Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Sunday, October 2, 2011

RAUDAH- solusi lengkap keluarga.

Assalamualaikum..=)

duapuluhlima haribulan harituh tamat la sudah final exam aku untuk semester lima sem ini. Maknanya aku dah seminggu bercuti dengan jayanya. Perghhh.. Gembira hanya aku dan ALLAH sahaja yang tahu (hamboi ayat) , Betul-betul terbeban semester nie. Sem depan dah semester akhir . Cepat jek masa berlalu kan? Sebenarnya sem ni memang boleh dikira dengan jari je berapa je entri aku, Huuuuu.. Mana taknya sibuk dengan buat magazine,kad kawen ,kad bisnes , research , presentation , test , Programming , asemen , article review , haishhh.eh tetiba sebut balik jadi berat kepala walaupun dah lepas dengan nak kata jayanya tak la jugak nyaa.tapi lepas lah semua walaupun punyalah serabut ..keh keh. ALHAMDULILLAH =)

So, walaupun dah basi la magazine kiteorang neh, sebab tak sempat nak letak dalam blog. Tapi aku tak kiraaa ! aku nak ceghitaa jugak yang ni.punyalah banyak story mory sepanjang sem lima nih aku tak sempat nak tulis . Rugi benor , kenangan nie kalau tak tulis takut lupa. kannnn?
Dan aku rasa buat majalah neh kiteorang banyak gila habis duit . Kena reject mula-mula tuh . Lec aku yang ni memang pentingkan kesempurnaan sungguh, Tapi salah kiteorang jugak sebab ada content dalam tuh yang dia suruh tunjuk dulu tapi main print jek.heeee...

cover depan. Irma hasmie wehh..aku tiba-tiba jadik minat dia.serius cantekkk =)

kiteorang punya group buat magazine.

isi kandungan


wei.malas dah nak letak caption.mukadimah tadi panjang sangat.malas da nak menaip ;p


aku letak dua je content yang dalam magazine tuh. Banyak lagi yang tak tepek kat sini, Penat nak tunggu upload. Habis 3 bab cerita korea baru siap upload neh tau. Nanti lain masa aku try upload balik.tercinta sungguh line rumah aku neh. Sayang line sayang line ,muaahrrrrghhh-_-



lastly ! tadaaaaaaa.....
majalah yang dah siap.tapi siap di reject la.huhuh...yang terbaru tak sempat nak ambik pic la pulak sebab tengah malam baru siap print.wuwuuww...




Thursday, December 16, 2010

kenangan kerja itu part 1

salam alaik.
hari ni marilah kita mengenang kenangan aku bekerja zaman dulu-dulu.
lepas keje baru aku tahu betapa sukarnya nak dapat duit.kalau dulu senang je mintak ngan mak bapak.lepas keje ni baru tau.penat gila.tapi duit boleh ciput cenonet je.


first time aku keje memang haramJ betul!dapat tauke yang gila sombong.hek eleh.setakat kedai jersy pun bukan main sombong.Aku taulah,dalam usia muda ko dah ade kedai sendiri.tapi perlu ke ko berlagak macam tuh ?sangat tak perlu okeh!aku kerja dua orang.,ngan kawan aku sorang.mula-mula bekerja pun dia tak cakap dengan aku.aku ni kalau orang tak cakap ni rase macam tak seronok la nak bekerja.aku pun tegur la.pura-pura tanya berapa harga modal baju,senang aku nak menjualnya nanti.lepas tuh dia menjawap acuh tak acuh,kalau dia ada dia yang tentukan harga.bukan aku.kalau dia tak ade.kalau orang datang membeli aku kena call dia deal harga berapa-berapa.
mak aihh..sepuluh orang nak membeli,sepuluh kali aku nak menelipon ko?topup pun masuk dalam penyata gaji ke?kalau macam tuh tak apa juga.enampuloh kali call pun aku redhooo.-_-

serius tak seronak kalau kerja macam tuh.bayangkan lah,kalau rantau panjang paham-pahamlah,
ade tawar menawar,walaupun aku tak pernah keje,tapi kawan-kawan aku makbapak dia ade kedai,pernah jugak tengok orang menjual baju tuh.selalunya kena taulah harga modal,lepas tuh bagi harga paling berpatutan,orang membeli pun suka,.kita pun tak rugi.asal lepas harga sewa kedai,untung sikit-sikit dah okey.ni tak,.susah!sekali orang nak membeli kena tanya dia,dahtu kedai jersi bukan sikit orang nak membeli.enampulohlapan kali duk ulang alik tempat dia duduk.dah tak bagi aku cakap harga berapa biar aku duduk.ko gi layan customer!tapi aku sedar aku neh pekerja je.buat baik jelah.wuwuwu..dalam hati membara-bara.


yang paling aku terkesan sampai sekarang,aku mintak berhenti dia cakap dengan riak dan biasa.ok esok datang ambik gaji.rilek gila.aku sebenarnya nak keje lagi kat situ.tapi kawan aku tuh dah tak boleh tahan sangat-sangat.aku kan memgang prinsip persahbatan.so aku pun berhenti jugak.ehhee.
rilek je dia cakap ok,ok.ambik gaji esok.sesedap ke dia.xkan tak boleh bagi hari ni.ingat aku suka hadap muka dia lagi.memang la dia hensem gak.tapi dah perangai macam tuh.ade ke ak nak masuk lagi kedai dia.

esoknya aku datang tuntut duit,lepas dia bagi tuh aku ade cakap something kat dia.Dia terus angkat muka tengok aku.kau ingat aku baik sangat?mulut aku boleh tahan okeh.sesedap rase pedasnya tapi kalau ko buat ko terasa la kan.aku tak tauu.hehe.

sebenarnya kan korang..aku keja 6hari je kat sana..ehhehee...aku ni bukan tak tahan.tapi tak boleh tahan.:p

lepas dua tiga minggu kedai dia masuk pencuri,habis duit n baju dia.sian tokey aku.
jangan kate aku maling itu ya!aku tak suka sikap dia je.orangnya aku tak pernah benci,nikan pulak nak mengopek kedai orang.hehe.

satu je aku suka keje situ.customer2 yang datang semua laki.nama nya kedai jersi kan.pastuh hensem2 plak tuh.hikhik

sekian..

memang banyaklah insiden-insiden yang aku dapat dan aku marah,tapi sekarang aku baru sedar la.ko jangan tinggi diri.orang tak suka.orang benci.