Showing posts with label ape kate aku?. Show all posts
Showing posts with label ape kate aku?. Show all posts

Thursday, March 1, 2012

End of Part 6

Assalamualaikum=]
Lama betul blog tak berupdate. Dan mungkin ini last update sebelum aku privatekan belog ini untuk satu masa yang aku pun tak tau lama ke tidakk, yela belog tak berupdate berbulan-bulan.Eloklah kita hide kan dulu ye. 

Semalam sudah last kelas untuk semester terakhir.InsyaALLAH kalau lepas semua subjek lah. Nak cakap officially tu tak lagi sebab exam pun belum lepas lagi.

Dekat 3 tahun kat sini rasa macam-macam hal dah berlaku,ada sedih,happy,kelakar,benda bodoh,benda luar jangka da ye rasa sedih nak tinggalkan machang ni, especially nak tinggalkan kawan-kawan.:').Yela degree nanti mungkin dah tak sama-sama lagi,semua dah ada course pilihan masing-masing.

Berkancil 7 orang sekali lagi.,.Sejarah berulang *link*

peace ye!kite dah nak cutiiiii...hohooh :)

Tuesday, January 31, 2012

1 hari 1 resepi

Assalamualaikum=]

Haihhh.Tak jadik nak tido bila teringat kat blog ni, hari ni dah 31 Jan ke? cepat betul masa berlalu.Tak perasan dah sebulan lebih tak berupdate si blog ku ini.keh keh keh. Saya dah makin tualah ! dah 21 tahun dahhh. Disebabkan umur pun dah meningkat,aku rasa macam dah sampai seru aku nak belajar masak kot.Lagipun dah ada orang warning warning suruh belajar masak.Terpaksalah saya menurut perintah.^^,

Ehem, macam tak caya aje aku beli buku masakan neh, harga 39.90. Nasib baik aku pakai voucher buku 1 malaysia tuh. Tu pun dah tak tau nak beli ape dah.Ada balance RM100 lagi nilai voucher.Kan dah akhir sem,buku dah beli.nak beli buku ape lagi,tapi takpelah kann..Rezeki jangan ditolak.kan?

Nasib ade voucher kan, kalau idak sampai bila pun tak beli buku masakan neh.Ni pun salah satu ilmu gak, untuk kesenangan masa depan jugakkk.huhuhu.

Dah tak tau nak beli apa dengan balance voucher 100 lagi tuu.-,-

Sunday, November 13, 2011

cuti tinggal dua tiga kerat hari lagi.


Assalamualaikum=)

cepat je masa berlalu kan. Dah nak masuk sem baru pun. 20 haribulan nanti dah daftar,Malasnya ampunnn. Tapi sebab dah semester terakhir pejam mata jelah. Cepat bukak sem , cepat habis sem, cepatla dapat cuti yang lagiiii panjanggg lepas ni..heeeee.;p

Tapi aku dah sangat puas hati dah cuti hampir dua bulan ni sebab boleh berhibenasi guling-guling,golek-golek dalam selimut time-time musim hujan hari-hari ni, makan nasi panas-panas dengan daging goreng panas-panas raya haji ,peh!

Awal-awal cuti haritu pegi la jugak mandi manda kat jeram ngan pantai, tapi bulan 11ni memang dah tak boleh sebab dah hujan,bahaya dah ! tapi dah ade planning dengan sepupusepapat semua awal tahun depan nak pergi lata tembakah. Tak sabar nak tunggu cuti raya cina weh !!haha.semangat cuti yang tinggi gamaknya aku sekarang.;p

Selain dari mengisi masa cuti dengan merongeng sini sana ade jugakla benda berpekdah aku buat iaitu ajar adik ika neh.Tahun depan kan dah nak masuk darjah 1, kenalah belajar lebih sikit,nak nak pulak ayah ngah aku bagi banyak buku latihan yang darjah satu punya, sampai menangis-nangis budak ni aku marah, nak belajar,rilex la dik,ratu air mata betul , padahal aku tau tu helah dia malas belajar.-_-



Selain daripada tukang menghantar,mengambil adik aku dari tadika dan tempat mengaji. aku gak suka main ngan sepupu kecik ,budak rafiq neh, gelagat dia mencuit hati.kadang-kadang sampai mencuit cuit jari aku nak cubit dia sebab nakal n perangai loyar buruk yang ampunnn. -_-

Dalam cuti ni jugak akak aku tunang, tapi tak boleh la tunjuk gambar dia.sebab akak aku low profile,heheheeh.cuma nak tunjuk pelamin ni aje., ni pelamin sendiri buat tau.bukan pelamin sangat la.sebab duduk bersimpuh je,Tapi bukan aku la yang tukang buatnya,mak aku.cuma aku tukang tolong bagi semangat je.hehee..


Yang ni paling best aku rasa,time raya haji haritu. sebab 1st time tengok orang sembelih lembu, seronok.hheheheeh.lagipun sebab lembu neh adik beradik mak aku n adelah sedara-sedara mak aku ambik satu bahagian sorang lembu neh,jadi semua sedara-mara kan.yang ramai-ramai tuh semua sepupu,abang,maksedara,paksedara.meriah la raya haji jadinya.

ade baki cuti tak sampai seminggu nie just golek-golek kat rumah la. sayangnya nak tinggal mak,adik,kakak,sepupu,kawan-kawan dekat rumah, pakwe,katil,tilam,bantal,huuuu..cehhh..macam pegi jauh,machang tu je ponggg!!!

Thursday, November 3, 2011

countdown.

Assalamualaikum=)

Kurang setengah jam lagi result akan keluar. Aku pun dengan paksahati mengonlinekan diri. Line slow macam ni kenalah bertungukus lumus sedikit. Nak meloloslkan diri daripada beribu user lain check result dekat istudent memang payahhhhhh. Nak-nak pulak line slow and steady ni. Ingat nak suruh kawan aku tolong check kan. Tapi entahlah. Malu la. Sebab sem ni banyak paper yang tak berapa yakin . Jadik nak tak nak aku kena check sendiri. Takutnyaa. Serius cuak yang ampun. Dahla pointer memang atas pagar je. Asyik nak terpeleot ke kiriiii je.hujung-hujung tanduk je.Nyawa-nyawa ikan je.Hujung-hujung nafas dan seumpama denganya.

Jadi, aku ada dua saja kemungkinan untuk result aku semester lepas, membaiki sedikit CGPA(amin!!amin!!) ataupun menjahanamkan CGPA aku, (Nauzubillah! ) . Apapun keputusanya aku sebolehnya mahu menerima dengan redha, DIA dah tetapkan yang terbaik untuk hambanya. Itu pasti.

doakan aku, n good luck untuk students2 IM.:)








Saturday, October 15, 2011

repost.

hidup ini bukanlah hanya untuk ketawa.bukan hanya untuk mempamerkan sebaris senyuman.
benar.hidup ini aku akui bukanlah hanya untuk suka-suka.akan ada suatu hari hidup ini akan diduga dengan sesuatu yang tak terjangka.ujian yang tandanya ALLAH masih menyayangi kita.masih mahu kita meminta padaNYA.




padamlah lelahmu,sendumu dengan sebaris senyuman luhur.walau ia senyuman yang perit dan sederhana,tapi tersimpan makna yang luar biasa.terubat sedikit kelukaan dijiwa.percayalah.walau tidak banyak membantu,namun ia masih dapat mententeramkan sekeping jiwa.

namun kita akui.senyum sudah hilang dengan bertambahnya sifat keangkuhan.sudah jarang kita temui sebaris senyuman yang tulus dan hangat.kadang-kadang hanya melihat senyuman sinis yang memberi perasaan tidak tenang pada orang lain.

hapuskan senyuman sinis itu diwajahmu.gantikan ia dengan senyuman baru.senyuman penuh kehangatan,senyuman yang membangkitkan kegirangan.hidup ini adalah keindahan bagi orang yang tidak beremosi.

senyuman sebenarnya umpama anugerah teristimewa dari ALLAH .senyuman mampu menonjolkan kelebihanmu dengan lebih nyata.Mempamerkan sekeping hati yang lebih ikhlas.Alangkah indahnya jika dunia ini dihiasi gelak dan tawa dari dipenuhi dengan duka dan durjana.

senyumlah bila terluka.senyumlah bila derita.selagi mana tidak menyalahgunakan senyuman itu.biarkanlah ia meniti di bibir kita.

senyum itu mudah.senyum itu indah.senyum itu senang sekali ditemui asal bersih jiwanya.senyum itu ibadah,senyum itu anugerah," maka tersenyumlah."=)

Friday, October 14, 2011

pelik


peliknyaaaa..kenapa blog yang aku dah komen tak appear komen?cakap has been saved .tp check balik tak ade.bila buat kat kotak komen test-test dapat pulak !berkali-kali aku check.dahla entri panas-panas yang aku nak komen. macam blog akak diana,kak!nanti tolong tengok spam inbox ye. Nak tengok dapat tak komen ecah. Kalau tak dapat jugak kenapa ye?kalau tak dapat mesti dia tak cakap has been saved kan?


ke da masuk spam? kenapaaaaa????


aku dahla line slow .tercangak-cangak tunggu. Tapi ini kau buat kat aku duhai blog. Apelah masalah ko kali ni ?Aku bukan nak komen ramai orang pun , Nak komen yang bloglist-bloglist aje.


huuuuuu.

Sunday, October 9, 2011

jalur lebar yang tak berapa melebarkan dirinyaaa pun

Assalamualaikum=)

melihatkan bertapa tercintanya line rumah ini kadang-kadang rasa mahu mengeluh. Lebih-lebih lagi jika hujan. Line celcom henfon pun tak ada, inikan line broadband. Punyalah beratus kali reload. Time duk machang line laju keje banyak. Time cuti dua bulan tak buat apa-apa line slow. Haish. Tak ada jodoh nak blogging agaknya =)

satu bar pun payah. Tak taulah kenapa kadang-kadang oke. Memang kampung aku kampung paling sucilah dari dunia online. Bila line ada je bertubi-tubi berlumba-lumba mesej masuk, terutamanya mesej dari IDD ke ape, duduk sempadan ni begitulah, asyik masuk line siam aje... Tapi sayanglah pulak tuan empunya diri ni dah lama tak topup. Kredit sekarang pun dah luput tarikh. Jadi banyak mesej pending je tak berbalas.

begitulah ceghitanya kenapa saya jarang berblogging sekarang ini , eh bukan sekarang jugak, beberapa bulan belakangan ini , komitmen sebagai student makin bertambah , time cuti komitmen mengepam badan makin rancak , mana ada masa nak blogging , nak tunggu line reload lebih slow dari kekura. Agaknya kekura pun pandang slack pada broadbandku ini.

tapi saya tak kisah tak dapat blogging walaupun sedih la jugak barang secebis dua, rindu pada blogger-blogger kesayangan sebenarnya , tapi tak apelah asalkan dapat berehat sakan dua bulan ini :D

Friday, August 19, 2011

Cak !:)

Assalamualaikum.=)

Kalau di bilang-bilang tarikh daqn waktu hampir 21 hari aku tak update blog.ampunnn.pencapaian terkini  yang memang jarang-jarang berlaku.Aku kalau boleh nak sangat update kencang-kencang macam selalu-selalu.Macam time sem dua n sem tiga.Duk sem lima ni memang tak sempat sangatlah.Keje tuh tak delah banyak sangat ,tapi still tak menyempat jugak.
Hey! comey tak kucing neh.Namanya Ning,Kucing sebelah rumah.Jiran kiteorang nih kiteorang tak kenal pun lagi sebab dia baru pindah.tapi kucing dia dah macam kucing rumah ni.Pantang nampak pintu terbuka sikit.mula nak bermanja-manja.

Ape pun selamat hari raya eh semua.Tak lama dah tu.Ampun maaf kalau aku ade tersalah kata or ape ke.Cayang semua.heeeeeeee~=)



Saturday, July 9, 2011

angry bird make me angry-angry maa..

assalamualaikum=)

kena update laju-laju ni.tengah gila main angry bird lagikk.HEHE.biasela aku baru jumpa benda ni.lama dah dengar.time cuti ni barulah nak main.tapi sakit hati gak sebab susah gak level dah banyak.ehehehe....

nasib baik chrome ade sediakan angry bird neh.boleh jugak main time duk online.heheheh.


jum ber angry bird.meh tekan sini meh.boleh main sampai pengsan.heheheh...


#bw tetap bw.tapi silent reader je hari ni.tak ade mood sudah..huuuu....

Tuesday, July 5, 2011

biniku meragam

assalamualaikum=)
maaf lama tak update.eh.maaf?mintak maaf dengan sape pulak.macam la ade yang kisah kalau aku update ke tak kan.laptop rosak.sedih je dua tiga hari ni.mula-mula nak bawak balik laptop rosak ni dan nak pergi baiki dekat rumah.lepas tuh aku rasa kadang-kadang aku kena berdikari jugak.jadik pergi la baiki sendiri.selalunya berteman dengan family.huuu..kira dah boleh khawin tak sebab dah pandai pergi baiki laptop sendiri?

sedihnya laptop rosak time-time duit pun rabak.habis beratus jugak.sebab benda dalam motherboard rosak.



dan lagi sedih tak ade orang pun yang mau backup sikit-sikit baiki laptop ni.huuuu,tapi yang penting laptop pun dah elok.assignment pun dah beratur elok-elok.oke.duk diam-diam ea asemen.nanti aku selesaikan korang satu persatu.tapi tu pun kalau datang perasaan kerajinan yang menebal;p

#entri tidak bermotif.tak sempat bw.tak sempat update.-__________-

Friday, July 1, 2011

sedang menilai

assalamualaikum=)
marilah kita berbincang isu yang agak sensitif ya hari ini.aku dah lama fikir,memandangkan aku pulak tahun depan dah masuk umur 21 tahun.kira dah boleh mengundi.tapi rase belum tahu lagi nak undi belah mana.bila dilihat-lihat cenderungnya ke arah malas nak fikir.sebab pada pandangan aku dalam politik ni semuanya ade agenda tersendiri.

mengikut penilaian aku,kalau dilihat dari sudut family,ayah dan mak aku sah-sah la orang kuat barisan,(BN).jangan ingat kelantan ni pas sahaja.tapi bila aku baca blog-blog politik semua.kadang-kadang jadi susah nak putuskan.tapi aku lebih cenderung seronok membaca blog ini.tapi aku bukanlah membaca blog ini kerana politik semata.hanya aku kagum dengan peribadi beliau.

tapi aku masih ada masa lagi nak menilai yang mana nanti jadi pilihan.tapi semakin aku menilai semakin susah jadinya.bilamana baca pihak ini,rasa pihak ini betul,baca pihak itu rase pihak itu betul.jadi boleh ke nak jadi netural?tapi bukan ke memilih tu perlu.masa ini lah kita mahu bersuara siapa yang kita mahu menjadi pemimpin.


#nasiblah aku jenis susah nak di racun fikiran ni.kalau tidak sekejap hijau sekejap biru.;p

Wednesday, June 29, 2011

jodoh satu ketentuan=)

assalamualaikum=)
orang cakap jodoh tu ketentuan ALLAH dan kita wajib berusaha untuk cari kan.persoalanya bila masa yang sesuai kita nak cari jodoh tu?tengg.tengg..tenggg.

sebenarnya aku tulis pasal ni sebab teringat tentang pesanan mak aku.selalu je dia cakap yang kena selalu berdoa boleh jodoh yang baik-baik..yang boleh bimbing kita.mak siap pesan lagi lepas solat jangan lupa selitkan doa mintak jodoh yang baik-baik.aku pun sengih je.haihh.tak kan lahh nak mintak jodoh semua.muda lagi.tak terfikir sampai ke arah tu.lepas tuh mak aku cakap.bukan lah maksudnya kita ni nak jodoh cepat.tapi mak aku cakap jangan malu dengan ALLAH.kena mintak selalu-selalu.jodoh tu memangla dah ditentukan.tapi kalau boleh yang elok kan ke bagus.bukan ke ALLAH tu maha mendengar doa hamba-hambanya.


suka picture ni.crow pun suka kan:P

mungkin maksud mak aku dah boleh dah aku doa dapat jodoh yang baik-baik.
doa percepat jodoh pun ade kan?surah yusuf kalau tak silap.tapi kalau mintak doa lepas solat pun dah oke aku rasa.yang penting jangan malu meminta.mengadu dengan DIA.berdoalah dengan bahasa dan permintaan sendiri-sendiri.itu lebih elok kan.kalau niat kita baik.baiklah jadinya.:)

yela.nak tunggu bila baru nak berdoakan.ayuh wahai gadis-gadis dan teruna-teruna oii.boleh lah kita nak mintak supaya dapat pasangan yang bagus-bagus.start subuh esok jangan lupa tau selitkan sikit mintak dapat jodoh elok.bukan bermakna kita gatal nak khawin ye.;p.



Thursday, June 23, 2011

hibernasi melampau

assalamualaikum=)
sepatutnya jadual hari sangatlah pack.paginya aku nak pergi dating dengan cikgu kereta.petangnya ada kelas pukul dua sampai lima.kalau dikira-kira.sangatlah malas bila hari khamis.paginya cikgu aku cakap tak jadik nak belaja kereta.jumaat baru free.huihh.dah menggangu tidur.aku dah siap-siap dah.petangnya pulak lec aku ade hal.kira cutilah hari ni.

google

lepas tuh aku pun bahagia tak terkata.boleh guling-guling sambil borak-borak dengan kawan-kawan.walaupun sedikit frust tak boleh balik minggu ni.perut pulak buat hal.meragam.jadi terpaksalah aku tido.aku start tido pukul dua.pukul enam setengah baru terjaga.perghhhhhh..rasa kejap je.tu pun lepas kawan aku bisikkan di telinga surah yassin.kurang asam punya kawan.ingat aku dah nak mati ke.

dan malam ini.aku dah tak rasa ngantuk dahhh..dah tido macam dah tak ade esok.nak mengantuk camne.yang penting hari ini paling indah dalam minggu ni.sebab boleh tidur macam nak mati.huuuuuuu=)


*****

Like white men said "Dont find love, let love find you, that's why it is called falling in love, because you dont force yourself to fall, you just fall"
:)

gadisbunga.


sendiri.sunyi ke?

assalamualaikum=)
semalam masa keluar makan dengan member-member nih tiba-tiba je kawan aku tanya sunyi tak single?cehh..soalannnn...aku pun jawapla.sunyi la weiii.nak-nak time nak tido.orang lain sebelum tido ade jugak calling-calling,mesej mesej.yela.dalam rumah ni aku je yang single.yang lain semua double-double.

lepas tuh kawan aku cakap.nak kenalkan aku dengan kawan dia.buang tebiat agaknya si ***** nih.kateku dalam hati.heeeeeeee..

secara jujurnya kan.teringin jugak nak ade yang sayang kita.tapi aku selalu fikir.bercinta bila kita rasa bersedia.bukan bila kita rasa sunyi.lagipun belum ade lagi lelaki yang betul-betul suka kat aku.yang boleh terima seadanya aku nih samaada dalam keadaan fizikal dan mental.;p

bagi aku yang tak best dalam bercinta nih time bergaduh.serius penat nak jaga perasaan orang.sedangkan diri sendiri nih terpaksa redha je sakit hati or tak.tak best lagi bila putus.sakit tuh kalau boleh dah tak mau rasa lagi.sebab tuh sekarang dah tak berani nak mulakan hubungan.
alaaa..janganlah rush-rush sangattt.single la dulu wehh..kang couple plus khawin sampai mati kann..=)


google.(ini sweet.<3)


video yang lama tapi suka tengok.bila tengok rasa gatal meghenyam nak kawen;p

last but not least.
I'm not waitin' around for a man to save me
Don't depend on a guy to validate me
I don't need to be anyone's baby
No I don't need another half to make me whole

~Single by Natasha Beddingfield
=)

Tuesday, June 21, 2011

antara aku dan heels

assalamualaikum=)
aku lame dah teringin nak pakai heels..bila tengok kawan-kawan aku ber heels macam comey sesangat.nampak girly-girly gitu.eh kenapa tiba-tiba cerita pasal heels?sebab...sebab aku rase sweet sangat bila pakai wedges or heels kan.tapi aku ni nak pakai jangan haraplah.rase tak yakin.170cm kalau pakai heels lagila rase macam .rase macamm..tak sesuaiiii.
tapi aku rase malu nak pakai heels.dahla gemuk.tak ke macam hulk kalau pakai heels???huuuuu..

cantiikkkk..lagipun kaki dia cantikkk.huhuh.

nak ni boleh?aku rase tak pakai la.tapi persoalanya.kalau jatuh terguling.sape nak tolong angkat?;p.mungkin aku akan jalan mengangkan supaya pasak kaki aku boleh menjejak bumi dengan stabil.aku kalau sekali dua boleh la pakai.kalau selalu sakit laa kaki nih.

hurmm.nak berangan pakai heels yang tinggi2lah..sambil tangan laju-laju search google image;)


Wednesday, April 6, 2011

jiwa blog tiada

assalamualaikum.pergh.lama la rase tak layan blog.kalau tulis pun tak panjang meleret macam selalu.tak merapu macam selalu.nak kata busy tak adelah sangat.tapi tadi ingat nak baca novel.pinjam dengan kila.seguni novel buat balik umah sewa nih.huih.memang seronok la bagi kaki pinjam novel macam aku ni.nak beli sendiri.?tak mungkinnnn~~!

aku pun tak faham.sekarang.nak habiskan sebijik novel bukan main payaahhh..kalau dulu.sebijik novel ni satu malam dah habis baca..sanggup tak tido sampai subuh,novel punya pasal.sekarang>baca sebaris ayat pun dah bantai tido sejam.sabo jelah.

sepanjang tak update blog macam-macam dah jadik.tapi malas nak cerita kat sini.takut ade lak yang tiba-tiba terasa hati.hee.dengan tepon rosaknya.ni pun ade 'awak' yang pinjamkan tepon kat saya.thanks 'awak'.sayang awak ketat-ketat.

aku nak beli tepon cikai pun tak berduit sekarang.nak cashout nuffnang lah.boleh gak beli tepon yg tak sampai 1ratus tuh.tapi lambat pulak check dia sampai.huih.pening kepala duk pikiaq.nampaknya kena balik pau duit mak la gamaknya;p

seyes la entri merapu je ni.dah macam hilang jiwa nak berblog.nampaknya kena puasa la blog ni.jangan duk update.kalau update pun duk mengumpat hal orang je.topupkan dosa je.heeee.

blank gila sekarang.nak tulis pun dah tak ade mood.makkk.nak balikkk.:((

Wednesday, March 23, 2011

keyword paling panjanggg ditemui

assalamualaikum.
nak berblogggggggg punnn dahhh payahhhhhhhh...<--jeritan batinku.sekian.

baiklahh..aku mengaku aku lebih ber facebooking dari blogging.ni yang rase nak deactive macam beberapa bulan yang lalu.perghh.lama gak deactive.sekarang bila dah aktif.makin mengulor la aku.tapi tulah.kalau buat keje sekolah nak blogging tak sempat.tapi facebook sempat la sikit-sikit.

tadi aku check keyword.pelik-pelik yang ampun.yang tak boleh tahan cara mencarut loghat kelantan.pergh.si pengoogle ni pun tau aku suka mencarut.pastuh cara mengamput.erkk.aku baru tau makna mengamput tuh apa.hari tu typing error nak cakap mengumpat tertulis mengamput.ramai gak search benda tuh.kalau 18sx lajuuuuuu je.cuba letak ala-ala tazkirah subuh.fuh.hagahamm nak search.-_-



tapi yang paling kelakar korang tengok keyword last.apeke jados dia search panjang berjela.hahaha...ni lirik lagu kelantan.dia tulis semua.aku pun tak taulah kenapa si pengsearch nak cari ape sebenarnya.grrr.satu lagu dia tulis untuk search.mybe dia nak cari taju lagu tuh.apekahhh?sebenarnya.tajuk lagu tu serabut weh by jaguh 7.para dikir dangdut.



akhir kata dari aku.dengarkanlah lagu yang disearch sepanjang-panjang yang amat oleh si pencari tuh.


nite.penat.letih.urghhhhh.:(

Friday, March 18, 2011

betul ke???betul keeeee???

assalamualaikum.
quick update lepas balik belajar keta.gila ah.aku failed naik bukit.selalu turun balik je.cikgu pun dah tak boleh buat ape.agak-agak kena mandi bunga nih.eh?huhuh...aku rase senang je sebenarnya.saje nak bagi cikgu blur.kalau idak rugi je bayar ribu-ribu kalau dah pandai kan?<--ayat penyedap.so chaiyook.chaiyookk echah!petang nanti nak pergi try lak.dalam pukul 3 nanti.kalau tak boleh lagi aku nak drift kat litar tuh!grrr.

sebenarnya ade oran g tegur aku selalu je bergurau pasal nak khawin-nak khawin kan?sebenarnya bukanlah aku gatal geletis dan geletik nak khawin.sebenarnya saje nak bergurau yang tahap pelik gituuu..gila aku nak berlaki?kalau boleh nak habiskan master dulu.(kalau larat)baru nak pikir pasal khawin.huhu..

tapiiikkannnnnnnn..oranggg cakap selalunyaaa yang bergurauu macam tuhh akan selalunya akan jadik andartuuu~~~!betullllllllllllll keeeeeeee??????????aku gurau jelahhh...

*google.

tiba-tiba rase tak senang duduk-_-

Tuesday, March 15, 2011

mulut aku gatall.T___T

assalamualaikum..
hari ni masuk hari kedua aku gatal bibir.pastuh naik biji-biji.perghh.rase macam ade benda yang macamm.macamm dia macam.haihh.susah nak cakap.pernah kena miang keladi tak?!haa.miang-miang keladi rase.gatal noh.cuma time makan je rase tak gatal sangat.huk.huk.huk.

aku geram sungguh kat nasik goreng belacan tuh!aku syak entah kat mana dia jumpa belacan tuh pastuh taruk dalam makanan aku,pahittttt gila.aku makan sikit je padahal.kalau aku habiskan.pergh.silap-silap mata,idung.muka dan seangkatan denganya!huh.ini boleh mendatangkan marahhh ni.

menderita aku.menderita.:(


korang tak caye?close up gambar.zommmm walau nampak lobang idung.relakan.relakan.aku rase berat je mulut aku nih.tapi tak taulah gara gara MENGUMPAT.(bukan mengamput.typing eror td.;p)muka sedih mintak penampar.


sampai mase dalam kelas kawan aku tegur.ecah.tutup sikit mulut mu.pehhh.mulut aku bukan nganga .bengkak weh.aku pun cakap.eh.pinjam lipbalm weh.dia bagi.aku pun pakai.dalam hati.ade satu harapan yang biar kuman aku nih berjangkit kat lipbalm dia.pastuh bila dia pakaiiii...bahahahahahahaaaaaa...*setan merasuk.tapi aku harap sangat.;p.kate kawan kan.biar ah same-same berkongsi pahit maung!:).

:(

assalamualaikum.

aku tak taulah kenapa dengan aku nih.bibir aku dah membengkak.T_______T.ni mesti gara-gara aku makan nasi goreng belacan.tapiiiiiiiiiiiiiiiiiii.....selalunyaaa tak macamm nii...tapi kenapa perlu gatal di bibir?

aku rasa ni sebab balasan suka mengamput tak tentu pasalll...sakittttt bibir akuuu.makkkkkkkkkkkk!:((