Showing posts with label kejadian. Show all posts
Showing posts with label kejadian. Show all posts

Monday, December 26, 2011

Suami masih sayangkan kekasih lama



Assalamualaikum=]
oloo sweet :)
Dua tiga hari lepas aku ade dengar dekat THR gegar masa segmen cinta gegar.,stesen radio pantai timur.Ape yang aku nak cerita ni pasal ada satu pemanggil yang call abang naz masa segmen tuh.Masa tuh kiteorang dah nak turun keta dah.Tapi disebabkan suara lelaki tu sedih bangat terus aja kiteorang dengar biar sampai habis .

Then dipendek kan cerita , lelaki tu cerita yang dia dah berkahwin selama 5 tahun kot kalau tak silap. Bini dia sekarang dalam pantang anak kedua.Masalah dia adelah. Dia tak boleh lupakan kekasih lama.

masa tuh berkumandanglah pekikan tak puas hati dari kiteorang.Apekahhhhh??bini sedang pantang boleh kau duk ingat bekas kekasih.tak adil tak adil.

ceh.over nak marah nampak kakngah kakngah dan kakcik kakcik sekelian.teruskan cerita meh.

Pemanggil lelaki tu cakap yang dia terlalu rindu bekas kekasihnya sehinggakan terasa macam kekasih dia berada bersebelahan dengan dia. Dia cakap siang malam dia berdoa biar jumpa lah dengan exgf dia ni. Sehinggalah dia dapat no fon pompuan bekas kekasih dia tuh. Dia call dan dia pun luahkan segala rasa yang berselirat menyelirat dalam hati dia tuh dan perempuan tuh pun dah nak khawin bulan 5 nanti. Tapi perempuan tuh pun cakap yang dia tak dapat lupakan laki tu.DJ pun tanya kenapa yang sampai tak boleh lupa ni ? lelaki tu pun cakap yang dia dah pernah terlanjur dengan ex dia.

TAP!!radio pun dah di offkan secara rasmi oleh cik pinky disebabkan perasaan marah yang meluap-luap. So ending dia aku tak tau. Kita agak-agak sendiri la eh.

Cuba kita fikir kan , diri kita ni yang mendengar pun rasa tak tahan. inikan pulak kalau isteri dia. Punyalah duk pantang sakit-sakit. Boleh pulak laki duk main perasaan gitu.Tak patut betul. Yela, nak cakap banyak pun kita tak tau letak duduk sebenar dia punya situasi kan. Tapi secara logik tolonglah fikirkan pasal isteri.Anak pun dah 2, ape lah yang dikejar lagi tak tau.

Tak tau nak cakap apa. Tumpang kesian dekat abang pemanggil ni yang tak menghargai isteri dan tumpang kesian dekat isteri dia yang berkorban tapi ini yang dia dapat.

Tuesday, November 15, 2011

seringgit yang berharga

Assalamualaikum=)

Duduk dirumah bertemankan katil dan bantal memang satu perkara yang sangat memboringkan, tapi untuk keluar jalan-jalan adelah satu perkara yang menggunakan duit. So bila fulus tak ade ni memang nazak betul aku , nak makan kedai depan umah pun duk mintak kat mak .Malu lah nak mintak-mintak duit dengan mak ni , biarlah setakat 5ringgit nak beli jagung bakar sekalipun depan umah ni.Itulah!keje malas , ptptn pun dah kaut habis tinggal 7 hingget je dalam bank.

Cerita pasal duit ni kan, teringat pulak dua tiga hari lepas punya kejadian yang amat entah yang amat ape.nak kata malu tak jugak.tapi adelah geram sikit-sikit.,nak geram kat diri sendiri !

Haritu aku nak isi minyak skuter tuh,aku pun macam biasa seluk poket jeans ni,seluk semua jenis seluar yang ade sebab aku selalu letak duit gitu je.seluk2 jumpalah 5 ringgit ,perghh..duit cukup-cukup nak isi minyak,then aku ajak yana pergi isi kat stesen minyak,ingat lepas tuh nak singgah borak rumah anis. dia pun pergi melenggang gitu je tak bawak pun purse .

bila sampai kat stesen minyak tuh terus suruh abang minyak tuh isikan.lepas siap isi aku pun bayarlah terus n bawak moto tuh.tiba-tiba abang minyak tuh panggil,dia cakap duit aku ade yang koyak.boss dia tak nak duit koyak.

GILA! aku ade duit tuh je yang aku gumpal-gumpal dalam jeans tadi. Memang segan nak cakap yang aku dah tak ade duit lain. yana pulak duk gelak-gelak.sumpah tak lawak la mek na!geram aku.aku pun cakap nanti aku balik ambik duit.dahla jauh weh masuk pekan rantau panjang,gatal nak pergi jauh sikit stesen minyak kononya.

lepas tuh memang balik jelah.yana pun cakap dia nak sedekahkan aku seringgit tuh.geram betol aku tak check betul-betul duit tadi.abang tu pun sikit je koyak saje je nak buat aku malu.tapi tak adela malu sangat,cuma geram kena patah balik rumah je.malu tu sikit je.betul sikit je.dalam perjalanan tuh aku duk seluk-seluk jeans.yana pun duk tanya apehal.mana tau tiba-tiba ade rejeki nak jumpe sehinggit dalam tuh.seluk seluk ada 20sen je.ikut hati aku nak tanya yana ade tak 80sen dalam poket dia.tapi hasrat tu aku lupakan je.nanti tak pasal-pasal kena gelak

jadik bila nak pergi mana-mana bawakla duit lebih.tu pun kalau ade duit lebih la.kalau ade cukup-cukup macam aku tuh kena la lebih cool dari biase.Sampai waktu sekarang dalam purse ak ade duit seringgit yang koyak tu jelah.memang dah tak ade dah jeans yang patut aku seluk.aku perlu seluk poket orang lain agaknya sekarang.

Sunday, March 27, 2011

bunuh diri

assalamualaikum.
lama betul aku tak update blog.agak-agak ade tak yang rindu.ke korang rase aman?;p.semalam seharian aku pergi terengganu.yang tu tak mau cite sebab kiteorang pergi tak cukup geng.rase best tuh kurangla sikit.best tuh memang best.tapi kalau ade yuni,wana n mas lagi best.:).aku niat nak jumpa ciktom,sebab kakak kawan aku ni kawan ngan ciktom.ingat dia datanglah umah kawan aku yang buat makan2 sikit sebab adik dia dapat 11A tuh.tapi kawan aku cakap ciktom tak datang.frust tertongenglah aku.

korang ade dengar tak pasal budak pompuan yang nak bunuh diri kat kb mall tuh?aiyokk..nasib baik tak mati.kalau idak berhantu jadik kb mall tuh.dahla tempat tu jelah yang boleh pergi kat kb nih.hee.

bukan itu jugak yang aku nak cerita.tapi bila jadik camni.banyak pulak versi.ade cakap failed spm la,mengandung anak luar nikah la,pakwe khawin dengan orang lain lah.ade problem dengan mak dia lah.adoii..macam-macam lah dia punya versi.yang aku tau.kenapalahh pompuan nih nak mati sangat?ishh.bahaya gilaaaa...takuttt oh.


nasib baik tak mati.kalau tidak tak sempat bertaubat.aku bukan baik sangat.tapi kan bunuh diri tuh tak boleh dalam islam.mungkin ade hikmah dia tak mati.aku harap dia berubah.sama-sama kita doakan ek.

Sunday, February 27, 2011

kauu.kauu..skodeng skodeng.grrr

assalamualaikum.
entah kenapa sejak akhir-akhir ni banyak sangat gejala sekodeng kat rumah sewa kiteorang nih.gila sangap betulllahhh sesapa yang suka menyengodeng itu.apa takde benda lain ke nak buat.cuba-cubalah pegi main lompat getah ke.main musang ayam ke.dari datang nak mengintai anak dara orang.-_-


serius weh.dulu ade jugak.sekarang makin berani.siap bawak kawan lagi.aku tak faham laaa.selalu diaorang cepat menyusup zupzupzup kalau kiteorang perasan kehadiran penyekodeng itu.takut wehhhhh..dah cakap dah kat tuan rumah.

kiteorang dah plan.nak buat perangkap*aku tak taulahjadik ke idak sebab sorang-sorang suara cam petir kalau nampak penyekodeng.bersepah ah diaorang lari kalau korang duk asyik menjerit.;p
kunun-kunun nak sorang jadik umpan duk tepek-tepek lotion dalam bilik.bila dia duk syok mengintai kiteorang nak g seranggg..ye.ye ohh je.;p

#cadangan satu
ambik baldi telangkupkan kat kepala dia.pastuh ketuk-ketuk ngan batang penyapu secara berjemaaah,pastuh siram air panas kat adik dia.baru kena sunat kali kedua.-_-(18tahun keatas sahaja dibenarkan baca.)

#cadangan kedua
sorang bawak kereta pastuh gi langgar kaki dia sipi-sipi jelah.jangan langgar terus.grr.idea sapa lahhhhh.-_-

#cadangan tiga.
siram cuka getah kat muka.HAHA..zalim ah.sapa punya idea dah..korang nak tau sapa.tuan rumah aku.kahkah.kemainnn kan.pastuh dia cakap pasang pagar elektrik.ceh.tuan rumah aku neh kepala ligat gak eh.kaki tengok dvd neh.HAHA.yang penting semua dia punya idea takleh blah.heee

HAKIKATNYA

bila dia datang hanya reti menjeritttttt dan kunci pintu dan tidak dibenarkan buka jendela dan kita duduk senyap.heeee.
seyes ah.cmne nak buat untuk si penyekodeng nehhhhh.

Wednesday, February 16, 2011

mengantuk time drive.

assalamualaikum.
semalam lepas je aku pegi jalan-jalan makan angin di pantai nan indah.indah dengan ombak besarrr..keh.keh..melepas je nak mandi laut.jadi semalam kiteorang tak mandi pun.sebab masa nak pergi tuh hujann.ombak besar.kilat sabung menyabung*tipu.cuma yang penting kiteorang tak mandi semalam.wuwwuuw.;(

lepas tuh kawan aku ajak g wakaf che yeh.aku pun ikut la.walau berat hati nak pergi.sebab aku memang fahammm sangat dah,diaorang kalau membeli.korang jangan haraplah cepat.kaki masing-masing kebal je.aku je yang jenis malas nak pegi.lagipun duit pun kureng kan.so teman jelah diaorang menawaf wakaf che yeh.

balik je dari wakaf che yeh tuh.masa nak balik machang aku tengok ade kereta pakcik kat depan tuh kan.sekejap kanan..sekejap kiri.sekejap masuk line orang.sekejap duk jalan dia.


gila.hensem tak keta pakcik tuh?ehss.kete pakcik tuh wira.tapi aku saje letak yang ni,sebab aku berkenan yang nih.boleh?;p

tapi kan serius ngeri.nak cakap mabuk aku tengok siap berserban hah pakcik tuh.jadi kiteorang kat belakang nih bagi lampu tinggi kat dia.barulah dia ok sikit.pastuh tiba-tiba jadik huyung-hayang balik,.aku syak pakcik nih mengantuk yangg amatt yangg ampunnn kot.dahla dia sorang-sorang.tapi nasib baik gak jalan tuh lengang sikit.sebab malam dah.

kadang-kadang aku terjerit bila tengok dia masuk jalan orang.nak potong pun tak berani.mana tau nak potong tuh tiba-tiba dia masuk line kita nak potong.tak ke haru.so kiteorang cuma perlahankan kenderaan.

pastuh kiteorang masuk lorong kanan.tapi pakcik tuh masih jalan terus.so tak taulah nasib dia lepas tuh.harap-harap tak ade pape.takut gak kan.tapi aku tengok pakcik tuh ok dah sebab masa lampu merah dia berhenti.

kalau rasa mengantuk baik kita berhenti tido jap kan.tak pun pasang lagu rock metalll!hoyeahhh.;p



Sunday, February 6, 2011

skodeng awek.

assalamualaikum..
tadik.aku duk dengar anak jiran aku nih duk mengamuk taknak pegi asrama.dia sekolah SBP kat pahang kot.biaselah budak tingkatan satu.budak baru nak up.HEHE.duk asrama kena pulak buli dek ahkak-ahkak senior.apelah ahkak-ahkak senior ni buli adik-adik..tengok aku nih!senior yang berhati mulia.keh-keh.mulia?aku gunakan ayat mulia?keh3.aku dulu mana ade buli sapa-sapa.kena buli pun idakk.hidup penuh rukun aman damai la.sapa yang duk asrama baru tau feel dia camna kan?.duk umah tak boleh weh makan dalam baldi ke.makan megi yang jemur tengah panas ke.tak merasa la.jumpa orang histeria ke.takde.kat asrama semua ada.cukup pakej!
.
nak dijadikan cerita satu hari aku duk kat tepi tingkap.lepas tuh aku tertengok satu benda asing nun jauh di depan bangunan sebelah.blok aspura.asrama sekolah aku memang dekat je dengan blok asrama budak laki.cuma dipisahkan dengan dewan makan.dorm aku pulak dorm tingkat atas sekali.memang sah-sah boleh tengok free show laa.budak-budak laki ni nak g mandi pakai tuala macam tuh ja!!nasib baik iman kiteorang kuat.HEHE.eh.lupa pulak,cerita pasal benda asing kan tadi?aku nampak TEROPONG weh.teropong kecik.grrr...budak aspura nih tak dak keja lain ke?luka sunat pun belum sembuh lagi!ade hatiii nak skodengggg.

lepas tuh aku terus la repot kak akak tikah.selaku akak yang paling sengal dalam dorm aku.pastuh ade kawan aku cakap kita repot ah kat warden.biar kena spotcheck kat aspura.tapi aku tak setuju.sebab kalau spot check mesti aspuri pun kena sama kan?jenuh nak membayor denda tak kemas bilik.lagipun ramai yang bawak henfon.
pastuh akak tikah cakap.rilek-rilek.dia ade idea bernass punya.kiteorang pun berbincanglah.dan kate sepakat punn dibuat.ngeh-ngeh-ngeh.

tibalah hari sabtu.hari yang ditunggu-tunggu oleh semua warga asrama.yang itu hari pelepasan untuk berpeleseran.time outing tuh kiteorang duk cari teropong kat pasar.memang terbaik ah idea akak tikah.kite kena balas apa yang diaorang dah skodeng kita kan..so baik kite pun beli gak teropong skodeng diaorang.HAHA.kalau pikir balik sekarang agak bongok jugak idea akak tikah neh,tapi kiteorang jenis on je asalkan gumbira jadik belilah jugak teropong ajaib itu.yangg boleh
meneroka tubuh kaum adam.gahahaha..duhai kaum adam di aspura.hukum karma pasti ade.

malam tuh lepas je habis prep kak tikah ah yang mulakan misi skodeng modeng tuh.kiteorang tutup lampu pastuh dia ah paling banyak skodeng orang.yang kedua aku.keh2.aku bukan skodeng apa pun.nak cari secret admire aku je.tapi tak jumpa.frust menonggeng aku.heh.kawan aku pulak nak cari secret admire dia.lama jugak dia teropong.huh!memang dah gila teropong dah!niat asal nak membalas dendam dah jadi benda lain.bukan perkara sengal dah.perkara gatallll.

tapi kesudahan dia warden dapat tangkap kiteorang time spotchek bilik.memang kena denda ah.denda dia memang sangat tak boleh chegitaaaa..tapi sikt lagi nak kena buang asrama.alah.cikgu ni tak rock ah.bukan luak pun kalau skodeng;p

*aku rasa panjang no entri aku.tak larat org nak membacanya.hehe..sori ek takde gambar pastuh tak blogwalking ape hari nih.tenet sloww=_=.





Tuesday, January 25, 2011

blind date

di zaman serba cangih manggih ini.diselang selikan pulak dengan serba alatan komunikasi yang ade nih kann..op koss la macam-macam cara nak mengusha kann..nak mencari jodoh.even aku sendiri pun duk buat skandal mesej dengan blogger ini.cinta berputik di alam maya gitueee.HEHE.i harapp youuu terima aiiiiiii seadanya awww..*panggg!
.maksud aku cinta alam maya gituee..cinta sms gituee..bak kate orang,cinta tuh kan buta.boleh jadik je kita berkapel melalui ym ke,tersuka blogger ke.

aku nak cerita satu benda yang menarik tertarik nih.salah seorang kawan aku adelah buat blind date kan..*identiti dirahsiakan.kiteorang nih sexsited jugak duk mengendap kann.lagipun jumpa depan umah sewa ni je.so memang ade chance la aku pun nak mengendap.dan betul.aku tak lepaskan peluang tuh .

kira laki tuh kira sedap mata memandang.,sedap lagi bahu memikul ah.tapi aku semua orang aku rasa hensem.nak-nak pulak pakwe pandai main gitar.oke lari topik sikit.


lepas tuh esoknya.kawan aku tuh tetiba dia terrmengadu dengan kiteorang.masa duk main air kat lata tuh la..laki yang di blind datekan tuh buat derk je dengan dia.hagahammm jadah ah itu laki..buat tak layan.senyap je hingga hari tuh.pendek kate dia tak terima laa pompuan tuh.

memang laki camni.grrr..kan dah tengok pic semua.ala.janganlah terlalu memilih sangat,kawan aku tuh omey ape.grr..lagipun dia bukan hensem sangat punnnnn~~~ok.bila jadi macam ni tak ade makna dah hensem ko tuh.tapi.hensemm kee?

duhai lelaki semua.janganlah buat macam tuh.tak payah rasa hot sangat weh.kawan aku pun cakap bukan berkapel lagipunnn..just kawan-kawan jelah.kawan pun pilih rupa keee?mase dok mesej-mesej bukan main sayanggg..i lap u.u lap ai

sapa pernah blind date?aku pernah dua kali.mase form four dengan mase form 5.HEHE.tapi nasib baik ok je laki tuh.aku bila mesej kedengan orang tak kenal aku ikut rase hati.bila rase laki ni sempoi,ok.baru ak jumpa.bila dalam mesej pn dah perasan gud-gud.tak nak akuh.nanti kena hina free2 jr.

ok banyak pulak aku tulis.tapi serius laki tuh tak patut buat camtuh.

*broadband dah overlimit:(


Monday, November 1, 2010

red warrior dah balik

petang tadi semua muka blur-blur berhibenasi sebab hujan seharian semalam..
bangun untuk cari nasi sajelah..jasmani aje..rohani per cite?
pukul 3 macam pkul 7 pagi...ohhh...what the heaaven!
bila dah bangun lewat otak semua dah tepu..
tetiba nak pegi KB tanpa sebab musabab yang munasarawak..

lepas tuh kan..tengok ramai gile orang-orang duk tepi-tepi jalan bawak-bawak bendera kelantan.
nak kate pilihanraya xkan budak-budak pun ambik port main kempen2.

rupenya ade perarakan geng-geng bas sekolah baru balik bukit jalil..
omaigod...omaigod!ade pemain bola klantan ohhh....wohhh..wohhh...

tetiba aje mood hibernasi itu hilang...
diaorang berarak ramai-ramai..memang besh sangat tengok..
kiteorang suka tengok!semua diaorang tegor..
jalan yang patut dua line jadi 3line dah..
walaupun jammed gila..semua orang bukak cermin keta borak-borak gan keta sebelah..
siap bleh ikat bendera kat tangan keta sebelah..
bukan suku sakat tapi memang dah macam lama kenal!

semua nampak hepi giler..serius sampai kami pun borak ngan orang sebelah...
siap nyanyi lagu olek-olek..*tipu.


aku bangga bila tengok masyarakat macam ni..
*masyarakatt..hahah...bajet cakap cam ketua kampung.
ade tuh ramai gile sengal-sengal ubi..cakap lawak gila sampai gelak guling dengar..hohoh
macam pesta dah aku tengok...
betul lah tu...kelantan memang semangat kenegerian...sapa xsayang tanah tumpah oii..




gila semangat sampai terjulur dari pintu van....uhukkk..bendera bulan xtinggal ok..*maaf aku bukan bulan ye...undi anda rahsia..wakaka..

ni budak-budak duk tepi jalan...ramai lagi aku xsempat snap..teruja sangat kot..hiihi



ohhh...ini gambar tak de kene mengena ngan perarakan tadi..ni pic ak cilok fb member atas member.. walaubagaimanapun,smayang tu wajib..lepas smyang sume bantai la nak cat badan sampai berkilo-kilo pun..eheheh...

tahun lepas ade sahabat aku kutuk yang kalau pegi tengok bola sah-sah xsmayang maghrib..
*lebih tepat lagi dia cakap orang klantan xsmayang tengok final bola..
aku rasa tak betul..jangan la tuding-tuding jari...kita tak tau kan...jangan pandai cakap je..:)

ni badut made in thailand..hahaha...budak kampung aku..AMERIKA oh,.woh..wohh..



yang ni untuk tatapan umum...




video perarakan tadi..sikit aje..haha...diaorang gila hon...tapi serius seronak..kalaulah aku bawak bendera sejibik bleh gak masuk korum perarakan uh..kui..kui..kui...
kite ronda-ronda kotaraya,...hui9...dahtu tengok tak budak cumel lambai2 dalam video tuh...tweett ngat...comel tak?nanti anak aku comel cam dia larh...hik9






Sunday, October 31, 2010

nasib baiklah nasib aku baik

cerita goreng pisang panas-panas baru angkat dari periuk kehidupan neh.
macam mana ye nak hilangkan sikap cuai ni...sikit2 cuai...sikit2 cuai..
cuai sikit tak ape lah gak..ni kalau dh selalu sangat,sikit-sikit jadi bukit lak!
dulu dah hilang ini ..hari nih sikit lagi..nyaris lagi nak hilang henfon pulak..
adoi..habis segala jenis harta aku nak hilang..
nampaknya kena mandi bunga nih nak bagi hilang kecuaian^_*

ade ke patut henfon tuh boleh jatuh?
aku pun heran bin ajaib kenapa aku tak perasankan hefon aku tuh..
tu la..letak lagi henfon atas riba..
bila nk turun keta xpayahla ambik henfon tuh!
biar je dia jatuh ya ..xpe..henfon 20sen je sebijik=_="

tadi aku pegi teman kawan aku ambik baju..
entah kenapa gatal nak turun gak tengok baju..

balik je Machang tengok-tengok henfon aku dah invisible..
mulalah tuding-tuding jari pada kawan-kawan..
bukan boleh caya sangat diaorang selalu nak kasi aku gabra gabra.
sebab aku pun selalu buat macam tu..hue..hue..hue.
tapi dengan pantas dan secara berjemaah diaorang geleng-geleng kepala tanda tiada sabotaj yang berleluasa.

lepas tu mulalah merasa tak senang.
segala perasaan bercampur-campur menjadi campuran perasaan..
gila!nak menangis pun ada..
nasib bek ingat yang last kuar tuh kat kedai jahit..
nasib baiklah uny ambik no tukang jahit tuh..

mintak tolong tukang jahit tu cari..
lepas tu tukang jahit tuh cakap ada!ada!
tepon merah jambu ke?
*lama gila tak dengar orang panggil merah jambu...


motif cerita diatas..kau memang gila echah..kau memang cuai echah..
Boooooooooooo!!


Thursday, October 28, 2010

kedai duit tongkol

pernah dengar duit tongkol?
duit tongkol ni ikut pemahaman serta pengalaman aku ialah dimana duit itu berkepuk-kepuk..
malah mungkin juga berguni-guni..
antara dua ..

ginilah..aku nak cerita..
hari tu adelah aku print out asement..
harganya 6 hengget..lepas tu aku ade not 50 aje..
2 la duit titisan terakhir aku..
ade rm 50 tuuu ajee...biaselah last2 sem ni..bab duit jangan cerita..
nanti ade yang bercucuran air mate..keh.keh..

pastu akak tu bukan main dia ambik duit sehingget yang dia ikat gan getah nasi.
aku tengok mula rase cuak.
hai..xkan 44 hingget nak bagi semua duit singgit?
sungguh xkesian la akak ni pade aku..
dahla duit tu dia xsusun elok-elok..
dengan selamba yaaya dia bagi duit tuh kat aku..
duit kat CC memang banyak duit sehingget..
budak-budak main game!
ni la antara keburukan dak-dak main game..
habis duit skolah blanja benda lain!

member-member aku ni dah buat muka nak gelak..
vavi!viva!semua bagi korang ah!pasni aku pasti kene kutuk kaw2..
aku hentak-hentak kaki..slow ajelah..nanti akak tu perasan!
xpuas hati..tapi aku rase nak gelak guling pun ade..
nasib baik hati nurani ni nak ambik lagi duit tu..
duit wehh..duit..

gila ah..ade ke bagi balance macam tu..berhari-hari aku pakai duit seringgit tuh.dalam purse dah macam tauke goreng pisang!
aku tau akak tu perasan..
tapi dia buat tak tau aje,,
kut-kut dia pun xnak layan aku..
kalau dilayan penat dia gak nak cari duit balance lain..

akak memang bijak..


Saturday, October 16, 2010

kejadian aneh...

korang tengok betul-betul picture diatas...
nampak macam keluarga bahagia kann..main-main curah-curah air segala bagai..
tapi korang percaya tak yang kiteorang tak kenal pun laki neh..

alkisah....(along tapa jangan marah ye ilang tomei)
semalam..kiteorang g mandi lata tembakah..
ingat nak berlatih gimnastik irama dalam air...
semangat semua memang berkobar-korbar nak tunjuk skill berenang merangkak dalam air..
aku plak nak tunjuk skill menyelam sambil tutup hidung...

pastu sampai-sampai aje ade a bro kat atas neh..
mula-mula oke je lagi..
dia cakap jangan lalu kat depan tuh..batu licin...kiteorang pun senyum lah..
pastu tetiba je dia macam...macamm...entahla..aku pun xtau.,..
budak-budak ni nak mandi pun ilang mood...
asyek bermain2 air depan kiteorang aje,,
kiteorang naik atas sikit..dia ikuttt...
g mandi tempat lain alih2 dia ada...

aku rase dia nak usha kawan aku yang dicurahkan air tu..
aku kat belakang gelak2 aje...
aku bisik-bisik ngumpat kat belakang
ifa(bukannamasebenar) tu bawak husband ke kat sini..
arghh...skandal baru keee?:PP

tapi aku xkisah la dia nak mandi kat mane..
aku pun paham tu tempat awan..
tapi bile dah sampai main-main curah-curah air tu lebih dah tu..
memang spoil mud betol la..
(cehh..macam aku lak kene)keh3
tapi aku tengok sedikit kurang asam..


lama sangat dia duk situ..
lepas je abang entah turun dari langit mana tu blah..
ape lagi..memang heaven la...
terus semua macam nak menjadi atlet renang negara.
erkk..pandai keee swim2 bebeh?:P


Tuesday, July 13, 2010

PENGINTAI SI KEPALA BOTAK!!

bang...sy tau bkn abg rosyam yg ngintai kami,,abg jd model jap bleh...tp knape botak...kami trauma!!


ehh!!castello castello larh!
bkn castello ni...ini perampuk...
pengintai..pengintip...peneropong..
pembuat ape kajadahnye hah?

smlm rumah sewa ni digegarkan dgn kejadian aneh...
mase tu mghrib...
azan berkumandang...
suasana damai...seronak melayan cerita d tv..
burung2 pulang ke sarang...
rumah di ats bukit ini nyaman..
segar dan menyejukkan....
semuanya tenteram...

sehinggalah!....


kak pah menjerit....
mukanya pucat...dan sume gadis2 berlari2 myelamatkan baju di ampaian..
kot mna taw dia cilok kami pnyer...bju,

pergh!!!lelaki mane bertempek di jendela?
mmg tkut gila,,,
nak2 plak sume pompuan kt cni..
n si botak itu lari...


nk mandi ke..ase cm org intai aje..huh!

weh abg botak..kot ya pom..
.jgn ler buat mnda xde faedah cmtuh!

siapla sape2 yang botak!
pihak kami akn investigate...huk

dgr kate org ckp tu org gila...
perghh...gila!ptotla buat keje gila..

sekain...

mungkinkah...


DIA???




erkkkkkk.....