Sehinggalah pada suatu hari, seperti biasa Haqim akan menceritakan tentang Ilya Suhana di dalam post terbarunya. Sebaik sahaja dia menekan butang Publish Post, selang beberapa minit kemudian dia melihat ada komen baru masuk. Matanya terus bersinar dan bibirnya mengukir senyuman lebar. Lalu tanpa berlengah dia terus membuka komen tersebut dan dia terlopong membaca komen tersebut kerana...................
Fariq!fariq spider yang mengomen entri terbaru hakim.Hakim terkedu.Cepat-cepat dia membuka blog kepunyaan lelaki bernama fariq itu.Perghh!seperti yang dijangka rupanya benar fariq merupakan abang kepada Ilya Suhana.gadis yang dia gila-gilakan sehingga dia berada dalam alam kebongokan kerana demi seorang gadis,dia paksa diri menulis blog.Hakim mengeleng-geleng kepala.tidak sangka fariq juga pemblog tegar.Habis saudara-mara pemblog tegar ghupenyaa.Hakim membuka tab baru.mengoogle nama halimah blog.nama ibu Ilya suhana.risau kalau-kalau ibunya jugak punyai blog.Akhirnya dia menarik nafas lega.bakal ibu mertuanya tidak punyai tanda-tanda seorang blogger.kalau idakk.terpaksalah dia menulis secara tawaduq.
Komen-komen penyuntik semangat dari Fariq membuatkan Hakim lebih yakin akan tindakanya.Semakin hari mereka semakin rapat dalam dunia maya.Hakim masih lagi mengusha-usha blog gadis idamanya.Setiap tindak-tanduk Ilya diikuti.Kadang-kadang dia perhatikan Ilya dari jauh.Bimbang akan dimarahi oleh gadis itu.Gusar akan bertemu dengan Fariq.Sejak kejadian pergaduhan tempoh hari.Hakim sudah tidak lagi bersua muka dengan mereka.Malah lebih memalukan lagi bila Fariq mengupdate dalam blognya mengenai dirinya yang melarikan diri kerana tidak dapat membezakan siren polis dengan pembesar suara pokcik menjual ikan.Dan yang paling memeritkan lagi bila membaca kutukan dari blogger lain.Dia jadi termalu sendiri.
Pulang dari kelas.Seperti biasa Hakim membuka blognya.Melihat saja dashboard.Dia terkejut melihat entri terbaru tulisan Ilya Suhana.Baris-baris akhir entri Ilya.
Menanti hari yang indah.menanti saat tiba hari bahagia.Ikatan dua jiwa.
Hakim pangung muka depan laptop.Kenapa harus begini kesudahanya.Tiba-tiba dia teringat akan Fariq.Terus dia membuka blog milik abang Ilya itu.Sekali lagi dia terkejut bila Fariq mengupdate tentang tarikh pertunangan adiknya.Menjemput blogger-blogger memeriahkan majlis tersebut.Sah!Ilya Suhana akan menjadi milik orang.Melihat tarikh pertunangan itu Hakim jadi lemah.Ya. Dia harus bersemuka dengan Ilya.Biarpun dia tidak dapat memiliki Ilya.Tapi dia berharap agar Ilya tahu rasa hatinya.
Tiba hari pertunangan itu.Hakim berada di hadapan rumah Ilya.Tiba-tiba dia terpandang seraut wajah manis milik Ilya.Hakim tergaman........