada request kat mak da aku nih suh buat bekas bertutup.nak buat simpan brooch.tapi sampai sekarang tak dak buat lagiiii..kalau aku tanya.nantilahhh..nantilahhh..kalau bagi upah cepat ah.grrr..baiik aku simpan brooch dalam laci je kalau nak berbayar=_=

*haritu aku ade singgah kedai kraft dalam airport.sekaliii..bekas macam ni yang keciiik sebesar tin susu pekat manis tuh dah 35hingget,perghh..kalau jual kayoo ha.

Sunday, January 16, 2011

entri khas untuk abang ngah aku :MOHD ZAMY SHAM

pernah tak korang search nama dekat google.Kalau tak ada keje memang main search google je.biasala tak ada keje.HEHE.aku pernah jugak search nama aku.tapi almaklumlahhh tidak sefofular orang lain..haghaaammm..tak ade pun nama aku.hehe.

tapi yang kelakarnya abang aku ni main google jugak.banyak jugak hints nama dia masuk keywords.pergghh...kantoi aku ade blog.dulu pun pernah dia google nama dia.dahtu.sapa lagi nak google nama sendiri kalau tak diri sendiri tak?hish,menyempat lagi abang aku buat perngai budak-budak.padahal dah jadi abi pun sekarang kan,

nampak tak baris kedua lepas kelambu tuh?biasa ah.selalu ramai cari kelambu dalam blog ni.HEHE.mohd zamy sham !haihh..kantoi la entri aku dolu-dolu duk mengumpat abang aku ni.HEEHE.


ni la tuan empunya nama zamy sham itu bersama anaknda tercinta yang kiut macam cik dik dia.;p.esok-esok masuk pulak keywords ni kot.HEHE.mungkin boring ditempat keje,jadi meng search nama sendiri di google.yelah.buat ape nak search nama orang lain kannn..

ni isteri dia merangkap akak ipar aku yang aku sayang.HEHE.korang tak sayang ke akak ipar?sayang je kann..tapi maluuu nak cakap.biase ah.rayyan tuh kemain kan pakai spek gedabak tuh.ayannnnn u r rock la dik.cik dik sayang kamuuu...bila kite boleh beramas mesra.hikhik


HERO CILIK keluarga aku.cucu lelaki pertama famili aku la.tu yang sayang kemain tuh.aku lagi sayang dia sebab kami berkongsi tarikh lahir.senanglah nak hadiah dari Abi dia kan,dah takde alasan.kalau ayan dapat kek.cik dik pun nak kek jugak!!

oke.muka luhur perasan suci.

sekian sahaja.aku harap lain kali abang aku search ade la jugak benda dia boleh baca.tak adelah search tapi frust macam aku.HEHE.

Friday, January 14, 2011

cek mek molek

korang ingat tak kenangan masa kecik dulu?mestilah ingatkan.HEHE,nak jadi besar gedabak macam sekarang kite lalui zaman-zaman kecik dulu. aku ingat lagi.masa aku kecik-kecik dulu mak aku selalu buat kuih jual kat kedai makan.kira tumpang letak kat kedai-kedai.aku ingat laagi time tuh.sebelum subuh mak aku dah bangun buat kuih.tapi yang paling aku rasa tak leh lupakan rasa kuih mak aku ialah apam dengan cek mek molek.kuih-kuih lain macam karipap,roti goreng,donut,kuih bom tuh biasa jelah.tapi cek mek molek ngan kuih apam ni memang laku betul.sampai pagi-pagi ade yang datang beli kat umah aku.tak pergi beli kat kedai makan.HEHE.

perghh,,makan panas-panas memang layan weh,.dahla apam golek lenggang kelapa tuh gebusss je.masa cuti sem aritu aku ade cakap kat mak aku buatkan kuih.lepas anak-anak dah besar ni tak adenyaa mak aku nak buat.dia sibuk dengan dunia jual berasnya.tak merasa wehhh makan kuih lagi.kalau nak makan sangat pegi beli kedai.hehhhh~~~

apam mak aku gebus lagiii dari ni.hehe..ni google punya.;p.perghh..layan weh kalau dapat seketul kuih nieeee...
yang kecik-kecik pun mak aku ade jual.dulu murah je.yang kecik-kecik ni makan muat-muat se 'ngappp' mulut.so senang je.perghh.layan habis.;p

yang ni masa mula-mula goreng tak payah cakap nak jual lagilahhh...bagi anak-anak makan dulu.pagi kan.sebelum pegi sekolah.

selalunyaa abang ngan akak aku lah yang pegi hantar kat kedai kedai.akak aku pulak bangun sekali ngan mak aku tolong,aku nie kecik sangat lagi masa tuh.darjah berapa lupa.tapi aku tabik ah akak aku.kecik-kecik dah rajin tolong mak aku.darjah dua dia dah pandai masak.bayangkan jelah budak kecik tu masak kan.mak aku siap buat kekuda untuk akak aku panjat nak masak.pendek kan lagi time tuh.dapur pulak tinggi,

serius weh.orang dulu-dulu kalau bantu suami memang superb ah,mak aku pernah meniaga macam-macam.pernah meniaga kat pasar malam.depan umah,buat kuih.macam-macam la demi apa?demi anak-anak ngan suami.tapi orang sekarang,ni merujuk bebelan mak aku kepada seseorangg,kaum kerabat aku gak.suami duk susah-susah bukan nak tolong.makin duk bergaduh ada lerr..kalau kite,carila jalan.buat apa-apa yang mendatangkan duit.jangan duk goyang kaki je.tak kesian kat laki tuh.kalau laki ade duit bukan main baik.bila dah tak de marah-marah.padahal laki terpaksa pinjam duit mak pulak.kita ni dah jadi isteri kenalah bersusah senang!tu la sedikit kata-kata azimat mak aku yang aku petik dari bebelan dia.tak pelah.dengar mak kita membebel ade pekdah jugak.boleh buat panduannnnn ke gerbang rumah tangga.

ermm..aku harap aku tak jadi macam tuh.aku akan tolong suami aku sedaya aku.bukan tolong membebel je.HEHE.


Tuesday, January 11, 2011

kereta terbanggggggg

korang penah tengok kereta terbang tak?aku tak pernah jugak.tapi mak aku cerita.HEHE.sebab masa tuh aku keje.*time cuti.aku kan rajin bekerja.agar duit berkepuk-kepuk.ehss.nak cerita pasal arwah abah aku.erm.tiba-tiba rindu kat abah.


masa tuh kan.mak aku duk kat ruang tamu.rumah aku guna pintu kaca hitam.eh.macam kacamata hitam gituee.hah.pic kat atas tuh lah mak aku duk kira duit.mak aku kan taiko.bila mak aku duk kira semua untung rugi dia berniaga tuh,dia pun terus bangun masuk bilik.aku pun lupa mak aku nak buat ape kat bilik tuh.tapi masa tu time zohor la.mak aku duk tunggu arwah abah aku balik keje.pintu slide tuh tertutup rapat.mak aku melangkah je kat dalam bilik,tiba-tiba....

KEBAAABOMMMMMMM...bunyi yang maha dhasyat.mak aku terkejut gila lah.terus mak aku berlari-lari tengok apa yang maha dhasyat itu.ghupenyaaa-ghupenyaaa...

from google.

nahhhh!!!abah aku dah selamat parking dalam rumah dah.aku syak abah aku ni dulu ahli stunt sebab parking keta sampai masuk dalam rumahhhh!!gila dahsyattt...abah aku cakap nak brek dia tertekan minyakkk.mak aku cakap terus terketar kat situ.gila weh.bersepahh kaca pintu.ayah aku memang kalau bawak keta laju.mak aku cakap dia speechless*perghh.nasib baik mak aku sempat bangun dari tempat duduk tuh.sebab meja kerusi semua kena rempuh.memang rosak habis...alahai abahhh...nasib baik adik aku ika tuh duk rumah mama dia*mak sedara aku.nasib baik tak ada orang dalam rumah.sebab kalau duk depan tuh memang sure kena rempuh dek kereta terbang tadi.

abah aku lama terdiam dalam kereta.mungkin terkejut kot.kalau aku pun gila nerves,tiba-tiba ayah aku keluar dari pintu kereta tuh,mak aku tengok ayah aku,ayah aku tengok mak aku.mereka saling berpandangan.dan..abah aku berkata."mah,nak makan nasi".perghh.tak beragak abah mintak nasi.hehehe...mungkin sebab tak tau dah nak buat apa.mak aku pun terus gi dapur hidang nasi.sempat diaorang makan nasi tuh.mak aku senyap jelah.abah aku ni garang.nasib baik abah sendiri yang jadi ahli stunt,.kalau aku lah yang tersalah tekan minyak tuh.menangis tak berlaguuu..wuwuuw.

riuh weh sekampung datang.sebab bunyi yang maha dahsyat itu.nasib baik metro je tak sempat datang.abah aku sedap je makan nasi.dia ada darah tinggi kan.mybe dah tak tau nak buat apa-apa.sebelum pikir baik kite cekau nasik dulu.hahha..kelakar bila bangkitkan balik cerita ni.


nilah dari sudut luar rumah.tapi sekarang dah tambah besi sebab bahaya wehh..kita kat dalam ni tak nampak orang.tiba-tiba jadi macm haritu pulak naya weh.


serius aku pun terkejut bila balik keje.mak aku cakap nak buat macam mana.dah nak rugi.yelah.kerusi meja rosak,tak masuk pintu lagi.kereta pun teruk gak rosak depan.dugaan~~

dalam kenangan.pintu yang bersepahan.masih kukuh di tepi rumah aku.mak aku tak buang.aku agak mungkin ada memori dalam serpihan kaca itu..perghhh..ayat.nak masuk jiwang pulekk.;p

Thursday, January 6, 2011

Lots of good wishes ♥

ADEK KU ZULAIKHA.budak buntal tak suka mandi tapi comel bila bangun pagi.apekah?eh.sape lagi nak puji dan kutuk adik sendiri kalau bukan kakaknyaaaa....kan?sebenarnya 4januari hari itu adelah hari lahir satu-satunya adik kesayangan akak esah nie.HEHE.aku selalu cakap,dalam ramai-ramai adik akak,adik ika la paling akak sayangg sangat-sangat.perghh..ayat memujuk ke hapaeee..padahal memanglah aku paling sayang dia.sebab dia sorang adik aku.tapi adik aku tak dapat tangkap kata-kata aku tuh.mungkin masih tak sesuai untuk digunakan gurauan itu untuk budak yang baru mencecah enam tahun dua hari lepas=_=.

nie mase hari lahir tahun lepas.bersama akak iera cayam duk nak potong kek.aku dimana.aku dihati mereka saje,*tukang ambik gambar.haih dik.akak tengok kawan-kawan kamu semua bertudung.kamu je freehair,bila nak berubah ni dik oihh..;p

sebenarnya nak post dua hari lepas lagi.tapi selalu tak sempat nak update.tak sempat le sangat ha!

adik,tahun lepas dah bertadika,tahun ni pun menyambung pengajian ke peringkat tadika.adek aku ni aku puji satu je dia.kalau dia mintak barang,dan mak aku cakap tak boleh dia tak akan mintak dah.,dia dengar kata.sejak dari kecik lagi macam tuh.aku geram betul bila budak duk menangis bila tak dapat mainan ke hape.nasib baik ika tak macam tuh,kalau tak makan penampo berapi lah kau dik.

tahun ni akak aku cakap nak beli basikal untuk dia.nak kumpul duit adik beradik.lagipun tahun ni adik tak dapat ape-ape hadiah pun.dia tak meminta-minta dan tak paksa.kalau cakap elok-elok dia akan tunggu jugak hadiah tuh.



adik bersama bonda tercinta.cepat je masa berlalu.adik dah makin membesar.adik.akak harap adik boleh jaga mak.abah pun dah takde akak pun beberapa tahun lagi dah nak jadi bini orang.*kot time nak feeling sadis sempat lagi nak khawin.;p.adik janji ya jaga mak baik-baik bila besar nanti:).

Sis I treasure you close to my heart,
Through tears n laughter,
And sisterly hug,
I've watched you grow,
Happy birthday to my lovely little sister! :D