Showing posts with label bff. Show all posts
Showing posts with label bff. Show all posts

Wednesday, March 27, 2013

Sissy Closet

Haluuu. Hari ni kan rasa macam tak sibuk je, dengan itu aku menyibukkan diri untuk promote kawan aku punya bisnes online shopping. Harap dapatlaa sikit-sikit untung, mana tau diaorang nak belanja cendol ke ape ke. haish tengok tu la. Ikhlas tak ikhlas nak promote ni ecah hoit. Tak-tak kita memang ikhlas, niat nak tolong kawan, korang pun tolong jugak eh. support my friends ye. 

Sissy closet ni ambik daripada perkataan sister, maksudnya diaorang bergabung  untuk wujudkan bisnes neh. Yele side income, yela student brapa sangat la dapat ptptn kan, kalau dapat punn terrrbeli henfon plak, eh *terasa*. HAHA.

Serius diaorang punya harga sangat affordable, bila diaorang nak jual mahal sikit mesti aku akan bantah, pendapat customer always right ye dak? Memang sangat murah dia jual nak compare dengan blogshop lain. Ada yang harga sampai RM 69.90 untuk peplum tribal ke apa. Memang pitam la untuk pembeli kan. Niat nak menjual pun kena elok. Setakat ni baju diaorang serendah RM 26- RM45 kot kalau tak silap. Kira masih mampu milik la. Tak ada yang sampai  RM50 pun. 


Peplum fishtail neh dalam harga RM30++ kot. RM 38 or 39 kott. Tak konpem. Nanti korang tengok eh dekat album diaorang. Semua masih available lagi. Selalunya peplum yang labuh belakang ni kan orang jual sangat mahal. Sampai RM 50 lebih pun orang sanggup beli lagi. Dahla exclude postage pulak tu. Yang ni dah include postage. Berbaloi.:)


Peplum stripe is soo inn sekarang, sangat cantik dan sopan. Tak dela singkat sangat. . Memenuhi kriteria sopan dan sweet.


Yang ni material chiffon tak silap. Dahla full lining, takde la kain nipis dan terpaksa pakai singlet ke apa. Material sangat cantik. Dan yang bestnya dia punya harga around RM 30++ jugakk.. Mana nak dapat kalau material yang dah lining dengan harga tu sekarang?

Haih terpanjang pulak. Kalau berminat boleh like page SISSY CLOSET  
Atau boleh terus deal ngan diaorang.

Pm  Email: sissycloset6@gmail.com 

SMS/ Whatsapp / Viber: +60179001105

Instagram: sissycloset06

Thursday, October 4, 2012

Kesian kau student


Apakah yang paling best kalau jadi student?




Makan megi ramai-ramai dalam besen..

Saturday, September 29, 2012

Cendol Bakar Kuala Selangor

Assalamualaikum=)
Hai belog lama tak jumpa awak. Rindu. Hehew. Aku sekarang memang tak sempat je nak hadap blog ni. Kelas pack dari pagi sampai malam. Dahla assignment pun cantik je beratur tunggu. Diam ek asignment nanti aku dating ngan ko satu-satu. Penat.

Eh haritu aku ade pergi kuala selangor, pergi rumah sue sebab rindu lama tak jumpa. Lagipun kiteorang rindu dekat masakan mak dia. Eh ke aku sorang je rindu?HAHA. siap mesej suruh mak su masak. Tak malu betoi.

On the way nak pegi tuh kiteorang ternampak cendol bakar. Drive thru siap. Unik gila. Yuni cakap pernah nampak orang share gambar kat fb,rupanya kat sini cendolnya. Baliknya memang kiteorang singgah lah. Aku ingatkan cendol bakar ni cendol yang dibakar. Terpikir sedap ke cendol yang dibakar. Rupanya su cakap nama owner dia lah bakar. Adoi maaf pakcik bakar. Misuderstanding tinggi daya khayalan tuh.macam mana cendol nak dibakar?

Ramai orang. seyes masa kiteorang drive-thru tuh panjang lagi kete kat belakang beratur.Terpikir sedap sangat ke weyyy?

Bro tu pandang je kiteorang snap gambar. Mybe dia cakap ni bukan orang sini neh.nampak beriaaa je.HAHA

Drive-thru here we gooo!!excited weh nak rasa.
`Aku amik cendol pulut tapai.ada yang ambik cendol vip.Tetiba aku rindu nak minum air tapai kat Nasi air Pok Awi besutt.sedapp.Bila nak smpai sana lagi?

Akhirnyaaaa..

Dapat terus berebut nak rasa.Tapi Sikit jelah yang merasa, Aku dengan yuni je habiskan cendol tu.Orang lain dah kekenyangan sebab baru je lepas makan rumah su. Ha tulah excited sangat. Tapi bila lagi nak rasa kannn.. Bagi aku sedapp cendolnya. Banyak cendol. Tak kedekut.Patutlah orang ramai. Free refill pulak tuh.

Itu sajalah karangan saya bertajuk cendol bakar, Jum semua kita sambung cari artikel untuk assignment kesayangan!hidup assignment!

Saturday, September 22, 2012

Jadi student balik.

Dah hampir dua minggu ghupenya aku start sambung study dekat puncak perdana nie. Nak update pun baru ada masa. Kononya la kan. padahal dah sibuk berjalan. :P

Memandangkan kiteorang tak dapat kolej kite sewa dekat apartment sebelah U neh. Ok la. Cuma konon nak bajetkan. Terus la buat list nak beli barang. Padahal macam tak biasa pengalaman masa diploma dulu. Awal sem je beria nak masak ketung-ketang. Bila dah ujung huh! megi la kesayangan hamba. Tuan umah kiteorang ni oke. Lec dekat uitm s.alam. hensem wehhh, oke tu ok la. Tapi pinggan mangkuk xsedia. Sedehh..

Dah siap list sepanjang alam maka bergerakla kite ke tesco berdekatan yeee.:D

Sua kamera je senyum kerang. Nak buat cmne. Tesco neh macam kiteorang yang punyaaa. Takde sape pun. Pagi kanss, nak pulak bukan time weekend.
Dapat ku bayangkan sardin panas panas plus telur goreng, cicah budu dengan nasik panas. Heaven..

Wajah kesayangan hamba:). Pinky ngan sue je takde. tersesat g Uitm tmpat lain. Sedehh.Oh yaa. Yang tepi wana tu nana, our new housemate.hehehw
Duk dekat Tesco kau berangan duk cameron ada bunga segar?Kataku smbil mengembang kempiskan hidung.

Inilah hasilnya bila bertungkus lumus meround sepelusuk tesco neh. Dekat 3ratus gak. Tapi kongsi kira ok la. Mula ni je banyak nanti beli ape yang takde jelah.

Balik je terus buat jadual masak-kemas umah-buang sampah. Hidupkan perlu sistematik. Baru tak gaduh.Heeee
Ni aku kasi last gambar yuni sebab dia takde dalam entri. Sakit keuzuran duduk je keje dia haritu. Muka over excited kanss. Percayalah ni dbuat-buat. Sebenarnya sedih wehh jadi perantauuu. :(

Nak duk machang boleh? Nak balik setiap minggu. Huuu..


Monday, June 18, 2012

Kelah Pantai Joget.

Assalamualaikum=)

Wah.Sekarang sebulan sekali je update blog.Memang terbaik sangat.Okla dari takde langsung..Cuti dah dua bulan lebih,lagi baki dia dah tak sanggup aku tunggu.Bosan yang amat.Keje pun tak best.Ni aku update pasal kelah kat pantai Irama bersama besties..Setelah sekian lama tak jumpe.Adelah dalam 2 bulan.Malu gak pestime,sume malu nak amek gambo.HEHHE.Tapi semalam je tido tumpang umah Kila,Esoknya semua nak balik.

Lain kali kite kelah lagi ye kat pantai joget-joget ni :)..Haih.Blogger pencen neh dah tak tau nak update cerita ceriti pasal ape..Mood dia dah kelaut tiada kedarat.

Twit-twit jum.:D

Saturday, April 28, 2012

Akhirnya tamat sudah :D

Assalamualaikum.=]
Hui hui hui.Sayang ku belog sihat tidak?rindu aku ke tidak belog uit?Dah lama tak bukak newpost pun da bertukar wajah.waa..canggihhh.HAHA.

Now sebulan duk rumah aku sudah jadi bibik berwawasan,mencapai ciri-ciri wanita berkerjaya tapi tidak melupakan asas-asas keperluan rumah tangga.Contoh;belajar masak,mencuba segala resepi baru,mengemas rumah,membasuh baju dengan pakej jemur dan angkat segala mak nenek kain,dan tidak dilupakan proses mengemukkan badan serta mentidokan diri.Enak seyh!tapi macam dah boring dah.Nak habiskan 5bulan lagi baki cuti boleh kejung.

Semalam check result last sem. Macam-macam perasaan ade, yang aku takut skali tetiba last sem repeat.Haish.Risauuuu.Tunggu kemain pukul 12 nak check result punya pasal,last-last aku tertido jugak.Nasib baik dalam pukul 2 yuni mesej suh check.Dia da check.Aku dengan perasaan malas bangun la jugak.Dan alhamdulillah.lulus semua.Walaupun result tak adelah tinggi sangat.Yang paling best skali result aku,kila yuni dan antik sama.HAHA.ni berkat kite berempat duk main 'sapa dapat jawap soalan dapat minum air free'..
Gambar selepas paper last part 6.Hari terakhir di uitm Mache.<3
Ni boleh dikatakan sebagai gambar family,susun yang tecik-tecik duk depan.yang tomey tomey(besar2 :p) duk belakang..10 orang ni kawan sampai mati.InsyaALLAH.Walaupun akan terpisah time degree nanti aku harap hubungan kita tak akan putus.Aku sayang!sayang korang sampai mati.Housmate,besties,kadang-kadang jadi musuh pun koranglaaa.time-time pedajal besday sesapa.sorang-sorang jadi jahat gilaaa.HAHA.


Hadiah kita semua.Aku jaga elok-elok si coco dan en tulang.janji :)

Saturday, December 17, 2011

adorable toyen.

Assalamualaikum..=)

Semalam pergi beli makanan dekat sigai kedai depan u neh kiteorang terjumpa dengan si tecik comel tapi comot weh. Tapi seyes pandangan dia sangat lembut je. Duduk di penjuru dinding. Sian kan si tecik tuh. Aku pun nak ambik buat balik rumah. Tapi sebenarnya takut nak pegang kucing. Jadi Kila yang ambik. Ingat nak bela kat umah sewa. comel comel weh. Lagi comel dari orang yang buat-buat comel. 


tengok ! comey kann. Tapi kesian sebab asyik mengiau je. menangis. Takut-takut. Pastuh wawa cakap berdosa besar tau pisahkan anak kucing dengan ibu dia. Alorh. Sian pulak. mesti dia ade mak lagi kan sebab kecik.

tengok dia senyumm.. kan dah cakap dia lagi comel dari orang yang buat-buat comel . kiteorang dah namakan dia toyen sebab warna oren. Toyen toyen toyen !Tapi sebab nampak dia takut-takut terus pergi letak balik.heeeee.sedihnyaaa.haritu ada si ning tapi ning pun dah hilang. Takde benda la nak manja-manja kat umah sewa neh.;p

lucu weh kucing neh,.masa naik kete  nak anta dia balik,dia pandang je kat luar dengan sedih. rindu mak kot.HAHA.

huuu..toyennngg. kiteorang pasti akan rindukan toyen neh ! nanti kami akan jenguk-jenguk kamu dan culik kamu kejap ye :D

Thursday, December 8, 2011

DIA permudahkan, dengan bantuan teman-teman .terima kasih :)

Assalamualaikum=)

Dua hari lepas aku dah dapat lesen P , punyalah tragis cerita lesen aku sampai rasa macam tak percaya dah lepas seksa P neh dua hari lepas. Sampai naik pening kepala fikir pasal lesen ni.Pecah rekod buat lesen sampai setahun lebih. Tak pernah pernah aku dengar orang ambik lesen selama itu .

Punca dia sebab kena tipu dengan cikgu kereta, bayangkanlah start bulan 10 tahun lepas , bulan 12 neh baru setel , tu pun aku terpaksa uruskan sendiri dengan pejabat sekolah memandu tu. Padahal duit dah bayar semua , tahu-tahu je rupa-rupanya cikgu tu dah dipecat ,bila aku check rupanya lesen untuk motor aku satu sen pun dia tak bayar. patutla lesen L motor tak keluar.

Masuk je sem ni aku terus buat dengan pejabat . nasib baik ade kawan-kawan yang sudi anta pergi balik blaja kereta.Macihhh my lovely fren, kakak,pinky,cikna, adik,antik,kak mas untuk bergilir-gilir teman aku ikut jadual,;p untuk datin wa, mek ra, chu n puteng yang pujuk aku time nangis sebab tak lulus bukit haritu.hhhehehehee..macihhhh dan saye maluuu;p
sayang korang.cium cikit..muah !:-*

Bukan aku sorang je yang terkena dengan pakcik neh, kawan-kawan sekelas n satu batch pun ade yang terkena. Aku rasa masih ada lagi yang terkena dengan dia sebab aku tengok hari tu dia ade masuk uitm ambik budak belajar kereta, sekarang dah jadi cikgu kereta dekat litar belajar memandu yang lain pulak.

ikut hati memang nak je repot ke ape. tapi kesian ingat dia dah tua sangat. Lagipun dia janji nak ganti balik duit untuk belajar motor tuh . tunggu jelah walaupun rasenya macam takkkk dapat je.

Tapi takpe, asalkan dah dapat lesen, dah lepas dah.Alhamdulillah, bukan ape, benda ni makin lama makin berhabis duit , aku rasa aku dah berhabis banyak untuk lesen ni lebih dari sepatutnya harga untuk lesen, dengan kena tipu lagi, hanya mampu bersabar.

Dan untuk L yang hampir setahun aku pegang, berkali-kali renew L setiap kali 35 hingget kena bayar.

SELAMAT TINGGAL :D

Sunday, October 2, 2011

RAUDAH- solusi lengkap keluarga.

Assalamualaikum..=)

duapuluhlima haribulan harituh tamat la sudah final exam aku untuk semester lima sem ini. Maknanya aku dah seminggu bercuti dengan jayanya. Perghhh.. Gembira hanya aku dan ALLAH sahaja yang tahu (hamboi ayat) , Betul-betul terbeban semester nie. Sem depan dah semester akhir . Cepat jek masa berlalu kan? Sebenarnya sem ni memang boleh dikira dengan jari je berapa je entri aku, Huuuuu.. Mana taknya sibuk dengan buat magazine,kad kawen ,kad bisnes , research , presentation , test , Programming , asemen , article review , haishhh.eh tetiba sebut balik jadi berat kepala walaupun dah lepas dengan nak kata jayanya tak la jugak nyaa.tapi lepas lah semua walaupun punyalah serabut ..keh keh. ALHAMDULILLAH =)

So, walaupun dah basi la magazine kiteorang neh, sebab tak sempat nak letak dalam blog. Tapi aku tak kiraaa ! aku nak ceghitaa jugak yang ni.punyalah banyak story mory sepanjang sem lima nih aku tak sempat nak tulis . Rugi benor , kenangan nie kalau tak tulis takut lupa. kannnn?
Dan aku rasa buat majalah neh kiteorang banyak gila habis duit . Kena reject mula-mula tuh . Lec aku yang ni memang pentingkan kesempurnaan sungguh, Tapi salah kiteorang jugak sebab ada content dalam tuh yang dia suruh tunjuk dulu tapi main print jek.heeee...

cover depan. Irma hasmie wehh..aku tiba-tiba jadik minat dia.serius cantekkk =)

kiteorang punya group buat magazine.

isi kandungan


wei.malas dah nak letak caption.mukadimah tadi panjang sangat.malas da nak menaip ;p


aku letak dua je content yang dalam magazine tuh. Banyak lagi yang tak tepek kat sini, Penat nak tunggu upload. Habis 3 bab cerita korea baru siap upload neh tau. Nanti lain masa aku try upload balik.tercinta sungguh line rumah aku neh. Sayang line sayang line ,muaahrrrrghhh-_-



lastly ! tadaaaaaaa.....
majalah yang dah siap.tapi siap di reject la.huhuh...yang terbaru tak sempat nak ambik pic la pulak sebab tengah malam baru siap print.wuwuuww...




Sunday, May 22, 2011

mekasih SAYANGSS :D

assalamualaikum.
semalam saya pegi jalan2.saya seronak sangat.

aku pun pegilah makan jelah.apelah nak dibuat lagi,lagipun aku mengantuk sebab malam tuh tido pukul 4 pagi.sebab duk bergayut bonus hari jadi,TERIMAKASIHHHLAAACELCOMM:)

mase kat kedai makan tuh aku datang lewat sikit.kiah ngan yana dah tunggu kat kedai.sebab aim ajak aku beli krim untuk ko tepek-tepek di mana-mana bahagian yang berlemak tepu.

aku pun sampai je duk cakap-cakap borak-borak gelak-gelak sampailah satu masa tuh aku tertengok meja ade kekkk..ehhhhhhhhh....aku pun excited dahhh...konfirm je aku tuh kek bday aku.HAHHAHA.
memang over excited.terus ambik kek.padahalllll budak-budak ni tak cakap pun kek aku.HEHE.ala...mesti aku punyalah.konfirm.heeee.pastuh yana cakap apelah blur sangat aku.kek tuh lama dah duk situ.depan mata.baru perasan..memang.aku kalau bercerita tak pandang depan belakang.
kek perisa coklat tambah pisang.apekahhh?pisang dibaginya kat aku.tapi takpe asal ikhlas.mekasih sayang :D

purple:kiah.merah:aim.pink:yana.sorang lagi fieza tak leh mai sebab dia tak cuti sekolah lagi.heeeeeee....tua-tua pun skolah lagi.PADAN MUKA.tapi aku niat masa makan kek tu nama ko.:).kiteorang berlima sejak sekolah lagi.thanks eh sebab celebrate sayangss!syg korang lebih.




Monday, March 21, 2011

perasan atau salah paham?kahkahkahkahhhh

assalamualaikum.
tadi aku gelak guling.KAHKAHKAH.aku tak tau la kenapa aku rase insiden yang terjadik tadi amat kelakar.kot pun sebenarnya takdela kelakar sangat..tapi memang gelak overdose.mybe duk ditempat kejadian kan.;p

ceritanya begini.
nampak tak ade pakcik baju merah nunnnn di depan tuh.kiteorang sebenarnya berhenti kat tepi jalan sebab tunggu cikna nak pergi sekolah SIC buat research.tiba-tiba pokcik berbaju merah dan berbaju putih tuh melambai-lambai dekat kita orang..mula-mula ingat bukan lambai kat kiteorang,so buat bodoh.lepas tuh dia siap lambai dua tangan hah!aku pun macam.eh.kenapa pakcik nih.yuni ngan kila pun tengok yang pakcik tuh lambai-lambai.yuni pun cakap.dia panggil kita tuh.kereta rosak kot.sadai tepi jalan.

aku pun bukak tingkap.memang dah standbay nak jenguk kepala nak tanya pakcik tuh.yuni siap cakap.chah,mu tanya la pakcik tuh.kiteorang malu.aku pun memang niat nak kuar dah.tapi aku terpikir.baik pegi je ngan keta.aku pun cakap.yuni.ko pegila dekat sikit kat keta pakcik tuh.

belum sempat kiteorang nak pergi.pakcik tuh dah nonong jalan datang kat kereta kiteorang.yuni pun cakap.ah.sudahhh..tula pakcik panggil tak nak pergi.sampai je dekat-dekat dan-dan je yuni bukak tingkap.TAPIIIII BELUM SEMPAT YUNI NAK JENGUK KEPALA PAKCIK TUH PERGI NONONG KAT DEPAN LAGIII.RUPANYAAAAAAAA....bukan panggil kiteorang pun.wakakaka...bongokk betoiii...perasan orang panggil dia.tenggg.tenggg..tak maluuuu....

rupanya pakcik tuh panggil jentolak dia kat belakang.hua.huaaaa...


jentolak yang dinaiki pakcik baju putih itu.paling tak menahan soalan yuni tuh.sempat lagi dia cakap."erm.tak ade orang kan nampak kita bukak tingkap tadi?"


errr..err..TAK ADELAHH KOTT-_-

Thursday, March 17, 2011

pengantin nikah gantung

assalamualaikum.
selamat pagiiiiiiiiiii...<-ucapan orang baru bangun tido.;p.aku tak taulah malam ni dapat tido pukul berapa.sebab baru bangun ni.petang tadi presentation.fuh!lega sikit sebab dah habis.hilang satu benda yang duk gelimat kat dalamkepala.tapi ade banyak lagi benda yang duk mengedik dalam fikiran nih.yang paling dekat documentation puan maznah.nak paling kurang 40 page.-_-.

nih beberapa hari yang lepas masa bangun pagi aku dapat mms dari si aim nih.dia memang suka mms gambar dia.konon macamlah aku rindu.tapi takpelah.boleh gak aku tengok per'kembangan' badan dia.hue.hue.barulah aku tak risau kalau badan kembang setempayan.ade geng.aim nih kawan aku mase sekolah menengah.time berhingus lagik kiteorang kawan.

sekali masa aku load picture tuh terkujat tapir yang comel aku!terus mesej kat dia.mesej saja.call memang tak dibenarkan.jimat;p.lepas tuh aku mula tacing.khawin gantung ke ko nih.tak cakap pun ka aku.grgrgrr.pastuh dia cakap ni baju kaklong dia.cehh..nak khawin sangat nampaknya.huuhhu..aku pun tanya ape motif dia pakai camni.dia cakap boring.saje takde keje.ceh!mentang-mentang cuti stpm kann.tuh makeup sendiri tuh.tu pun amek makeup kaklong.peh!nasib baik baju ngan makeup je ambik yang kaklong punya.kalau ambik pengantin kaklong jugak tak ke haruuu!!ahahah.;p

dan,tiba-tiba rase nak pakai baju khawin jugak*tipu.

Tuesday, March 15, 2011

network cabeling

assalamualaikum.
kelas pagi tadi kiteorang tiba-tiba kena buat praktikal pasang network cabeling.ala.nanti korang leh cucuk kat tepon rumah ke.kat computer ke.basic je kot.BASICC JEE KOTT<--ayat aku.padahal aku pun buat tak menjadik.hahah..aku buka tak reti.tapi malas nak buat.biarlah tak dapat markah penuh punnn.*ayat manusia yang tak nak ngaku dia tak reti.sekian terima kasih.


aku tengok senang je diaorang cucuk masuk dalam RG45 (klip) tuh.macam pompuan menjahit je aku tengok korang.diaorang tuh tahu aku nak ambik gambar.tapi biaseee laaaa..drama lebih.HAHAAH.pura-pura tekun.-_-.yelaaa...sepuluh markahh lec nak bagi.tapi tulah.dua puluh markah pun.kalau aku tak reti tak boleh gak.heee.

yeay yeay.dah siap.semua muka hepi.senang je kan.tapi nak susun tuh susah gak.tapi lec bagibuat banyak kali biar sampai jadik.huhuh.


tapi walaupun senanggg.akuuu..akuu...


wayar aku tak jadi cantik macam diaoranggg..*kesat-kesat air mata.

tapi aku tetap dapat 10 markah.HAHA..teng.teng.tenggg...tapi.mase nilah gunanya kawan.hee.

Friday, March 11, 2011

peluk,, akak diana senyum-senyum.huhuh

assalamualaikum.
semalam kan aku sedih.sebab akak diana komen camgini pada entri aku kali lepas.

aku terkedu.senyap.a'ah kan.kenapa ye kite je yang nak gedik-gedik peluk dia?huh!aku pun dengan perasaan yang sedih balas gak komen akak diana.


aku pun baru perasan.kenapa ye yuni tak peluk aku?maknanya aku je yang sayang dia agaknya(sayang tipu) kat dia.pergh.tak baik mu yuni.kata sahabat sepersengalan bersama.grr.

jadik aku terus tunjuk kat dia komen akak diana.dan aku terus tanya dia.kenapa ko pun tak peluk aku?pastuh dia jawap.yela-yela esok kita bergambor aku peluk ko lak ek?mesti dalam hati dia cakap PERLUU keeeee peluk mu chah?;p.


semalaman aku tak boleh tido ngan lena.sehinggalahhhh~~~..
.
.


.
.

.


.
.



setelah dipeluk!HAHHAHAHA..aku hepi dahh..akak !ade je orang nak peluk.ecah!huhuhuh.jadi hari ini akan tiada lagi kesedihan pada diri ini.:))



Thursday, March 10, 2011

kesejukan dalam kehujanan.

assalamualaikum.
pagi tadi bangun-bangun je aku tengok semua orang dah siap berbedak bergincu.awal diaorang bersiap sebab ada test OI hari nih.aku terkujat tapir gak.macam tak caya diaorang dah siap.apa aku nih tido mati ke tak tersedar pun orang duk pung-pang dalam bilik mandi?tapi mungkin sebab diluar masih gelap.cehh...masih tak boleh terima yang diri sendiri tido mati.

pegi kelas je hujan mencurah-curah jatuh ke ladang gandum.huhuh..sejukkkk....habis basah baju sebab guna payung salah teknik.sian si yuni terpaksa jalan mengundur sebab nak payung aku.hehehe.

bila sampai kelas je si wawa cakap madam datang lewat.so dia suruh kita study dulu sebelum buat test.aku pun ape lagi.senyum simpul kat yuni.keluarkan tepon dalam beg.kelepeh.klepeh.klpeh(snap picture.)

madam suruh study kitaaaaaaaaaaaa...perghh..gedik bergambor.aku pu tak tau lah kenapa pompuan suka ambik gambar?weh.kenapa weh?kenapaaaa...

tapi semua gambar aku ngan yuni tuh layak delete all.tak pun format je memory card.jenis semua gedik.mybe sebab hujan tu yang gedik tuhhh.


serius.gedik tak?aku rasa nak sekeh kepala sendiri sebab dah habiskan masa ambik gambar yang tak boleh buat profile picture facebook.(pompuan ambik gambar semata-mata nak tukar profile picture facebook.betul!)

tapi aku suka pic nih sebab aku dapat peluk yuni.eheheh.

*yuni.aku saye mu ketat-ketat.;p(tipu)*

Tuesday, March 8, 2011

hampir terjerumus

assalamualaikum.

tadi masa dalam kelas aku rasa tak sedap perut.sakit belakang.mengantuk.entah kenapa.ni aku pasti kerja syaitonnn.kalau time nak belajar.nak fokus.macam-macam terjadi.tu belum pakej aku berangan sampai kelangit ke tujuh.eh.aku punn macam dah tak tahan dah.ajak yuni pegi tandas.tapi rase demand.nak pegi tandas library.maklumlah.tandas sejuk.aircond dimana-mana.selesa dan menjamin kepuasan anda.

keluar je tandas aku tengok yuni di penjuru meja library.tengah khusyuk membaca,aku cakap kat yuni.kita lepak sini dulu.kalau masuk kelas pun bukan ade apa.lec duk cakap pasal assignment je.yuni angguk-angguk sambil mata dia fokus pada buku yang dibaca.aku pun terpandang buku yang di baca si yuni.aku terkedu tengok tajuknya.-->HIMPUNAN HADIS-HADIS SAHIH.aku terkedu.aku pandang yuni.dia senyum.lepas tuh cakap.err.aku main ambik je sebab rak buku jenis hadis nih blakang aku je.


aku pun rasa bangga.kawan aku dengan khusyuk baca himpunan hadis tuh.dia sempat cakap.chah.dah lama tak baca ilmiah-ilmiah camni.aku pun terus dengan separa keinsafan ambik jugak sebijik buku.bila terpandang tajuk.75 DOSA-DOSA BESAR.rasa mengeletar mahu mengambil buku tuh.tapi aku gagahkan jua.

tapi aku tak baca lama.insaf sekejap.terus tutup buku dan bangun meninggalkan ayuni dibelakang.sedar.ponteng itu berdosa juga.tidak mahukan ilmu.niat untuk lepak sejam dua aku lupakan.

walau langkah aku laju.kerana jarak kelas dengan library agak jauh.ayuni sempat berlari anak dan mendapatkan aku.perjalanan aku ke kelas dengan ayuni di isi dengan perbincangan hadis-hadis yang dibaca itu.sempat jugak ayuni selitkan cerita teladan yang dibaca.

#tiba-tiba aku rase entri ni hiperbolanya terlebih-_-

Monday, March 7, 2011

apa mimpimu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.





sweet ah lagu nih bila selalu dengar.sweett.sweetttt...ok sweeet.betul sweet.;p





#dedicated to my lobely pren! qylla Shaary


suka dengar sampai tertido kan?
tapi lagu nih sweet.sampai aku pun dok tergila dengar gak.

~~itulah sayang.itulah sayanggggggg.~~~

Saturday, March 5, 2011

lepas rindu.

assalamualaikum.
baru sempat nak update blog.lepas publish post semalam ingat nak jenguk-jenguk korang.tapi line yang ampunn...jadi tutup lappy.guling-guling-guling.sampailah tertido.huhuh.semalam jumpa kawan-kawan baik masa sekolah.diaorang datang umah aku sebab wat maulud nabi.lepas duk borak-borak rase takpuas hati.makanlah kita di d'osha sebab aku lama dah kepingin makan ais krim coklat .pehh..sedap sampai menjilat pingang mangkuk belanga.

ni saya perkenalkan kawan saya.nama dia ain.aku tengok dia makin sihat sekarang.bahagiaa kot.keh3.tapi belum sempat aku cakap dia makin tembam dia dah cakap kat aku "ecah!aku tengok mu makin gemuk neh.bahagia ko?"eh.aku baru nak cakap kat dia.dia dah cakap kat aku.maknanya disini.hamboiii.aku sedap nak kata orang.rupanya aku pun sama naik kilo.huahua.tapi takpe.BAHAGIAAAA kannn.<--ayat penyedap.

kiah ngan fiza neh macam serius je bincang nak makan apa.tapi ikut ati aku,aku nak makan semuaaa aiskrim.semuaaa.semuaaa.ya semuaaaaaaa!-_-

tadaaaaa...makanan dah sampai.cuba tengok aku.terliur tengok makanan orang.padahal makan depan mata pun ade.pehhh.macam mana tak kembang semngkuk.HEHE.;p

erm.entahla.motif gambar.sebab yana takde lagi dalam gambar2 neh.sebab tu letak.heheh..yela.kenala berlaku adil dalam meletak pic..gambar acting nak suap jetuh.biaselaaaa orang gila ambik gambo.hikhik.eh.aku rasa aku yang gila ambik gambo.-_-

benarnyo dok puah agi bual nge sekmu.nati kito jupo mula-mula pulok deh.aku rindu ko sekmu..nak suko-suko po marin.hehehe.muah.muah.cayam lako sek mu.heheh

Wednesday, March 2, 2011

kisah pedajal of da year

assalamualaikum.

ingat tak pasal sambut besday antik semalam?sebenarnya masa sampai kat pantai tuh dah lewat sikit.lepas tuh kawan aku ade dating kecemasan petang tuh.nak-nak pulak jalan nak masuk pantai tuh rosak.so tak jadi mandi.g duk mengedik kat sekitar tuh saje.

tapiiiiiiiiiiiii....oleh kerana kami dah peram ramuan pedajal tuh,masa aku duk borak-borak tiba-tiba kawan aku cakap antik tengah mandi.pastuh datang idea jum mandikan dia wehh..semua gaya tak puas hati.bukan ape.time birthday orang lain.si antik (dengan aku) lah yang menjadi dalang segala idea.ade yang pernah kena mandi ngan budu lah.soya masam lah.kicap basi.tu (aku) dan antik yang selalu pikirkan.HEHHEE.aku sedap ah pedajal sebab bday aku time cuti sem.keh.keh.keh.

lepas tuh aku terus berlakon nak terkucil.cepat-cepat suh dia bukak pintu bilik air.HAHA.dia cakap dia tengah bersabun dahh.tapi aku cakap wehhh..ak nak terkucil sini nehh.aku ketuk jugak sampai nak roboh pintu bilik air.yang lain dah bersedia pegang botol air ramuan tuh.
yang nih campuran susu masam tahun lepas di adun cantik dengan telur.dan korang tau.dua hari weh dah perammm...pastuh botol tuh kawan aku sua kat aku.suruh bukak.bila aku bukakkkkkk...air dia terkeluarrr macam air coke yang dah digoncang tuhh..perghhh..gilaaaaa..busukkkkkkkk!!!!!!!!!.tobattttt ahhh...tak sangka air tuh sebusuk itu.-_-

dan pada masa yang sama si antik nih bukak pintu.kiteorang apaaa lagiiiiii...gedebummmm.*eh bunyi camtuh ke?siram kat dia.termuntah jugak beliau kat situ.AHHAAH.lepastuh berlakulah pergelutan disitu.korang bayang sendiri.telur kat tangan aku boleh pecah sebab hanya terkena air busuk tuh.boleh bayang tak macam mana busuk dia?jelebu bau dalam bilik.dalam sejarah tak pernah aku cium bau macam tuh.huihh..tapi nak wat cmne.kena balas gak sebab antik bos dalam pedajal orang.so.si bos kenalah lebihhh sikit dari anak buah.ehhehe.

dan lepas tuh sejam jugak dia mandi.duk uwek.uwek.ermm...orang ngandung tak camtuh.pastuh aku ngan budak-budak ni pun duk uwekk gak kat luar.dah mana tau bau dia menusuk gitu.air peram rupanya bau lebih kaw dari telur tembelang yek?

erm.kiteorang neh jahat betul kan.pedajal orang camtuh sekali.aku tak taulah nasib kami bila sampaii masa dipedajal.huih.cuak!



aku berani beat.kentut nih tak sebusuk air tadi lagi.lagipun kentut cepat hilang dibawa angin.yang nihhh..berkepammm!!!-_-


akhir kata dari aku.
hepi birthday to me..happy besday to me.happy besday to me.~~~lalalala.

Monday, February 28, 2011

wish awal tak pe kan yang:)

assalamualaikum.
pehh..dah lama tak update blog.hampir 48jam.pehhhh..pencapaian yang agak memberangsangkan di tahun 2011 ini.semalam sibuk dengan test dan assignment.hari ni pulak gi lepas stress kat pantai.;p

sebenarnyaaa kiteorang nak celebrate birthday budak ucuk masyamm neh.;p.
ah.pedulik ape aku dia nak marah aku cakap dia ucuk.ucuk-ucuk manje je.kan antik kan!

sebenarnyaaa birthday si antik neh 8mac.tapi kiteorang saja nak buat awal-awal.kununnya nak pedajal dia kasii kaw-kaw..siap dah dengan ramuan-ramuan rahsia yang di import khas dari new zealand.memang nak pedajal gila dahh.tapiiiii....sesampainya disana.ade sesuatu yang terjadi.so kiteroang terpaksa postpone kann..bukan batal terus upacara pedajal tuh.mesti kena jugakk..nantilah!lagipun ramuan rahsia lagi lama diperam lagi syokk..yee dakkk!;p

ape tah.saje nak letak gambar yang berejam gigih diupload.hoyeahhh!

jadik.disebabkan kita tak jadi nak serang hendap si antik dalam drama sebabak bersama sang pedajal,so kiteorang jamu dia kat restoran terapung dekat pantai sri 7.pehh...sejuk je sini.angin sepoi-sepoi bahasa.
senyum sampai ke telinga semua walaupun tak dapat mandi pantai dan membaling si antik neh ke dalam laut.

ape-ape pun.walaupun tak sampai lagi 8mac aku nak wish gak kat antik.hope cool sokmo deh!kawan sampai bila-bila.!aku sayang ko mu tik!;)