Friday, August 25, 2017

Random Update

Hi Assalamualaikum Blog :)

Ya Allah dah lamanya tak update kan. Masa update last dalam blog ni aku masih bergelar seorang pelajar. 2013 last update, maknanya dalam 4 tahun ye?

Tiba tiba saja rasa rindu nak update balik. Macam mana agaknya ye rakan-rakan blogger sekelian? sihat kee?


Alhamdulillah sekarang aku pun dah bekerja sebagai school librarian di salah satu sekolah international. Dah 3 tahun dah pun, tahun depan masuk tahun ke 4 aku kat sini. Macam mimpi je, cepat masa berlalu. This year murid yang masuk Year 1 masa aku mula mula start keje dah Year 4 dah. Dalam 4 tahun ni banyak kali kot fon aku rosak, rasa rugi je semua gambar2 kenangan dengan student, kann elok kalau aku boleh update blog. Simpan semua kenangan disini. Tapi tulah busy dengan nak bina kehidupan. Seriously I miss my student life!! Boleh update blog sentiasa. Takpelah kalau ada masa aku share dekat sini segala aktiviti dekat sekolah ye.



Dann aku pun dah khawin, bulan 3 haritu, hampir 5 bulan dah. Bulan kedua perkahwinan aku disahkan hamil, masa mengandung tu aku teringin nak berblogging, nak share semua tips yang aku baca dan surf. Al maklumlah pustakawan nih keje dia membaca je dalam library, Haha. tapi tu lah tak ada rezeki, baru je habis masa mual segala aku keguguran. Masa tu 12 weeks. Petang tu angkat buku berat2 esoknya bleeding. huhuhu. Its a boy. Kami namakan dia Muhammad.

Harap nanti aku boleh rajin rajin menaip dekat sini, inshAllah nak share macam2, resepi , tips , kalau mengandung lagi nak buat pregnancy journey. Bila baca  balik zaman 4 tahun lepas blogging rasa nak gelak guling jee. Tak matang dan hidup pun seronok gila masa tu, adehhh hampeh je. Insha Allah ada kelapangan aku coretkan benda yang berfaedah sikit.

till we meet again,
Aishah.

Friday, May 10, 2013

Dan begitulah kehidupan

Lately ni macam-macam terjadi. Aku pun dah macam entahla. Nak dicerita tak tau nak luah kat sapa. Bila dah luahkan pun benda tu still tak boleh nak diselesaikan. Nak positif pun dah cuba. Tapi aku pujuk jugak hati ni untuk terima je apa-apa yang berlaku dengan redha tu susahh sangat. Tapi aku pujuk hati. Ok ecah ok je. Sabo je. Lama-lama nanti boleh terima lah. Ok. sehari aku ok. Lepas tu tak ok balik. Haih hati. Lembutla sikit duhai hati. 

Haih entahla. Semoga masa tu boleh la ubatkan kan. Aku ni nak berfikir pun dah macam tak boleh nak fikir dah. Bila masalah tu orang yang terdekat dengan kita punya cerita kita nak expect nak luah kat sapa kan? Dia macam satu beban yang macam haih. Entah. Sedih tapi demi orang yang kita sayang kita kena berkorban. But sejauh mana aku nak IKHLAS dalam pengorbanan tu aku macam tak boleh nak tau. Kehidupan macam ni lah. Jatuh naik. Aku harap aku cukup kuat, cukup lembut hati dalam hal macam ni.

 

Senyum paksa tapi sampai bila.
Ku mohon ketabahan hati