cepat je masa berlalu kan. Dah nak masuk sem baru pun. 20 haribulan nanti dah daftar,Malasnya ampunnn. Tapi sebab dah semester terakhir pejam mata jelah. Cepat bukak sem , cepat habis sem, cepatla dapat cuti yang lagiiii panjanggg lepas ni..heeeee.;p
Tapi aku dah sangat puas hati dah cuti hampir dua bulan ni sebab boleh berhibenasi guling-guling,golek-golek dalam selimut time-time musim hujan hari-hari ni, makan nasi panas-panas dengan daging goreng panas-panas raya haji ,peh!
Awal-awal cuti haritu pegi la jugak mandi manda kat jeram ngan pantai, tapi bulan 11ni memang dah tak boleh sebab dah hujan,bahaya dah ! tapi dah ade planning dengan sepupusepapat semua awal tahun depan nak pergi lata tembakah. Tak sabar nak tunggu cuti raya cina weh !!haha.semangat cuti yang tinggi gamaknya aku sekarang.;p
Selain dari mengisi masa cuti dengan merongeng sini sana ade jugakla benda berpekdah aku buat iaitu ajar adik ika neh.Tahun depan kan dah nak masuk darjah 1, kenalah belajar lebih sikit,nak nak pulak ayah ngah aku bagi banyak buku latihan yang darjah satu punya, sampai menangis-nangis budak ni aku marah, nak belajar,rilex la dik,ratu air mata betul , padahal aku tau tu helah dia malas belajar.-_-
Yang ni paling best aku rasa,time raya haji haritu. sebab 1st time tengok orang sembelih lembu, seronok.hheheheeh.lagipun sebab lembu neh adik beradik mak aku n adelah sedara-sedara mak aku ambik satu bahagian sorang lembu neh,jadi semua sedara-mara kan.yang ramai-ramai tuh semua sepupu,abang,maksedara,paksedara.meriah la raya haji jadinya.
ade baki cuti tak sampai seminggu nie just golek-golek kat rumah la. sayangnya nak tinggal mak,adik,kakak,sepupu,kawan-kawan dekat rumah, pakwe,katil,tilam,bantal,huuuu..cehhh..macam pegi jauh,machang tu je ponggg!!!
6 comments :
pergh! sekali ko update banyak dalam satu entri la. haha. mesti ko garang waktu ajar adik ko ni cah sampai dia nangis.kehkeh
fiezah.ak lepas gian menulis.hahahaha...ko baca smpai habis x?kalo x siap ko;p
ye akak.hehhehee.
best kan cuti panjaaaaangggg....xpe dah final sem dah....pasni leh cuti lagi panjanggg n dah leh kawen hehe
smpai menangis kau kerjakan
wei aku baca satu2 ayat ko x tinggal tau. haha. cuma aku pelik la kat dashboard aku ada update nama lain. klik rupanya blog ko.ekekeke
Post a Comment