Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Monday, December 27, 2010

.payudara untuk lelaki.

maaf jika tajuk entri ini sedikit lucah.tapi aku tulis payudara.kira takdelah jahat sangat bunyi compare dengan buah dada or tetek kan?erkkk..dah tertulis pulak.takpe-tekpe.backspace rosak.HAHA.

tadi aku keluar dengan kawan-kawan aku,pergi makan-makan je pun.dah lama tak kuar.biaselah.time cuti ni duit takde.lagipun sebab dah panas telinga dengar kutukkan berhormat dari kawan-kawan neh.aku nak duk rumah pun tak boleh.mulalah nak mengutuk aku ni sayang nak keluar takut duit hantaran berkurang,tak payah la takut hitam sebab aku dah hitam.nak jadi anak dara contoh tahun 2011 dan tak keluar rumah sebab duk praktis jadi bini mithali!hek+betol+korang+bakkk+sini+sejuta+duit+barulah+aku+ade+feel+nak+kuarrrrr!jangan kata sekali dua keluar.hari-hari pun aku suka.hah!time tuh hadaplah muka aku sampai pe ngsann !grrr..;p

eh.lepas tuh aku terjumpa dengan seorang makwe cantik giler wohh.wohh..makeup pun superb,cukup dengan eyeliner.,maskara dan ditambah lagi dengan bulu mata palsuuuu..memang meletup pung panggg!mase tuh mata aku teruss tertancap kat dada!haruslahh,,.wanita cantik harus cukup 'itu'.takkan dah cantik-cantik tiba-tiba kempis je.perlu cari bra paling banyak span!

tetiba aku tanya kawan aku,budak datang dari mana tuh?cantik jugak ye.biaselah.pekan rantau panjang ni kecik je.pendek kata muka semua pernah nampak lah.kalau tak pernah nampak haruslah bukan orang rantau panjang.serius lawa weh.muka gebusss.body ade ler.tapi mungkin muda lagi.sebab tu body tak kencangg lagi.tu aku fikirlah.

pastuh kawan aku pun terus jadi muka kepoh*aku agak dia akan mengumpat kejap lagi.
''eh.mu tak kenal ko?tuh kan budak yang dulu ...blablabla."
perghh..aku dah agak kawan aku akan mengumpat.muka dia kepoh aku memang dah cam dah.HAHA.


LAAAA..RUPANYA JANNNTANNNN!oh maiii god!!!tapi kenapa dia macam perempuan betul.sedih tiba-tiba aku.jantan cantik kemain lebih dari perempuan betul.tapi nasib baik suara tak boleh adjust.kalau boleh memang dah pure gadiss dah.tapi aku pelik tang dada.kenapa dada dia berbuahhh?dia kan jantannn..kawan aku cakap no komen.ok.aku pun no komen jugak.walaupun dalam fikiran masih terasa tercabar*tuh ayat kawan aku.HAHA.

sebenarnya aku kenal dia ni.padanlah muka macam familiar,penah nampak.rupanya dia ni aku kenal la jugak sikit-sikit.tapi muda la sikit dari aku.haihh..budak-budak sekarang tak reti malu.dah jantan nak tukar-tukar pulak.dulu aku tengok budak ni jantan je walaupun sedikit lembut tapi tak sangka sampai macam ni.khabarnya dia blajar makeup mak andam.kalau aku nak khawin tak ambik aku mak andam jantan.nanti dah asyik-asyik batal air sembahyang je.upacara batal air semayang dengan suami dah dibatalkan oleh mak andam pondan.=_=

aku harap dia akan berubah suatu hari nanti.hidup ini singkat sangat untuk malawan arus fitrah ini.bersyukurlah kerana dijadikan sebagai lelaki,sebagai bakal pemimpin kepada isteri dan anak-anak.;)


ps://gambar hiasan dari facebook kawan.aku pun gelak tengok.ni mesti photoshop neh.;p
*masih tak dapat terima lagi lelaki boleh challange dada pompuan.

Sunday, December 26, 2010

eleh.sombong gila dia neh=_=

pernah tak terjumpa orang sombong?mesti pernah je kan.muka masam mencuka je ,senyum pun tak berbalas.tapi kite ni janganlah senang-senang je nak cop atas dahi sape-sape yang dia tuh sombong.mana tau diaorang muka masam sebab tengah tahan nak berak ke.muka kerut gila.HAHA.yang penting positif.tapi positif pun beragak-ragak la jugak..dulu aku ade lah tak suka dua orang minah ni sebab diaorang sombong sangat.asyik jeling je bila jumpa.tapi kini.perghhh..kawan dunia akhirat dah!kamceng habis.erkk..harap si dua orang tuh tak baca entry aku kali ini dan tak komen jugak:D.orang kata,tak kenal make tak cheeentaaa.dah kenal tergila-gila.i love u porever la sayangs,♥

orang pun selalu jugak cakap aku sombong,muka garang.takut nak tegur,apekah..?mungkin sebab aku hitam kot,kalau sengih pun orang tak perasan.aku rasa aku ramah bila dah kenal kot.aku pun tak tau.sebab,selalunya perangai kita orang terdekat je kenal.kalau diaorang cakap muka aku sombong.betul lah tuh.aku terima dengan redhooo.=_=.

arghh..entri dah merapik dah neh.sebenarnya aku ada nak kongsi ubat orang sombong.ubat dia tak mahal.tak caye meh kite check.::

Bismillahhirrahmannirrahim..

Panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong:

Hayatilah azan kerana di sana terdapat cara-cara untuk berjaya. Beberapa panduan Imam AL-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosa mereka akan diampunkan oleh Allah.

Wallahualam..

ok tak ubat dia.senang je weh.cakap senangla,nak buat tuh susah.tapi yang penting niat dalam hati.ohhh!esok aku nak senyum kat semua oranglah.HEHE.aku rase ape-ape pun mesti berfikiran positive.sebenarnya ini lebih kepada pesanan untuk diri sendiri,harap aku tidak lupa bila tepek dalam blog sememeh neh.:)

credit here


last sekali.jangan sombong-sombong ek.gedik takpe.sape sombong kene korek idung.kate zulaikha.




Monday, December 6, 2010

kenapa kebanyakan orang tak suka musibah melanda dirinya sedangkan itu salah satu kasih sayang ALLAH pada kita..

kenapa aku tetiba cakap pasal banjir ni..padahal dah habis dah banjir.tapi kalau kelantan biaselah ade gelombang-gelombang kedua ketiga.sebab tulah kita kena berjaga-jaga.kalau hujan dua tiga hari selalu-selalu konfirmmmm banjir.sebab selalunya sungai golok tu yang limpah sini.
biaselah..air dari oversea..ahhaaha....kalau negara dia banjir kat rantau panjang ni yang melimpah..bak kate orang,hujan batu di negeri sendiri hujan emas di negara orang lain.baiklah hujan batu di negeri sendiri.ha..tuh peribahasa melayu,sesuai tak sesuai ak main hentam hantuk je.hikhik.

hah.ini untuk standby kot-kot banjir.jangan bimbang,kalau tak banjir pun boleh makan semua ni.tapi kalau banjir makin bertambah la..biaselah dapat bantuan banjir kan..dua-dua politik bagi ohh..UMNO ke PAS ke semua bagi bantuan.tu la untungnya dua-dua politik ade kat kelantan.bak kate pepatah juga.rezeki jangan ditolak..maut jangan dicari.dan satu lagi undi anda rahsia..huhuu.

aritu aku ada lah cousin aku n sorang kawan aku kat uum tuh duk membebel pasal tiket dah beli.
tapi tetiba banjir.ade ke patut macam tuh.dah takdir nak wat cmno weh.tajuk kebanyakan orang tak suka banjir,padahala ku dengar dua orang je yang merungut.HAHA.
takpelah kan lebih dari satu tu maknanya banyak la kan.

erm..bukan nak cakap hal tu sebenarnya.tapi nak cakap pasal keterbukaan kita menerima musibah.aku pun sebenarnya asyik mengeluh jugak.kalau kena ujian sikit dah nak nangis-nangis sambil tekup muka kat bantal.ataupun kadang-kadang mencarut segala bagai untuk puaskan hati yang marah.

pernah dengar or terbaca cerita ini ?::

Saiyidina Umar Al-Khattab r.a terjatuh dari kuda yang menyebabkan kepalanya berdarah.Beliau tersenyum sambil menadah tangan bersyukur,para sahabat berasa aneh dengan peristiwa tersebut bertanya kepada Umar r.a akan perihalnya itu.

jawab Umar r.a”bagaimana aku tidak bersyukur dengan kasih sayang yang telah ALLAH tunjukkan kepada ku..?

See!begitu terbukanya hati beliau menerima dengan seikhlas hati dengan ujian ALLAH malah pernah 1 hari beliau merasa sedih kerana tidak diuji oleh ALLAH pada hari itu. subhanallah.


Hakikatnya, setiap musibah yang datang itulah sebenarnya tanda kasih sayang Allah Ta'ala pada kita hambaNya. Setiap musibah yang datang sebenarnya tanda Allah Ta'ala merindukan kita dan mahu kita dekat padaNya.
Seorang yang beriman tidak bersedih dengan Kehilangan dunia dan tidak memberikan perhatian terhadapnya,tidak merasa gentar menghadapi bencana dunia,sebab dunia itu akan hilang, pergi, dan lenyap.

ayat yang aku boldkan tuh aku pernah terbaca kat satu blog.tapi lupa post siapa.so tak dapat kreditkan sapa penulis itu..ayat pun dah tunggang tebalik kot.,mana ingat.tapi takpe asal maksud sampaiiii..heee.

so.renung-renungkan dan selamat beramal !=)

Thursday, October 21, 2010

gila tergila digilakan mengilai.

Ini kisah sang gila datang dari bumi ALLAH.

Punca dia menjadi gile..wallhualam...

Aku pun kurang pasti lah..nak kate meroyan nampaknya seorang orang gila lelaki sejati..

Sebab mengikut mak aku..kalau meroyan ni apabila si ibu stress gile lepas lahirkan anak..

So..pade bakal suami aku..kalau terbaca blog ni..beware okeh..

Kalau lepas beranakkan anak anda..kalau aku mintak barang kemas or peti sejuk baru sila buat dengan seberapa segera ye sebelum aku stress:P

Sayang gila...orangnya muda...gud looking..ade kete sorong sume..baju pakai tak adela hodoh2..

Dia suka jaga kebersihan wehh...

Selalu aje kutip-kutip sampah yang dibuang oleh orang normal yang cerdik lagi bijak malahan berotak...

Entah-entah dia pun pernah kutip sampah yang aku buang...

Dia memang bagus..siap lepas kutip buang plak dalam tong sampah..

Dia dah tolong ringankan kerja-kerja Majlis Daerah kan..

Kalau dia normal..dia layak jadi ketua kebersihan Majlis Daerah..

Xmacam aku kalau lori sampah lalu terus tutup hidung..

Korang pun tutup xhidung korang?

Ape hina sangat ke sampah neh?

Jawapan aku..mana ade hina..busuk aje la...

Dulu..aku penah la bile lori getah sekerap tu lalu depan aku terus aku tutup hidung!gila busuk tak hengat...

Lepas tu terus kena sound “HOOOiiiiiiii!busuk-busuk pun duit bodoii..”

Gila aku tutup hidung aje..adekah perbuatan aku tu makannn dalam..

Aku rase kalo pokcik getah sekerap tuh ade blog mesti dia update pasal aku yang tak ade kesedaran sivik neh..

Komen pasti juta-juta ohh..

Pasti dia cakap”yang busuk tu la sekolahkan ko sampai ko besor tenuk!”

Ah...gila xada konklusi entry aku neh...ape yang aku nak sampaikan sebenarnya?=_=”

Mungkin..JAGALAH KEBERSIHAN..KEADAAN BERSIH RAKYAT SIHAT...

Atau..orang tak normal pun dah ada kesedaran..kita yang normal ni bila lagi?

*sedih sebab xdapat tengok blog korang..sedih sebab xdapat upload pic orang gila..

korang rindu aku laaa..ek..plzz~~:P

Saturday, March 6, 2010

i luv islam...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?
Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu

Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita

Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).
Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]




usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap


Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini

maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan,
maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]



Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu
sentiasa

Wednesday, February 17, 2010

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Peliharalah auratmu walau dimana kau berada. Jangan biarkan keindahan dirimu menjadi tatapan lelaki yang bukan mahrammu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Pelihara solatmu, tundukkan pandangan matamu dihadapan lelaki yang bukan milikmu. Kelak engkaulah yang bertuah ketika menjadi tetamu Allah. Moga-moga dirimu disambut penuh kasih oleh Bidadari Syurga Ainul Mardhiah.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Berakhlaklah dari panduan Rasulmu, contohi dan ikutinya. Pasti engkau yang bahagia. Sejuk mata memandang bercahaya dunia dengan hiasan muslimah solehah sepertimu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jadikanlah dirimu seperti permata yang berharga dicelah kaca. Ikuti perintah agama, jauhi larangannya.Al-Quran panduan hidupmu, Hadith jadi sumber rujukanmu.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Jangan biarkan dirimu hanyut dengan arus kemodenan tanpa bekalan ilmu didada. Renungilah masa depanmu, tetapkan iman didada. Moga ia menjadi perisai buat dirimu.Jangan kail panjang sejengkal lautan dalam hendak diduga.

MUSLIMAH YANG DIKASIHI......
Nilai cintamu hanya pada Allah yang satu, kasihi Tuhanmu redhalah Islam menjadi agamamu, pasti tiada kecewa buatmu. Kelak satu hari nanti ada insan yang menantimu.

Berkat kasihmu pada Allah yang satu pasti itulah insan yang menjadi cintamu didunia wasilah dari Allah. Moga bertambah redha Allah padamu, melimpah kasihNya padamu kerana engkau meletak kasihmu padaNya dahulu sebelum cinta pada kekasih yang menjadi pilihan hatimu........