Showing posts with label besties u. Show all posts
Showing posts with label besties u. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

Sissy Closet

Haluuu. Hari ni kan rasa macam tak sibuk je, dengan itu aku menyibukkan diri untuk promote kawan aku punya bisnes online shopping. Harap dapatlaa sikit-sikit untung, mana tau diaorang nak belanja cendol ke ape ke. haish tengok tu la. Ikhlas tak ikhlas nak promote ni ecah hoit. Tak-tak kita memang ikhlas, niat nak tolong kawan, korang pun tolong jugak eh. support my friends ye. 

Sissy closet ni ambik daripada perkataan sister, maksudnya diaorang bergabung  untuk wujudkan bisnes neh. Yele side income, yela student brapa sangat la dapat ptptn kan, kalau dapat punn terrrbeli henfon plak, eh *terasa*. HAHA.

Serius diaorang punya harga sangat affordable, bila diaorang nak jual mahal sikit mesti aku akan bantah, pendapat customer always right ye dak? Memang sangat murah dia jual nak compare dengan blogshop lain. Ada yang harga sampai RM 69.90 untuk peplum tribal ke apa. Memang pitam la untuk pembeli kan. Niat nak menjual pun kena elok. Setakat ni baju diaorang serendah RM 26- RM45 kot kalau tak silap. Kira masih mampu milik la. Tak ada yang sampai  RM50 pun. 


Peplum fishtail neh dalam harga RM30++ kot. RM 38 or 39 kott. Tak konpem. Nanti korang tengok eh dekat album diaorang. Semua masih available lagi. Selalunya peplum yang labuh belakang ni kan orang jual sangat mahal. Sampai RM 50 lebih pun orang sanggup beli lagi. Dahla exclude postage pulak tu. Yang ni dah include postage. Berbaloi.:)


Peplum stripe is soo inn sekarang, sangat cantik dan sopan. Tak dela singkat sangat. . Memenuhi kriteria sopan dan sweet.


Yang ni material chiffon tak silap. Dahla full lining, takde la kain nipis dan terpaksa pakai singlet ke apa. Material sangat cantik. Dan yang bestnya dia punya harga around RM 30++ jugakk.. Mana nak dapat kalau material yang dah lining dengan harga tu sekarang?

Haih terpanjang pulak. Kalau berminat boleh like page SISSY CLOSET  
Atau boleh terus deal ngan diaorang.

Pm  Email: sissycloset6@gmail.com 

SMS/ Whatsapp / Viber: +60179001105

Instagram: sissycloset06

Thursday, October 4, 2012

Kesian kau student


Apakah yang paling best kalau jadi student?




Makan megi ramai-ramai dalam besen..

Saturday, September 29, 2012

Watashi no namae wa samurai desu.

Ni entry frust aku dan kawan-kawan. Social networking ni kadang banyak mengimpak kita jugak. Betul ke penggunaan tuh? Aku tengok sini sana orang canang pasal samurai burger twit situ status sini. sikit-sikit check in mcd makan samurai. Kemain eksited la aku nak mengetest tahap kepoweran samurai tapi adoi kenapa pening lepas makan? Rasa daging lembu tu rasa macam rasa sangat benda tu daging lembu. Macam mana nak explain eh?Samurai ni kali terakhir aku rasa ko tau! aku dah anak tirikan double chesse beger. sian dia.kalau aku tau aku amek dabelcis macam biasa.grrr

Rasa dia manis. Tapi ikut tekak masing-masing la kan.ada cakap best. Tapi semua kawan aku cakap tak sedap. Nak abiskan tahap mengeletar.huhuh.Tapi diaorang bagi cadangan tulis dalam blog benda ni sedap. cakap je cah benda samurai ni sedap sangat.Biar sape yang baca blog ko tertipu dan beli jugak.Pesen nak balas dendam jenis apekah?nak marah kat samurai lepas tu bia orang dapat rasa kefrustan kita?gitu ek..Aku pandangg je diaorng.

kiteorang makan sambil makan sambil membebel. Tapi abis tak tahan. HAHA. lepas tu rasa pening macam huyung hayang mengantuk.

Aku pun cakap aku frust la. Diaorang angguk-angguk lepas tuh aku cakap eh nak amik gambarlah.nak membebel dekat blog.Terus semangat semua ambik susun-susun nak ambik gambar. Ape kau ingat perlu ke diaorang disusun sebegitu rupa. adoi layan budak ni pun satu hal. kang aku samurai baru tau.

Cantik tak susunan dia weh?satu beger ada satu sos.yang air tinggi dok belakang sebab dia tinggi.lepas tu samurai beger kena letak bangun gitu satu.supaya orang boleh baca.gitu.

Cendol Bakar Kuala Selangor

Assalamualaikum=)
Hai belog lama tak jumpa awak. Rindu. Hehew. Aku sekarang memang tak sempat je nak hadap blog ni. Kelas pack dari pagi sampai malam. Dahla assignment pun cantik je beratur tunggu. Diam ek asignment nanti aku dating ngan ko satu-satu. Penat.

Eh haritu aku ade pergi kuala selangor, pergi rumah sue sebab rindu lama tak jumpa. Lagipun kiteorang rindu dekat masakan mak dia. Eh ke aku sorang je rindu?HAHA. siap mesej suruh mak su masak. Tak malu betoi.

On the way nak pegi tuh kiteorang ternampak cendol bakar. Drive thru siap. Unik gila. Yuni cakap pernah nampak orang share gambar kat fb,rupanya kat sini cendolnya. Baliknya memang kiteorang singgah lah. Aku ingatkan cendol bakar ni cendol yang dibakar. Terpikir sedap ke cendol yang dibakar. Rupanya su cakap nama owner dia lah bakar. Adoi maaf pakcik bakar. Misuderstanding tinggi daya khayalan tuh.macam mana cendol nak dibakar?

Ramai orang. seyes masa kiteorang drive-thru tuh panjang lagi kete kat belakang beratur.Terpikir sedap sangat ke weyyy?

Bro tu pandang je kiteorang snap gambar. Mybe dia cakap ni bukan orang sini neh.nampak beriaaa je.HAHA

Drive-thru here we gooo!!excited weh nak rasa.
`Aku amik cendol pulut tapai.ada yang ambik cendol vip.Tetiba aku rindu nak minum air tapai kat Nasi air Pok Awi besutt.sedapp.Bila nak smpai sana lagi?

Akhirnyaaaa..

Dapat terus berebut nak rasa.Tapi Sikit jelah yang merasa, Aku dengan yuni je habiskan cendol tu.Orang lain dah kekenyangan sebab baru je lepas makan rumah su. Ha tulah excited sangat. Tapi bila lagi nak rasa kannn.. Bagi aku sedapp cendolnya. Banyak cendol. Tak kedekut.Patutlah orang ramai. Free refill pulak tuh.

Itu sajalah karangan saya bertajuk cendol bakar, Jum semua kita sambung cari artikel untuk assignment kesayangan!hidup assignment!

Saturday, September 22, 2012

Jadi student balik.

Dah hampir dua minggu ghupenya aku start sambung study dekat puncak perdana nie. Nak update pun baru ada masa. Kononya la kan. padahal dah sibuk berjalan. :P

Memandangkan kiteorang tak dapat kolej kite sewa dekat apartment sebelah U neh. Ok la. Cuma konon nak bajetkan. Terus la buat list nak beli barang. Padahal macam tak biasa pengalaman masa diploma dulu. Awal sem je beria nak masak ketung-ketang. Bila dah ujung huh! megi la kesayangan hamba. Tuan umah kiteorang ni oke. Lec dekat uitm s.alam. hensem wehhh, oke tu ok la. Tapi pinggan mangkuk xsedia. Sedehh..

Dah siap list sepanjang alam maka bergerakla kite ke tesco berdekatan yeee.:D

Sua kamera je senyum kerang. Nak buat cmne. Tesco neh macam kiteorang yang punyaaa. Takde sape pun. Pagi kanss, nak pulak bukan time weekend.
Dapat ku bayangkan sardin panas panas plus telur goreng, cicah budu dengan nasik panas. Heaven..

Wajah kesayangan hamba:). Pinky ngan sue je takde. tersesat g Uitm tmpat lain. Sedehh.Oh yaa. Yang tepi wana tu nana, our new housemate.hehehw
Duk dekat Tesco kau berangan duk cameron ada bunga segar?Kataku smbil mengembang kempiskan hidung.

Inilah hasilnya bila bertungkus lumus meround sepelusuk tesco neh. Dekat 3ratus gak. Tapi kongsi kira ok la. Mula ni je banyak nanti beli ape yang takde jelah.

Balik je terus buat jadual masak-kemas umah-buang sampah. Hidupkan perlu sistematik. Baru tak gaduh.Heeee
Ni aku kasi last gambar yuni sebab dia takde dalam entri. Sakit keuzuran duduk je keje dia haritu. Muka over excited kanss. Percayalah ni dbuat-buat. Sebenarnya sedih wehh jadi perantauuu. :(

Nak duk machang boleh? Nak balik setiap minggu. Huuu..


Monday, June 18, 2012

Kelah Pantai Joget.

Assalamualaikum=)

Wah.Sekarang sebulan sekali je update blog.Memang terbaik sangat.Okla dari takde langsung..Cuti dah dua bulan lebih,lagi baki dia dah tak sanggup aku tunggu.Bosan yang amat.Keje pun tak best.Ni aku update pasal kelah kat pantai Irama bersama besties..Setelah sekian lama tak jumpe.Adelah dalam 2 bulan.Malu gak pestime,sume malu nak amek gambo.HEHHE.Tapi semalam je tido tumpang umah Kila,Esoknya semua nak balik.

Lain kali kite kelah lagi ye kat pantai joget-joget ni :)..Haih.Blogger pencen neh dah tak tau nak update cerita ceriti pasal ape..Mood dia dah kelaut tiada kedarat.

Twit-twit jum.:D

Saturday, April 28, 2012

Akhirnya tamat sudah :D

Assalamualaikum.=]
Hui hui hui.Sayang ku belog sihat tidak?rindu aku ke tidak belog uit?Dah lama tak bukak newpost pun da bertukar wajah.waa..canggihhh.HAHA.

Now sebulan duk rumah aku sudah jadi bibik berwawasan,mencapai ciri-ciri wanita berkerjaya tapi tidak melupakan asas-asas keperluan rumah tangga.Contoh;belajar masak,mencuba segala resepi baru,mengemas rumah,membasuh baju dengan pakej jemur dan angkat segala mak nenek kain,dan tidak dilupakan proses mengemukkan badan serta mentidokan diri.Enak seyh!tapi macam dah boring dah.Nak habiskan 5bulan lagi baki cuti boleh kejung.

Semalam check result last sem. Macam-macam perasaan ade, yang aku takut skali tetiba last sem repeat.Haish.Risauuuu.Tunggu kemain pukul 12 nak check result punya pasal,last-last aku tertido jugak.Nasib baik dalam pukul 2 yuni mesej suh check.Dia da check.Aku dengan perasaan malas bangun la jugak.Dan alhamdulillah.lulus semua.Walaupun result tak adelah tinggi sangat.Yang paling best skali result aku,kila yuni dan antik sama.HAHA.ni berkat kite berempat duk main 'sapa dapat jawap soalan dapat minum air free'..
Gambar selepas paper last part 6.Hari terakhir di uitm Mache.<3
Ni boleh dikatakan sebagai gambar family,susun yang tecik-tecik duk depan.yang tomey tomey(besar2 :p) duk belakang..10 orang ni kawan sampai mati.InsyaALLAH.Walaupun akan terpisah time degree nanti aku harap hubungan kita tak akan putus.Aku sayang!sayang korang sampai mati.Housmate,besties,kadang-kadang jadi musuh pun koranglaaa.time-time pedajal besday sesapa.sorang-sorang jadi jahat gilaaa.HAHA.


Hadiah kita semua.Aku jaga elok-elok si coco dan en tulang.janji :)

Saturday, December 17, 2011

adorable toyen.

Assalamualaikum..=)

Semalam pergi beli makanan dekat sigai kedai depan u neh kiteorang terjumpa dengan si tecik comel tapi comot weh. Tapi seyes pandangan dia sangat lembut je. Duduk di penjuru dinding. Sian kan si tecik tuh. Aku pun nak ambik buat balik rumah. Tapi sebenarnya takut nak pegang kucing. Jadi Kila yang ambik. Ingat nak bela kat umah sewa. comel comel weh. Lagi comel dari orang yang buat-buat comel. 


tengok ! comey kann. Tapi kesian sebab asyik mengiau je. menangis. Takut-takut. Pastuh wawa cakap berdosa besar tau pisahkan anak kucing dengan ibu dia. Alorh. Sian pulak. mesti dia ade mak lagi kan sebab kecik.

tengok dia senyumm.. kan dah cakap dia lagi comel dari orang yang buat-buat comel . kiteorang dah namakan dia toyen sebab warna oren. Toyen toyen toyen !Tapi sebab nampak dia takut-takut terus pergi letak balik.heeeee.sedihnyaaa.haritu ada si ning tapi ning pun dah hilang. Takde benda la nak manja-manja kat umah sewa neh.;p

lucu weh kucing neh,.masa naik kete  nak anta dia balik,dia pandang je kat luar dengan sedih. rindu mak kot.HAHA.

huuu..toyennngg. kiteorang pasti akan rindukan toyen neh ! nanti kami akan jenguk-jenguk kamu dan culik kamu kejap ye :D

Thursday, December 8, 2011

DIA permudahkan, dengan bantuan teman-teman .terima kasih :)

Assalamualaikum=)

Dua hari lepas aku dah dapat lesen P , punyalah tragis cerita lesen aku sampai rasa macam tak percaya dah lepas seksa P neh dua hari lepas. Sampai naik pening kepala fikir pasal lesen ni.Pecah rekod buat lesen sampai setahun lebih. Tak pernah pernah aku dengar orang ambik lesen selama itu .

Punca dia sebab kena tipu dengan cikgu kereta, bayangkanlah start bulan 10 tahun lepas , bulan 12 neh baru setel , tu pun aku terpaksa uruskan sendiri dengan pejabat sekolah memandu tu. Padahal duit dah bayar semua , tahu-tahu je rupa-rupanya cikgu tu dah dipecat ,bila aku check rupanya lesen untuk motor aku satu sen pun dia tak bayar. patutla lesen L motor tak keluar.

Masuk je sem ni aku terus buat dengan pejabat . nasib baik ade kawan-kawan yang sudi anta pergi balik blaja kereta.Macihhh my lovely fren, kakak,pinky,cikna, adik,antik,kak mas untuk bergilir-gilir teman aku ikut jadual,;p untuk datin wa, mek ra, chu n puteng yang pujuk aku time nangis sebab tak lulus bukit haritu.hhhehehehee..macihhhh dan saye maluuu;p
sayang korang.cium cikit..muah !:-*

Bukan aku sorang je yang terkena dengan pakcik neh, kawan-kawan sekelas n satu batch pun ade yang terkena. Aku rasa masih ada lagi yang terkena dengan dia sebab aku tengok hari tu dia ade masuk uitm ambik budak belajar kereta, sekarang dah jadi cikgu kereta dekat litar belajar memandu yang lain pulak.

ikut hati memang nak je repot ke ape. tapi kesian ingat dia dah tua sangat. Lagipun dia janji nak ganti balik duit untuk belajar motor tuh . tunggu jelah walaupun rasenya macam takkkk dapat je.

Tapi takpe, asalkan dah dapat lesen, dah lepas dah.Alhamdulillah, bukan ape, benda ni makin lama makin berhabis duit , aku rasa aku dah berhabis banyak untuk lesen ni lebih dari sepatutnya harga untuk lesen, dengan kena tipu lagi, hanya mampu bersabar.

Dan untuk L yang hampir setahun aku pegang, berkali-kali renew L setiap kali 35 hingget kena bayar.

SELAMAT TINGGAL :D

Sunday, October 2, 2011

RAUDAH- solusi lengkap keluarga.

Assalamualaikum..=)

duapuluhlima haribulan harituh tamat la sudah final exam aku untuk semester lima sem ini. Maknanya aku dah seminggu bercuti dengan jayanya. Perghhh.. Gembira hanya aku dan ALLAH sahaja yang tahu (hamboi ayat) , Betul-betul terbeban semester nie. Sem depan dah semester akhir . Cepat jek masa berlalu kan? Sebenarnya sem ni memang boleh dikira dengan jari je berapa je entri aku, Huuuuu.. Mana taknya sibuk dengan buat magazine,kad kawen ,kad bisnes , research , presentation , test , Programming , asemen , article review , haishhh.eh tetiba sebut balik jadi berat kepala walaupun dah lepas dengan nak kata jayanya tak la jugak nyaa.tapi lepas lah semua walaupun punyalah serabut ..keh keh. ALHAMDULILLAH =)

So, walaupun dah basi la magazine kiteorang neh, sebab tak sempat nak letak dalam blog. Tapi aku tak kiraaa ! aku nak ceghitaa jugak yang ni.punyalah banyak story mory sepanjang sem lima nih aku tak sempat nak tulis . Rugi benor , kenangan nie kalau tak tulis takut lupa. kannnn?
Dan aku rasa buat majalah neh kiteorang banyak gila habis duit . Kena reject mula-mula tuh . Lec aku yang ni memang pentingkan kesempurnaan sungguh, Tapi salah kiteorang jugak sebab ada content dalam tuh yang dia suruh tunjuk dulu tapi main print jek.heeee...

cover depan. Irma hasmie wehh..aku tiba-tiba jadik minat dia.serius cantekkk =)

kiteorang punya group buat magazine.

isi kandungan


wei.malas dah nak letak caption.mukadimah tadi panjang sangat.malas da nak menaip ;p


aku letak dua je content yang dalam magazine tuh. Banyak lagi yang tak tepek kat sini, Penat nak tunggu upload. Habis 3 bab cerita korea baru siap upload neh tau. Nanti lain masa aku try upload balik.tercinta sungguh line rumah aku neh. Sayang line sayang line ,muaahrrrrghhh-_-



lastly ! tadaaaaaaa.....
majalah yang dah siap.tapi siap di reject la.huhuh...yang terbaru tak sempat nak ambik pic la pulak sebab tengah malam baru siap print.wuwuuww...




Friday, June 24, 2011

esok is my sayang birthday~!:)

assalamualaikum=)
sayang aku?besday sayang aku?biar betul.kate sendirian.HAHA.

hamboiii.aku kemain.berbaju tido excited tak excited nak wish kat sayang aku nih!sweet tak???;p

cakkk...ni sorang lagi madu aku.di pun nak wish kat sayang sorang nih!cehh..tu pun kena paksa banyak kali.heeee.

yang lain semua balik rumah la,ade dating la.ade malas mahu ambik picture.sudahnya aku dengan wawa je ambik gambar konon sweet tuh!wawa tak marah kan kat aku sebab pakse mu.keh2

sebenarnya,esok adelah birthday my bff kila.terpaksa wish awal sikit sebab aku takut tak sempat nak online.heeeee.kila!sedar tak sedar dah dua tahun lebih kita berkawan.serius aku tahu mu selalu je terasa hati dengan aku.kau kan hati lembut dan sensitif.;p.so.aku nak mintak maaf if ade gurauan yang terlebih kasar.termoody ke.ape ke.walau ape pun.mu tetap salah seorang orang yang bermakna dalam hidup aku.:)

ape pun.banyak nak cakap.tapi tak terluah pulak.terlebih feeling kottt.HAHA.xpun sebab katy,.kakak,cikna,sue ngan kinky balik rumahhhh:(

takpe kila.nanti adelah kiteorang nak bagi suprise.tapi kena tunggu pukul 12 ! ;p
KAWW KAWW nanti mu kena kila.HAHAHHAHAHAH<--gelakkk shaitonirojimmm.



With a friend like you, who cares and supports with like family, life and world turns in to so much fun. Thanks and wishing you a very sweet birthday.=)

Monday, June 20, 2011

nak sangat aku mati agaknya.

assalamualaikum=)

haihh,ni lagi sorang.nak jadi makcik pakcik lidi penyapu.kalau cakap mesti penat aku nak melayan.kalau tak layan kesian.HEHE.

hari tu kiteorang pegi wakaf che yeh.aku pun belilah baju kelawar.balik je rumah kawan aku tanya aku beli ape.cakaplah beli itu ini dengan itu ini pung pang pung pang aku berceghitaaa..lepas tuh dia usha-usha aku punya baju kelawar.baju ni lebih kurang baju kebangsaan aku jugakla.baju kelawar kan senang.sekali sauk dah full package.eheheh.

yuni:ecah.berapa ringgit ni kau beli baju kelawar.

aku:murah je.30 hingget 2pasang.ok la tuh.sepasang 15 je.

yuni:kenapa tak beli yang 10 ringgit sehelai tuh.yang kain kapan tuh,murah je.

aku:KAIN KAPANNNN??????agak-agak la %^#@%(mencarut).nak aku mampus agaknya.

yuni:yela.kain kapan.

aku:kain kaftan la ngenggggg...huhhh...(sikit lagi dia bergurau gitu aku lesing dah.tangan dah ready je nak westling)

yuni:eh.kain kaftan.kapan pulak dah.heheheehh..*dengan muka tak bersalah sambil membelek2 kain kelawar aku.-_-.

aku pun tak faham.KAFTAN dengan KAPAN pun boleh tertukar.keeeee saje-saje tukar ni.macam ade makna je.huuuuu..


ni kaftan la woiiiiiii.bukan kapannnnn....huihhh....tadi aku search kain kapan nak letak dalam belog ni.tengok je rase takutt..heeee..memangla mati tu pasti.hidup ni insyaALLAH.tapi seriau weh tengok kain kapan package dengan mayat-mayat kat google tadi.tiba-tiba aku rasa sayu je,sampai hati kawan aku suruh beli kain kapan :(.

Friday, June 17, 2011

perbezaan antara mee lidi dan penyapu lidi.

assalamualaikum=)

tadi baru balik dari beli barang dapur.semester ni kiteorang masak laaaa*bangga+riak+takbur;p*.tibe-tibe kinky nih mengidam nak makan mee lidi.siap sedia mengerah tenaga janji untuk masak mee lidi.esok kan cuti.dah dia pun sanggup nak masak.kiteorang ikutkan la.kang kempunan aku tak tau.HAHA.

mee lidi nih la yang dia nak beli.kat supermarket pun tak de.aku pun tak pernah-pernah makan mee lidi.tapi kinky cakap orang ganu memang selalu makan.so kiteroang cari seluruh pelusuk bandar machang nie.kedai-kedai runcit pun si kynki cari,semua takde.adoii..kempunan laaa kiteorang.lepas tuh kiteorang pun pegi kedai dekat dengan u nih.kire kedai last ah.kalau takde jugak.nak goreng nasik jela pagi esok.tapi oleh kerana nak makan jugak.huhhh!!!APEEEE PUN TAK BOLEHHHH.

.semua dah penat menjalankan misi pencarian mee lidi.jadik aku ngan katy pegi kedai depan tuh.

katy:makcik.mee lidi ade tak?

makcik kedai:dah habis dikk.

pakcik kedai(suami makcik tuh kot:eh.adik ambik laa.ade yang dah diguna tuh.ambik je.*sambil tangan menunjuk-nujuk kat bawah lantai)

sesaat kemudian.aku dengan katy berpandangan.mee lidi duk bawah lantai???MENARIKKK.

pakcik tuh terus bergegas ambik mee lidi yang dimaksudkan.ghupenyaaaa..diaorang dah salah faham.ingatkan kiteorang nak beli lidi penyapu..aiyorkkk...

mase tuh katy cuba nak cakap yang kiteorang bukan nak lidi penyapu..tapi makcik tuh bersungguh benar nak bagi.dia hulur kat aku.aku pun pegang katy.nak gelak tapi tahan jelah.yelahh.pakcik tu tau yang kiteorang ni student.aku pun macam pegang katy tak bagi cakap yang nak mee lidi.takut diaorang malu lak.sebab dah baik sangat nak bagi lidi tuh free.HAHAHAH.kelakar gilaaaaa...katy pun kuar nonong je ,aku syak dia kuar untuk gelak.

aku:eh.pakcik.takpolah.tak payah la kalau takde lidi,nanti cari kat lain.

pakcik kedai.:ehh..ambik.ambikk laa.pakcik tak guna sangat.

aku:errr..segan nak ambik free2 nih(ayat backup padahallll nak cakap yang nak meee lidi!mee lidi la pokcikkk.meeeeee.)

makcik kedai:kalau adik segan bayarlah 50 sen.kira makcik jual.boleh?

aku:errr...*terus ambik duit n bagi kat makcik n pakcik tuh.pegang lidi.cakap time kasih.dan cabutttttt....

aku masuk dalam keta hulur lidi kat member-member nih diaorang gelak.wehhhh...curi kat mana lidi nihhh...satu kereta gelak guling.HAHAHAH.

missunderstand yanggggg....nak cakap takut kecik ati.tak cakap dapat lidi.heeeee;p



pagi esok kite rebus lidi nih buat mee goreng berlidi.boleh?;p

Friday, April 29, 2011

dah habis exam!:)))

assalamualaikum..
yeayyyy!!!!!cehh..over exsited lak.dah habis exam dah.tade dah buku-buku dalam kehidupan aku.sebulan cuti ni akan aku manfaatkan sebaik baik yang boleh.antaranya,tido makan tido makan dan dannnn dann...

semalam mase last paper aku macam dah malas nak study mase petang-petang tuh nak baca buku pun malas.gulinggulingguling je aku.mungkin sebab dah last paper.rase malas.padahallllll paper nehla yang aku rasa paling gerun ah.sebab buku dia tebal sikit.err,kalau nipis pun ak malasss.-_-


nasib ah mase pukul 1 pagi tuh kesedaran mula timbul.kawan aku pun bagi cadangan apekah eloknya kita stay up sampai pagi.aku pun ape lagi.berkobar-kobar semangatnya hah.siap g 7e beli air penguat tenaga batin.nak stay up punya pasal.

mula-mula aku nak minum kacip fatimah tuh.tapi si katy cakap redbull ah.segar siket mata,aku first time kot minum air tuh.

aku pun tak menahan.rase nak stdy berkobar kobar.tapi balik je umah.duduk depan meja.huih.jeling jeling kat bantal.aku tau bantal bucuk rindukan aku.aku salute ah budak-budak nih.study tak hengatt.aku lepas je minum redbull,sempat baca satu bab je.tido sampai pagi.ehhehehehe..semua orang dapat penangan redbull ngan nescafe.semua segarrr segarr je mata.tapi kenapa tidak aku????-_-.tipu je rdbull neh.kate leh ilang ngantuk.

*paper tadi tak dapat buat.susah yang ampun.ni semua pasal redbull lah.bukan ubat hilang tido.ubat makin ngantuk aku syak.;p





Friday, April 1, 2011

tata titi tutu tete toto

assalamualaikum.
dalam hujung-hujung sem ni macam-macamlah ye kena buat.esoknya pulak test.huih.memang pack ini jadual.CAI pun belum siap-siap lagi.heeeee.tulah selalu buat keje last minit kan.semuanya jadik seperti begitu.tapi takpe.29 haribulan 4 ni aku dah habis sem.hoyeahhhhhhh....walaupun cuti 2minggu je.T___T.


jadik kalau aku tak berupdate korang jangan rindu-rindu ek.eh.ade ke yang rindu.;p


pic my classmate.heeee..kiteorang pompuan semua.laki ade dua orang je.group G.G untuk Gadis,;p.tapi lecturer aku cakap G untuk gelojoh!huhuhuhu....

ok.tata T___T.nak g study,aku tengok semua dah bukak buku.takut ah akuuuuuuuuu.makkkkkkk.malasssss;(

Sunday, March 27, 2011

sesi masak memasak bersama 3 dara.

assalmualaikum.
tengah hari tadi aku pergi jalan-jalan umah nenek kawan aku,sebenarnya tujuan kami ke rumah nenek kawan aku tuh sebab nak pergi berguru untuk menentang tikus.sambil-sambil nak pergi ambik perangkap tikus.uhuhuh..rumah aku ni semakin banyak adik ti berleluasa.rumah nenek dia dekat je ngan machang ni.dalam 15minit dah sampai.

pastuh kila,yuni ngan aku sampai tuh nenek dia dah makan nasi.biaselah duk sorang,masak pun sikit je.nenek dia pun suruh kiteorang masak untuk makan sini.perghhh..aku tengok yuni sinsing lengan baju.pergh.masak la kiteorang walaupun dalam keadaan malas yang ampunn.

ni yuni duk potong daging.baru aku tau yang daging kena tengok urat-urat eh?mana aku tau.aku ingat main potong je.nasib baik yuni tau.jadik bior dia je potong.(picture kepala terpaksa di cut sebab kepala beliau togel)

yang ni resepi ketung-ketang aku.sayur goreng.HAHAH.ok lah tuh.dari aku tak nolong ape-ape kannnn...selalu aku lebih suka tolong makan je.;p

masa ni kila snap picture.aku lupa yang gambar tak gerak.bila dia cakap.kak chah nak ambik gambar.zup zup zup tangan aku kacau dging.sebab tuh vibrate je tangan.AHHA.ingatkan video ke chah oiii-_-
tadaaaa..dah siap dah.inilah resepi ketung-ketung-ketang kat dapur bersama tiga anak dara.heee...jimat duit makan tengah hari aku.;p.dahla masa nak balik mak(nenek) kila.tapi kiteorang panggil mak.bagi duit poket.yeayy!terima kasih makkkk:)).walaupun malu sebab kalau datang je mesti mak hulur duit.-_-.

apa macam?kira lepas tak kiteorang nak menjadi bakal menantu contoh?;p

Monday, March 21, 2011

perasan atau salah paham?kahkahkahkahhhh

assalamualaikum.
tadi aku gelak guling.KAHKAHKAH.aku tak tau la kenapa aku rase insiden yang terjadik tadi amat kelakar.kot pun sebenarnya takdela kelakar sangat..tapi memang gelak overdose.mybe duk ditempat kejadian kan.;p

ceritanya begini.
nampak tak ade pakcik baju merah nunnnn di depan tuh.kiteorang sebenarnya berhenti kat tepi jalan sebab tunggu cikna nak pergi sekolah SIC buat research.tiba-tiba pokcik berbaju merah dan berbaju putih tuh melambai-lambai dekat kita orang..mula-mula ingat bukan lambai kat kiteorang,so buat bodoh.lepas tuh dia siap lambai dua tangan hah!aku pun macam.eh.kenapa pakcik nih.yuni ngan kila pun tengok yang pakcik tuh lambai-lambai.yuni pun cakap.dia panggil kita tuh.kereta rosak kot.sadai tepi jalan.

aku pun bukak tingkap.memang dah standbay nak jenguk kepala nak tanya pakcik tuh.yuni siap cakap.chah,mu tanya la pakcik tuh.kiteorang malu.aku pun memang niat nak kuar dah.tapi aku terpikir.baik pegi je ngan keta.aku pun cakap.yuni.ko pegila dekat sikit kat keta pakcik tuh.

belum sempat kiteorang nak pergi.pakcik tuh dah nonong jalan datang kat kereta kiteorang.yuni pun cakap.ah.sudahhh..tula pakcik panggil tak nak pergi.sampai je dekat-dekat dan-dan je yuni bukak tingkap.TAPIIIII BELUM SEMPAT YUNI NAK JENGUK KEPALA PAKCIK TUH PERGI NONONG KAT DEPAN LAGIII.RUPANYAAAAAAAA....bukan panggil kiteorang pun.wakakaka...bongokk betoiii...perasan orang panggil dia.tenggg.tenggg..tak maluuuu....

rupanya pakcik tuh panggil jentolak dia kat belakang.hua.huaaaa...


jentolak yang dinaiki pakcik baju putih itu.paling tak menahan soalan yuni tuh.sempat lagi dia cakap."erm.tak ade orang kan nampak kita bukak tingkap tadi?"


errr..err..TAK ADELAHH KOTT-_-

Wednesday, March 16, 2011

cik pinky secret bukak secret aku T___T

assalamualaikum.
huih.tak sempat aku nak mengedik-gedik kat blog.rupanya 4minggu lagi dah nak final ye?jadik semua asignment,presentation,article review semua nak minggu ni ngan minggu depan.aiyokkk...baru aku rasa busy sekarang,.baru student namanya.huk.huk

sebenarnya niat tak nak update sebab esok ade dua presentation menunggu.tapi nak buat macam mana.petang tadi ade orang mengata kita.sediihh...dia cakap kita gelak langsuyar.suka nyanyi dalam jamban.ketawa sebab dengar kita gelak.bukan sebab kita punya cerita tuh kelakar.eh.kita rasa gedik la dalam menulis perenggan nih.kita???dush!dush!

korang jangan caye ek.serius aku suka sangat sopan,macam baby kat atas tuh!AHHAHA.jahat betul cik kinky.ingat tak yang aku tulis pasal blog dia yang pinky secret dalam entri lepas tuh.boleh pulak dia memberi balasan padu pada aku.dengan entri ini.cehhhhh!!!!!!aku bukan gitu ye kawan-kawan.aku baik.T__T

sebenarnya aku kalau kawan-kawan nak berblog aku rase sexsited wehh!tapi diaorang tuh buat blog kejap je.pastuh mula nak private.alorhh..aku baru nak seronok baca repekan korang.bila aku tengok cik kynki mula jadik blogger aku pun seronok ah!biase ah.aku kan selalu excited lebih!

semoga cik kynki jadi blogger comey yang tulis benda-benda comel.rajin-rajinlah pergi berbaik-baik ngan blogger-blogger.aku rasa nanti cepat je follower ko banyak nanti.sebab ko cun dan entri pun best-best.tapi jangan sombong sudah.rajin-rajin g komen orang tau.kan nak jadi blogger tegar.hikhik.

*aku bukan promote la dila!.aku exsited bila kawan berblog.hoyeahhhh*

Tuesday, March 15, 2011

network cabeling

assalamualaikum.
kelas pagi tadi kiteorang tiba-tiba kena buat praktikal pasang network cabeling.ala.nanti korang leh cucuk kat tepon rumah ke.kat computer ke.basic je kot.BASICC JEE KOTT<--ayat aku.padahal aku pun buat tak menjadik.hahah..aku buka tak reti.tapi malas nak buat.biarlah tak dapat markah penuh punnn.*ayat manusia yang tak nak ngaku dia tak reti.sekian terima kasih.


aku tengok senang je diaorang cucuk masuk dalam RG45 (klip) tuh.macam pompuan menjahit je aku tengok korang.diaorang tuh tahu aku nak ambik gambar.tapi biaseee laaaa..drama lebih.HAHAAH.pura-pura tekun.-_-.yelaaa...sepuluh markahh lec nak bagi.tapi tulah.dua puluh markah pun.kalau aku tak reti tak boleh gak.heee.

yeay yeay.dah siap.semua muka hepi.senang je kan.tapi nak susun tuh susah gak.tapi lec bagibuat banyak kali biar sampai jadik.huhuh.


tapi walaupun senanggg.akuuu..akuu...


wayar aku tak jadi cantik macam diaoranggg..*kesat-kesat air mata.

tapi aku tetap dapat 10 markah.HAHA..teng.teng.tenggg...tapi.mase nilah gunanya kawan.hee.

Monday, March 14, 2011

bila kinky berbelog.-,-

assalamualaikum.
awak-awak.ade ni kan.seorang housemate saya yang gila pinky ataupun pinky addicted nih kan dia ade blog kannn.sekarang ade blogg.memang terbaik ah semangat kepinky an dia sebab dalam blog pun sini sana ade warna pink!grr..aku pun minat pink.tapi takdelah seotai dia.perghhh..salute ah!

tuan tanah kedaunggg blog PINKY SECRET.comel tak dia?cunnn kan.sesuai sangatlah dengan dirinya untuk addict warna pink.tengok tuan pun dah tau dah sikap girly-girly yang ade pada dirinya.lemahhh lembuttt.sopannn santunnnn..;p

aku selalu tanya dia.nape suka sangat pink?kenapa tak suka kelabu taik dog ke kan.dia cakap dia pun tak tau.sebab pink tuh cute kot.memang kiutttt..ak pun sukaaa gak.hehehe.korang jangan panggil dia kinky.nanti kena luku.huhuh.nama dia dila.aku saje nak panggil dia kinky(pinky) sebab nama tuh comeii..har.har.har

nanti kalau korang ada masa korang terjah la dila pinky ni ek.tak rugi lor.boleh cuci mata tengok cikaro.;p.lagipun entri dia pun best gak.paling latest pasal lelaki bestfriend ngan pompuan.boleh ke? .agak-agak korang boleh tak kawan laki jadi kawan laki tak jadik pakwe.aku rasa kena bergantung pada niat gak.kann.tapi tulah bila dah lama kenal kot-kot wujud perasaan cintaaa.aku tak reti gak.korang g la belog dila nak tau lebih-lebih lagi.:)

*dila.aku perasan mu dah tak guna shortform dalam menulis entri kan.pehh.makin up neh.keep it up girl!:)*