Showing posts with label resepi ketungketang.. Show all posts
Showing posts with label resepi ketungketang.. Show all posts

Friday, November 18, 2011

Resepi Kek Coklat Kukus Moist

Assalamualaikum=)

Hari ni aku rasa nak share resepi kek coklat kukus mudah yang aku ambik dari blog ciktom , Tapi aku jenis pemalas jadik tak suka pukul-pukul telur semua , so aku blender je. Tapi elok je kembang. Kalau buat puding gula hangus pun aku blender gitu jugak. Pemalas.;D

BAHAN-BAHAN

BAHAN A
-2 biji telur
-1 tin susu cair
-1 cawan minyak masak

BAHAN B
-1 cawan serbuk coklat
-1 cawan gula kastor
-3sudu milo (kalau nak letak la,sape yang tak suka rasa coklat yang pahit)
-1 1/2 cawan tepung gandum
-1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
-1 1/2 sudu kecik serbuk penaik

CARA-CARANYA

1.panaskan dulu air dalam pengukus. Kasi mendidih dan naik wap.

2.bancuh semua bahan B kacau sebati .

3.masukkan segala bahan A dalam blender then blender sampai naik buih, kembang la.

4.masukkan bahan A kedalam adunan bahan B .kacau sebati

5.siap kacau masukkan dalam loyang kek yang dah disapu mentega.

6.Kukuslah dalam 50minit.tapi makesure pengukus dah naik wap.


*untuk masa kukusan ni bergantung pada saiz loyang. lagipun korang tak perlu bimbang sebab kek coklat kukus susah nak hangit.kalau terlambat sikit tu ok je.

TOPPING
-1bar coklat masakan
-2 sudu besar susu pekat manis
-sedikit air(ikut selera korang,.nak coklat yg cair or tak)
-coklat rice

*masak secara double boiling.

dah siap bolehla disapu di kek bersama coklat rice. Kek tu panas-panas pun sedappp.

pic google je ni.sory tak dapat nak upload yang aku punya, update pakai lappy akak ni. lebih kurang macam ni lah. Banyak kali dah aku buat , so aku yakin kalau orang 1st time buat pun mesti menjadik punya. Raya pun buat , maksedara,kawan-kawan yang cakap sedap, mybe sebab tak guna banyak telur jadi rasa dia tak muak.So tengkiu la ciktom sebab share resepi ni.


Tuesday, November 15, 2011

bubur jagung

Assalamualaikum=)

Hari ini aku masak bubur jagung. Cerita kenapa tiba-tiba rumah aku ada jagung ni sebenarnya bukan jagung mak aku, mak aku ambik upah beli dekat golok jagung neh. Letak dalam umah tepi pintu depan, entah macam manalah dan siapelah yang tak tutup pintu rumah aku ni habih dimakan dek kambing neh. sebut pasal kambing aku hanginnn sangat. Asyik makan benda rumah aku je, mak aku meniaga beras ,kalau lupa tutup pintu memang habihhhhh plastik beras kena tebuk. rugi betul !

nasib baik sikit je kambing tuh sempat tebuk plastik dia. yang lain elok lagi. mak aku ambik letak kat dapur. tak jadila nak jual, terpaksa pegi beli yang lain nanti.,aku tiba-tiba mengidam nak makan,google la aku camne nak buat bubur jagung. sian aku, mak aku dah pergi narathiwat ,terpaksalah aku ikut pandai sendiri macam mana nak buat.google resepi je macam hampeh. dia tak cakap yang jagung tuh kena pisau je untuk buang dari batang tapi aku dengan bangangnya cabut satu-satu jagung dari batang jagungnya.betapa jagungnya aku rasa ketika itu.,

bila mak aku balik dia mengucap panjang tengok aku duk syok cabut satu-satu jagung.betapa tak bolehlah aku nak ingat pasal tadi ,penat weh cabut jagung,mak aku cakap ingatkan dah siap bubur aku.tahun depan pun tak siap gini.


ni jagung aku dah siap. memang mencabar buat kali ni, dahla mak aku tak tunjuk ajarku sifu punn..nasib baik habis jugak.

entahla aku nak salahkan google ke dia tak cakap kena guna pisau untuk buang jagung dari batang ataupun aku terlalu jagung untuk fikir benda simple macam tu -_-"

Sunday, March 27, 2011

sesi masak memasak bersama 3 dara.

assalmualaikum.
tengah hari tadi aku pergi jalan-jalan umah nenek kawan aku,sebenarnya tujuan kami ke rumah nenek kawan aku tuh sebab nak pergi berguru untuk menentang tikus.sambil-sambil nak pergi ambik perangkap tikus.uhuhuh..rumah aku ni semakin banyak adik ti berleluasa.rumah nenek dia dekat je ngan machang ni.dalam 15minit dah sampai.

pastuh kila,yuni ngan aku sampai tuh nenek dia dah makan nasi.biaselah duk sorang,masak pun sikit je.nenek dia pun suruh kiteorang masak untuk makan sini.perghhh..aku tengok yuni sinsing lengan baju.pergh.masak la kiteorang walaupun dalam keadaan malas yang ampunn.

ni yuni duk potong daging.baru aku tau yang daging kena tengok urat-urat eh?mana aku tau.aku ingat main potong je.nasib baik yuni tau.jadik bior dia je potong.(picture kepala terpaksa di cut sebab kepala beliau togel)

yang ni resepi ketung-ketang aku.sayur goreng.HAHAH.ok lah tuh.dari aku tak nolong ape-ape kannnn...selalu aku lebih suka tolong makan je.;p

masa ni kila snap picture.aku lupa yang gambar tak gerak.bila dia cakap.kak chah nak ambik gambar.zup zup zup tangan aku kacau dging.sebab tuh vibrate je tangan.AHHA.ingatkan video ke chah oiii-_-
tadaaaa..dah siap dah.inilah resepi ketung-ketung-ketang kat dapur bersama tiga anak dara.heee...jimat duit makan tengah hari aku.;p.dahla masa nak balik mak(nenek) kila.tapi kiteorang panggil mak.bagi duit poket.yeayy!terima kasih makkkk:)).walaupun malu sebab kalau datang je mesti mak hulur duit.-_-.

apa macam?kira lepas tak kiteorang nak menjadi bakal menantu contoh?;p

Wednesday, February 2, 2011

update hapetah

err...err nak cakap ape yeee?saya tak ghetiii dah nak menulis blog.hampir dua tahun saya tak bukak newpost.tipuuuuuu....;p

sebenarnya kalau nak bukak newpost tuh boleh.adelah dalam empat jam nak load.tapi bagi blogger tegar itu hanyalah sebagai cabaran berblogging.internet lembab dan lemau bukanlah penghalang.=_=

lepastuh aku cuba mengedik dan membolosi lubang-lubang blog lain.tapi lagi haghammm..hampir enampuluhlapan kali reload baru keluar blog masing-masing.ade pulak yang blog berat kemain.jadi terpaksa aku tekan butang pangkah dengan hati sayu.sayu wehhh...semangat nak masuk blog.blog korang berat lak..sape suh letak widget pelik-pelik.sesetengah jelah.bukan semua.jangan tacing tau.kot-kot nanti keluar statement"suka hatilah i blog i !u ape kisah"takmau-takmau gitu k.aku cakap umum.:p.

lepas blog ringan dan lepas aku nak masuk.time komen pulakk..komen yang full window.uwaaa..sekali lagi hati ku tersayuuu piluuu.tak boleh load la.korang buat popup window eh untuk komen.nanti korang try tukar kat setting.yang belum buatlah.kalau yang udah tuh jangan angkat tangan pastu cakap saya dah buat dah chah.saya dah buat.

ha.satu lagi.satu lagi.word verification.tolonglah unablekan kat setting duhai yang belum buat.tapi aku tak kisah sangat word ni.kadang-kadang aku bukak new tab untuk image word kalau tak boleh load word tuh.takpe.yang penting semangat nak komen!semangat tuh penting.

ala korang jangan marah ye aku cakap semua nih.bukannya susah pun.buang widget pelik.buang word verification.buat popup window.hidup akan lebih damai dan tenteram lepas ni.kalau line slow pun aku boleh lagik beramas mesra ngan korang.;p

tapiiiikannn...cehh.ade tapi-tapi lagi.tapi rase dah macam line slow gila kan.rase dah nak buat blog ni bersawang.tapi bila akak diana duk seru ajak join contest terus rase nak melompat ke bintang.tapi rase macam nanti line elok la baru join.tapi aku harap akak menang sebab dia nak bagi kat mak dia.perghh..anak yang tawaduqqq...:)

oleh kerana aku senyap dalam bidang menulis merapu nih.aku duk belajar masak macam biase.tetap tak ghetiiii....korang nak tengok tak hasil seni masakan aku.
.
.
.



cakkkk!!!nampak tak anak panah kecik tuh.masakan ini telahhhhhhh....sehangit..sehangiittt..sehangit.sehangittttttttt.....*baca macam lagu masidayu eh .selangitttt.selangittt..selangitttttttt.

eh.aku rasa terlebih panjang lak.tadi cakap tak tau nak mula camne=_=.
hepi-hepi blogging ye semua.:)

Wednesday, December 22, 2010

delete blog jalan terbaikkah?

memasuki alam blogging dan menulis secara tidak sengaja membuatkan aku tersedar bahawa banyak jiwa dan hati insan yang dapat aku kenali.banyak gelagat dan banyak juga perangai yang aku temui.menulis di blog juga banyak memberi impak buruk pada aku bila mebuat dosa mengumpat disini.berblog juga memberi banyak kebaikan pada aku kerana dapat menghilangkan kebosanan serta mengutip ilmu-ilmu baru dalam hidup ini.

perghhh..intro..skema tak?seronak la kalau buat artikel ya.boleh tak aku buat artikel secara berserius?ehemm..dari tadi lagi aku duk mengodek tutorial dalam google nih.kalau semalam aku gila tips.sekarang aku gila google tutorial.konon dari pukul dua tadi lagi duk mengadap blog.tapi hampeshhhh,..satu tuto pun tak menjadi,

dari tadi aku rasa akulah wanita paling tekun bertutorial,tapi hasilnyaaa??tak payah main tutor segala hall lah..line+slow+ade+hati+nak+tutorial?=_+

semuanya menghampakan..mulalah rasa diri tak berguna lagi untuk bertutorial.mula rasa nak khawin dan alihkan perhatian kepada bakal anak-anak pula.bukan main blog lagi.
tadi..adik aku tak boleh sentuh pun laptop tadi.aku nak guna.aku nak guna.aku semangat nak bertutorial.aku semangat nak google tips,bukan apa.boleh sedekah keywords pada blogger-blogger yang selalu buat tips.lepas tuh dia merajuk,pergi main kat rumah kawan dia.bila dia balik tadi,dia mintak pulak suruh aku buatkan air.tapi aku buat derk juga.buat batu,buat tiang.

lepas tuh aku buat derk jugak walau bunyi ketungketang kat dapur.dalam setengah jam adik aku tunjukkan kat aku air yang dia buatkan.SIRAP OREN campur SIRAP PEPSI lepas tuh pekat likat memikat pulak tuhhh.

YA ALLAH.maafkan kakak adik.sudah mengabaikan kamu demi blog ini.

kesian adik aku....aku perlu buat apa ni?aku perlu buat apa ni?haruskah aku delete blog ini..apekahhh?

Monday, December 20, 2010

mak aku cakap dia nak muntah makan masakan aku

sebagai anak yang sudah meningkat usianya.aku,aishah. sebagai bakal isteri kepada bakal suami aku haruslah mengambil alih masak memasak dirumah ini semasa cuti semester.haihh..memasak ni bukan kerja mudah ya kawan-kawan.seriuslah aku neh tak reti masak tapi reti makan je.

itu akulah memasak.sempat posing lagitu.terima kasih google kerana adanya 'image' ini.

sebenarnya aku tak reti masak.tapi kalau takat-takat benda simple-simple tu boleh le sikit-sikit.selalu aku masak sup.tumis ayam.ikan sweet sour.dan adelah yang lain tuhperghh...aku ke cakap aku pandai masak ni? boleh pulak aku nak perasankan diri.!.takdelah aku pandai pun korang jangan kate aku perasan.tajuk pun dah tau aku masak tak sedapkannn.
mungkin aku duk ulang masak yang sama tuh sebab mak aku pun dah boring makan.
jangan kate mak aku.aku pun tak de selera!=_="

lagipun mak aku pesen susah sikit makan,udang,sotong daging semua tak makan kecuali ayam ngan ikan je.
jadi nak buat benda lain-lain memang tak la kan.lepas tuh mak aku jenis angkat bendera merah dengan ajinomoto dan seangkatan denganya.tuh yang susah nak tunjuk skill tuh!HAHA.kalau tak masuk benda tuh tak sedap mak,katenya aku dalam blog ni.tak boleh kata depan-depan nanti kena sound pulak.HEHE.

dipendekkan cerita,satu hari yang hening,ketika sedang makan,mak aku cakap macam atas kat tajuk tuh.tak usahlah aku ulangi lagi kata-kata itu kerana ia sungguh memeritkan.mak aku pun cakap esok tunggu mak masak aku cuma standby bawang-bawang je.aku ape lagi..suka tak hengat la..HAHA.tak kena masak lagi.perghh..ape yang lebih seronak dari itu?

tapi takpe aku tak marah malah tak terasa hati pun mak aku cakap macam tu.almaklumlah masih dalam learning process gituuuueeewww.

lepas tuh esoknya tunggu punya tunggu mak aku balik dari golok.dekat pukul dua petang jugaklah.aku pun tak masaklah..lepas tuh mak aku balik lepas tuh dia tengok dapur lepas tuh dia suruh aku tebuk SARDIN.sekian.masakan dari mak aku yang aku tunggu-tunggu..=_="

Sunday, December 5, 2010

ketungketang masak !


step 1

ehem..bersama chef echah marilah kita sama-sama buat popia goreng yang sangat gojes ini,
boleh dimakan begitu saja..ho..ho.
anak dara tak reti buat popia goreng maknanya tak dibenarkan sama-sekali khawin ,
nikah boleh.khawin tak boleh tauuu.
bahan2 dia bawng,kulit popia,ayam,udang.taugeh.ape2 je..
kalau nak sedap tambah mayonis n lada hitam putih.
nak masuk daging beger pun boleh...semua boleh!ya!!malaysia bolehhhh!

step 2
mula-mula kita kena buat inti dia dulu ya .tumislah segala mak nenek bawang yang ade kat muka bumi neh.kalau jenis suka bawang merah letak bawng merah,tak suka ketiak bau hangit jangan guna bawan putih.tapi aku guna bawang putih,sebab nak bagi kulit putih.hahah..dah lame sangat berkulit hitam kerak neh.nak juga rase perasaan orang kulit gebu neh.hehe.
sapa yang nak kulit putih boleh ikut petua aku.kalau ketiak bau hangit tengik semacam redhoooo jelah!jangan salah kan aku pulak.;p
tapi jangan minyak banyak sangat.sebab nnti nak goreng lagi.orang kata banyak minyak senang muak .

step 3
pastu kan masukanlah semua bahan.ayam daging sotong udang taugeh ke.kalau nak pedas kasik masuk cili sekali..perghhh.suka hati nak masuk ape pun asal halal..aku pernah masukan hot dog.sedap jugak..memang hotttttt la kan;p.tapi beragak la sikit.setakat nak makan petang abis lauk makan tengah hari ngan makan malam tu lebih dah tuh!makan la popia sehari semalam xpayah makan nasikk!!

step 4
lepas siap masak inti tuh gulung-gulunglah dia.takpayah cantik-cantik.nak makn je pun.lainlah kalau masak untuk bakal mak mentua,dia kena lainnnn la sikit..heee.untuk bakal mak mentua je.kalau dah dapat anak dia dah selamat khawin tu gasaklah kan.tak kan sebab gulung popia xcantik kena cerai?xsesuawaiiiii nok!haha.

step 5
lepas tuh susun elok-elok.sapa tak susun cantik-cantik kena potong markah!

step 6
lepas tuh goreng dengan minyak penuh.gorenggg baekkk punya..tapi sebab kulit popia nipis dia senang masak..cepat je.sebab inti pun dah masak kan.

step7
tak sampai duapulohempat minit dah siap dah..heee..makanlah..rasailah keranngupanya..serikan lagi dengan teh panas atau milo ais.rasailah..cicahlah dengan sos cili..selamilahhhh..dan selamat melantak.sekian;)