baru sempat nak menjenguk blog sememeh nih.HEHE.pagi tadi kiteorang pegi buat research kat pejabat AADK jajahan tanah merah.nak buat kajian pasal record managemnt diaorang.macam mana maklumat-maklumat yang diaorang simpan tuh.dari proses dia hinggalah ke pelupusan maklumat tuh.lumat-lumat kire orang tanya pasal maklumat.biar penat haih pegawai-pegawai kat sane nak menjawap segala soalan padu dari kiteorang.
ni lah antara-antara pegawai yang duk jawap ape yang kiteorang duk tanya.yang berdiri tuh abang zul yang duduk tuh abang zamri.ehhh..encik zul dan encik zamri..diaorang duk cakap serius gila wehh.akuuu?sepatah haghamm tak fahamm..keh2.sebab tuh aku pura-pura duk ambik gmbar sana sini.sampaikan pingat-pingat sijil-sijil diaorang aku hentam ambik.yelah.konon photographer.padahalllll.tak faham dan tak tau nak tanya apa.HEHE.sebenarnya banyak je gambar kiteorang.sampai ade demo-demo nak tau kiteorang penagih ke idak boleh trace guna IC.masuk diaorang punya bilik simpan maklumat.tengok fail-fail penagih semua..kira best ah tadik.HEHE.tapi line slow semacam.sekeping gambar kat atas tuh mengambil masa kira-kira 2 jam untuk di upload.unbelieveable????BELIEVE IT!
tadi mase aku tengok statistik penagih kan.dalam sebulan ke berapa ye.lupa. yang mendaftar sebagai penagih kira-kira 400 orang tuh.4orang penagih cina.2orang penagih india.dan yang baki tuh penagih MELAYU.ishh.advance gila orang melayu.ada tuh muka hensem-hensem sayangg ah!dah tuhan bagi muka hensem.pikiran pulak tak hengggshemm.ade yang encik zamri cerita.ade penagih yang sukarela datang nak daftar masuk pusat kan.datuk ngan cucu gi daftar.bayang lahh..boleh terima tak datuk tua gayut dah umur 60 still ambik dadah lagi?sampai cucu pun ikut sama.dan diaorang punn MELAYU.=_=.
kira pagi tadi kiteorang punya research berjalan dengan baik.ceh.ayat skema.pegawai-pegawai kat sana serius semua mesra pelanggan.terbaik ah AADK cawangan tanah merah nih.ramai lagi lah encik-encik lain yang menjawap segala soalan.siap keluarkan semua fail-fail diaorang.semua data-data.tolong photostap data yang kiteorang nak buat lampiran reaserch.ketua diaorang pun best.sempoi.HEHE.selalu kan kalau nak pegi research kat jabatan macam AADK ke.JPN ke.bank ke pejabat tanah ke.susah la sikit.sebab bukan semua maklumat nih boleh diberi tengok.maklumat sulit.
nak balik tadi siap bagi buku-buku jenis dadah semua.HEHE.macam lawatan budak sekolah pulak;p

