Monday, December 26, 2011

Suami masih sayangkan kekasih lama



Assalamualaikum=]
oloo sweet :)
Dua tiga hari lepas aku ade dengar dekat THR gegar masa segmen cinta gegar.,stesen radio pantai timur.Ape yang aku nak cerita ni pasal ada satu pemanggil yang call abang naz masa segmen tuh.Masa tuh kiteorang dah nak turun keta dah.Tapi disebabkan suara lelaki tu sedih bangat terus aja kiteorang dengar biar sampai habis .

Then dipendek kan cerita , lelaki tu cerita yang dia dah berkahwin selama 5 tahun kot kalau tak silap. Bini dia sekarang dalam pantang anak kedua.Masalah dia adelah. Dia tak boleh lupakan kekasih lama.

masa tuh berkumandanglah pekikan tak puas hati dari kiteorang.Apekahhhhh??bini sedang pantang boleh kau duk ingat bekas kekasih.tak adil tak adil.

ceh.over nak marah nampak kakngah kakngah dan kakcik kakcik sekelian.teruskan cerita meh.

Pemanggil lelaki tu cakap yang dia terlalu rindu bekas kekasihnya sehinggakan terasa macam kekasih dia berada bersebelahan dengan dia. Dia cakap siang malam dia berdoa biar jumpa lah dengan exgf dia ni. Sehinggalah dia dapat no fon pompuan bekas kekasih dia tuh. Dia call dan dia pun luahkan segala rasa yang berselirat menyelirat dalam hati dia tuh dan perempuan tuh pun dah nak khawin bulan 5 nanti. Tapi perempuan tuh pun cakap yang dia tak dapat lupakan laki tu.DJ pun tanya kenapa yang sampai tak boleh lupa ni ? lelaki tu pun cakap yang dia dah pernah terlanjur dengan ex dia.

TAP!!radio pun dah di offkan secara rasmi oleh cik pinky disebabkan perasaan marah yang meluap-luap. So ending dia aku tak tau. Kita agak-agak sendiri la eh.

Cuba kita fikir kan , diri kita ni yang mendengar pun rasa tak tahan. inikan pulak kalau isteri dia. Punyalah duk pantang sakit-sakit. Boleh pulak laki duk main perasaan gitu.Tak patut betul. Yela, nak cakap banyak pun kita tak tau letak duduk sebenar dia punya situasi kan. Tapi secara logik tolonglah fikirkan pasal isteri.Anak pun dah 2, ape lah yang dikejar lagi tak tau.

Tak tau nak cakap apa. Tumpang kesian dekat abang pemanggil ni yang tak menghargai isteri dan tumpang kesian dekat isteri dia yang berkorban tapi ini yang dia dapat.

16 comments :

MiMiEy :) said...

ya Allah, apa nak jadi lah skrg ni
kesian kat isteri dia. kalau dah asyik ingat kat bks gf dia kenapa tak trus trg kat bini dia. ini dah sampai ada anak still buat prangai macam ni.
ish3. kalau lah isteri dia dgr mesti sedih gila kan.

nini said...

sedihnya kat bini dia....kesian gile...

Anisa Hang Tuah said...

hmm..sedihnyaa..tak tau lah mcm mana dgn sy nnti..hmm.

Aishah Zin said...

mimiey. Itulah.sian plak dengar.tak patut.mmg xptut..

nini. kan.dahla tgh pntang

nis. nauzubillah.smoga masa dpn kita xmcm tu.

Gombug said...

Dapatkan memori 50GB kapasiti simpanan foto, muzik, video dan apa sahaja untuk telefon anda secara percuma hari ini tanpa sebarang bayaran dari Gombug.net! Sebelum 31 Dec 2012 - http://adf.ly/4O5uz

diana said...

lelaki gini la yang sepatutnya kita paksa dia tengok cemana anak dia keluar time bini besalin..ha..baru ada akai!

sUe UnniE;) said...

melampau. melampau.
sedih doe. kalu la dpt laki cmtu. mntak jauh..huhu..


tapi cam rugi lak xtau ending..hahaha

zati embong said...

mintak jauhlah jadi kat jat. itulah bl da terlanjur, bkn sng2 nk lupakan. kdg2 org laki ni siap bleh compare2 lagi.

Nizam Ijam said...

bahaya nie...

model pakaian murah said...

tulisan yang baik untuk di simak,,nice post

Mario said...

mmg tak patutlah somi cenggitu..

nouveaucloset said...

Salam dear. jum singgah blogshop sy. dan jgn lupe follow utk view latest beg n tdung y comey! :)

Cik TeN10 said...

Aku rsa mcm aku dh komen entry ko ni..

Kl aku la mmg aku lanyak laki tu ckup2.. Tak tau bersyukur langsung..

Wan Collection's said...

uWAAAA...

jANGANLAH TULIS ENTRY BEGINI AISHAH ZIN.
*tak bleh blah nama aishah zin ni kelakarr gilerr.bahahahha.okbai

Anonymous said...

kak wannnn!!!!biar laaa.nak bagi nampak skema sket.cantik pe aishah zin.eekekekekekekekek;p

Anonymous said...

Biasala lelaki. Saya ada kwn yg laki dia pun masih sygkan kekasih lama nyer.pompuan ex laki kwn saya tu dah berkahwin dan punyai 2 anak...and dah meninggal dunia tp si lelaki masih cinta dan syg kepada nyer...