Showing posts with label lovely friends. Show all posts
Showing posts with label lovely friends. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

Sissy Closet

Haluuu. Hari ni kan rasa macam tak sibuk je, dengan itu aku menyibukkan diri untuk promote kawan aku punya bisnes online shopping. Harap dapatlaa sikit-sikit untung, mana tau diaorang nak belanja cendol ke ape ke. haish tengok tu la. Ikhlas tak ikhlas nak promote ni ecah hoit. Tak-tak kita memang ikhlas, niat nak tolong kawan, korang pun tolong jugak eh. support my friends ye. 

Sissy closet ni ambik daripada perkataan sister, maksudnya diaorang bergabung  untuk wujudkan bisnes neh. Yele side income, yela student brapa sangat la dapat ptptn kan, kalau dapat punn terrrbeli henfon plak, eh *terasa*. HAHA.

Serius diaorang punya harga sangat affordable, bila diaorang nak jual mahal sikit mesti aku akan bantah, pendapat customer always right ye dak? Memang sangat murah dia jual nak compare dengan blogshop lain. Ada yang harga sampai RM 69.90 untuk peplum tribal ke apa. Memang pitam la untuk pembeli kan. Niat nak menjual pun kena elok. Setakat ni baju diaorang serendah RM 26- RM45 kot kalau tak silap. Kira masih mampu milik la. Tak ada yang sampai  RM50 pun. 


Peplum fishtail neh dalam harga RM30++ kot. RM 38 or 39 kott. Tak konpem. Nanti korang tengok eh dekat album diaorang. Semua masih available lagi. Selalunya peplum yang labuh belakang ni kan orang jual sangat mahal. Sampai RM 50 lebih pun orang sanggup beli lagi. Dahla exclude postage pulak tu. Yang ni dah include postage. Berbaloi.:)


Peplum stripe is soo inn sekarang, sangat cantik dan sopan. Tak dela singkat sangat. . Memenuhi kriteria sopan dan sweet.


Yang ni material chiffon tak silap. Dahla full lining, takde la kain nipis dan terpaksa pakai singlet ke apa. Material sangat cantik. Dan yang bestnya dia punya harga around RM 30++ jugakk.. Mana nak dapat kalau material yang dah lining dengan harga tu sekarang?

Haih terpanjang pulak. Kalau berminat boleh like page SISSY CLOSET  
Atau boleh terus deal ngan diaorang.

Pm  Email: sissycloset6@gmail.com 

SMS/ Whatsapp / Viber: +60179001105

Instagram: sissycloset06

Monday, June 18, 2012

Kelah Pantai Joget.

Assalamualaikum=)

Wah.Sekarang sebulan sekali je update blog.Memang terbaik sangat.Okla dari takde langsung..Cuti dah dua bulan lebih,lagi baki dia dah tak sanggup aku tunggu.Bosan yang amat.Keje pun tak best.Ni aku update pasal kelah kat pantai Irama bersama besties..Setelah sekian lama tak jumpe.Adelah dalam 2 bulan.Malu gak pestime,sume malu nak amek gambo.HEHHE.Tapi semalam je tido tumpang umah Kila,Esoknya semua nak balik.

Lain kali kite kelah lagi ye kat pantai joget-joget ni :)..Haih.Blogger pencen neh dah tak tau nak update cerita ceriti pasal ape..Mood dia dah kelaut tiada kedarat.

Twit-twit jum.:D

Saturday, April 28, 2012

Akhirnya tamat sudah :D

Assalamualaikum.=]
Hui hui hui.Sayang ku belog sihat tidak?rindu aku ke tidak belog uit?Dah lama tak bukak newpost pun da bertukar wajah.waa..canggihhh.HAHA.

Now sebulan duk rumah aku sudah jadi bibik berwawasan,mencapai ciri-ciri wanita berkerjaya tapi tidak melupakan asas-asas keperluan rumah tangga.Contoh;belajar masak,mencuba segala resepi baru,mengemas rumah,membasuh baju dengan pakej jemur dan angkat segala mak nenek kain,dan tidak dilupakan proses mengemukkan badan serta mentidokan diri.Enak seyh!tapi macam dah boring dah.Nak habiskan 5bulan lagi baki cuti boleh kejung.

Semalam check result last sem. Macam-macam perasaan ade, yang aku takut skali tetiba last sem repeat.Haish.Risauuuu.Tunggu kemain pukul 12 nak check result punya pasal,last-last aku tertido jugak.Nasib baik dalam pukul 2 yuni mesej suh check.Dia da check.Aku dengan perasaan malas bangun la jugak.Dan alhamdulillah.lulus semua.Walaupun result tak adelah tinggi sangat.Yang paling best skali result aku,kila yuni dan antik sama.HAHA.ni berkat kite berempat duk main 'sapa dapat jawap soalan dapat minum air free'..
Gambar selepas paper last part 6.Hari terakhir di uitm Mache.<3
Ni boleh dikatakan sebagai gambar family,susun yang tecik-tecik duk depan.yang tomey tomey(besar2 :p) duk belakang..10 orang ni kawan sampai mati.InsyaALLAH.Walaupun akan terpisah time degree nanti aku harap hubungan kita tak akan putus.Aku sayang!sayang korang sampai mati.Housmate,besties,kadang-kadang jadi musuh pun koranglaaa.time-time pedajal besday sesapa.sorang-sorang jadi jahat gilaaa.HAHA.


Hadiah kita semua.Aku jaga elok-elok si coco dan en tulang.janji :)

Sunday, May 22, 2011

mekasih SAYANGSS :D

assalamualaikum.
semalam saya pegi jalan2.saya seronak sangat.

aku pun pegilah makan jelah.apelah nak dibuat lagi,lagipun aku mengantuk sebab malam tuh tido pukul 4 pagi.sebab duk bergayut bonus hari jadi,TERIMAKASIHHHLAAACELCOMM:)

mase kat kedai makan tuh aku datang lewat sikit.kiah ngan yana dah tunggu kat kedai.sebab aim ajak aku beli krim untuk ko tepek-tepek di mana-mana bahagian yang berlemak tepu.

aku pun sampai je duk cakap-cakap borak-borak gelak-gelak sampailah satu masa tuh aku tertengok meja ade kekkk..ehhhhhhhhh....aku pun excited dahhh...konfirm je aku tuh kek bday aku.HAHHAHA.
memang over excited.terus ambik kek.padahalllll budak-budak ni tak cakap pun kek aku.HEHE.ala...mesti aku punyalah.konfirm.heeee.pastuh yana cakap apelah blur sangat aku.kek tuh lama dah duk situ.depan mata.baru perasan..memang.aku kalau bercerita tak pandang depan belakang.
kek perisa coklat tambah pisang.apekahhh?pisang dibaginya kat aku.tapi takpe asal ikhlas.mekasih sayang :D

purple:kiah.merah:aim.pink:yana.sorang lagi fieza tak leh mai sebab dia tak cuti sekolah lagi.heeeeeee....tua-tua pun skolah lagi.PADAN MUKA.tapi aku niat masa makan kek tu nama ko.:).kiteorang berlima sejak sekolah lagi.thanks eh sebab celebrate sayangss!syg korang lebih.




Tuesday, January 25, 2011

slowly giving up

aku tak tau nak mula dari mana.nak cakap macam mana.dan yang penting nak tanganinya macam mana.aku bingung.diluah tak boleh.ditelan bulat-bulat punnn tak boleh.aku jadi tak dapat fikir dengan wajar..macam mana aku nak cakap ni:'(

kawan aku.kawan baik aku masa sekolah lagi.tak!kawan baik aku masa tadika lagi.kawan yang betul-betul kenal aku.aku risau sangat dengan dia.berbelas tahun kami kawan.dari sekolah rendah sampai sekolah menengah.

tadi,salah seorang kawan aku call aku,cakap pasal kawan aku ni.dia cakap A nak berhenti belajar.A tanya dia ade kerja tak.dia nak lari dari U.dia tak boleh nak belajar.kawan aku tuh baru lepsan STPM.so dia kerja kat terengganu.tapi si A nih duk tanya ade kerja ke tak.dia dah tak boleh nak belajar dah.asyik repeat je.dan PTPTN dia pun dah kena sekat untuk sem depan.

aku terkedu jugak.A tak pernah nak cakap kat aku.mungkin sebab aku akan terus marah or nasihatkan dia.ataupun dia segan dengan aku.aku tak pasti.keputusan exam dia pun aku dapat tau sebab pihak u emailkan kat aku.sebab masa daftar upu haritu aku tolong isikan untuk dia.so aku letak email aku.tapi aku diam je.tak mau dia tau yang aku tau keputusan dia.

tapi kawan aku cakap dia nak lari dari u dan pegi keje.tak nak cakap kat mak dia.aku macam tak ghetii dah nak buat apa.kawan yang call aku tuh suruh nasihatkan si A.tapi aku tak reti nak mula dari mana.nanti dia tau yang kawan aku mengadu dengan aku.

belajar nih memang tak boleh paksa.kalau dah tak dapat catch ape yang diajar.sampai bila nak pass.selagi duk repeat selagi tuh la duk ulang ambik kertas yang sama.mungkin kawan aku dah benar-benar tertekan.:'(

aku tak tau nak cakap macam mana.tapi aku dah pesan kat kawan aku nasihatkan dia sikit.aku pun nak slow talk sikit-sikit ngan dia.tapiiii..aku tak reti nak cakap macam mana.

serius mood aku down sekarang.rase berat kepala otak.aku harap kawan aku tak ambik keputusan terburu-buru.
aku rasa kalau dia cakap slow-slow kat famili dia mesti famili dia akan paham.tapi bolehke nak cakap kat mak."mak.orang gagal kat u".sobsob..kalau aku pun tak ade kekuatan itu.;(