Friday, January 21, 2011

99 Hari Kisah Klasik "Echah Mahsuri" : Dalam Nafas Cinta

Direnung tanpa jemu kenangan cinta yang membaris luka. Sedikit bergetar tanganya mengusap lembut sehelai selendang yang terlilit kemas di kepalanya,pemberian pertama buat dirinya setelah mengikat janji setia.Umaira Qalisha menahan tangis.Dia tidak mahu air matanya tumpah dengan sia-sia.Segagahnya dia mengukir senyuman.Walaupun senyuman itu dirasakan tidak semanis mana.senyuman yang akan menutup segala kesedihan,menutup segala kelemahan,namun dia gagal mengekspresikan seraut wajah ceria.Kalah dengan diri sendiri sekali lagi.Setitis air hangat menjengah di tubir mata..Ah!Qalisha terus bangun.Dikuis-kuis ombak dikaki.sejuk.Dia cuba senyum lagi.Melihat anak-anak kecil berkejaran dikaki ombak buat hatinya tercuit seketika.Dia tidak mahu lagi menyeksa dirinya sebegini.Dia cuba melupakan semuanya.Cuba ketawa.Sekurang-kurangnya dia pernah merasa bahagia walaupun seketika.Dan seharusnya dia memikirkan mereka-mereka yang lebih bermakna dalam hidupnya.Hati Abah dan umi harus dijaga.Masih segar riak wajah tegang abah serta air mata umi di saat dia menutur bicara menerangkan letak duduk sebenar perhubungan dia bersama Zakirin.Dia cuba berlagak kuat walaupun ayahnya sempat mengesan getaran suara terakhir dari bibirnya.

”Dah tak ade jodoh ayah.Acik terima kalau Zakirin dah tak mahukan Acik lagi.lagipun.....”belum sempat Qalisha menghabiskan kata uminya sudah tersedu-sedu sambil mendakap erat tubuhnya.Dia mengelip-gelip mata.terasa kesat dan berpasir.Tapi ditahan demi sebuah kekuatan.

‘Kirin...kalaulah awak tahu betapa sedihnya abah saya.betapa terseksanya umi bila saudara mara bertanya tentang kita. Berbagai alasan umi untuk menunda tarikh perkahwinan kita yang pada hakikatnya akan tertunda buat selamanya.Adakah awak akan menerima saya kembali kirin?adakah awak akan mengembalikan semula air muka keluarga saya kirin?saya...Usah lah bertanya betapa terkilanya saya.sebab saya pasti awak dah ada jawapanya,setia saya selama hmpir lima tahun itu adalah buktinya.Walaupun saya jarang menuturkan kata cinta itu.Kirin..kata-kata awak hampir saban hari ketika kita menyulam cinta.’Qalisha.Saya sayang awak.Maaf sebab saya sayang awak walaupun saya masih tidak berhak lagi untuk menyayangi awak ..’Setiap kali jugalah saya akan berterima kasih pada awk.Walaupun saya ingin sekali menyatakan betapa sayangnya saya pada awak.Kirin.Sehingga saat ini masih sukar untuk saya percaya.Jarak yang jauh menjauhkan juga hati awk .Masih tertanya-tanya apa salah saya terhadap awk.Maafkan saya..tidak dapat menjadi yang terbaik untuk awk.. Mungkinkah saya terpaksa mengakui bahawa saya ini bukanlah pelengkap sayap kiri awak..Pergilah zakirin...Pergilah...’





***



Umaira Qalisha picit dahi.Terasa berdenyut-denyut kepalanya.Sudah hampir empat bulan dia bertugas sebagai tutor di Uitm kampus Machang,Kelantan.Kesibukan dalam tugas serta dia menyambung pelajaran ke peringkat master sedikit sebanyak dapat melupakan kesedihan dihati.ALLAH senantiasa ada buat dirinya.Walau dia terkadang tewas juga dengan kesedihan itu.Dalam hati nya sudah terlipat kemas untuk menjadikan zakirin sebagai penunjuk arah hidupnya,Pemimpin dalam solatnya.Masih segar dalam ingatan kata-kata kirin bahawa dia inginkan diri ini menjadi titian taqwa mengapai syurga Allah bersama.Namun dia redha atas ketentuanya.Walau hati ini sedikit galau dengan tindakan kirin memutuskan tali pertunangan tanpa berbincang denganya terlebih dahulu.Terkejut dirinya apabila umi yang menceritkan hal sebenar selepas dia menamatkan ijazahnya dahulu.Tidak disangka dia sudah bukan tunangan orang hampir sebulan.Padanlah kirin tidak menghantar sebarang berita buat dirinya.Kirin.sekiranya awak sudah tidak berdaya menyayangi saya berterus-teranglah.Kerana ini lebih menyakitkan.



` `’Jangan menangis Qalisha..Usah bazirkan air mata untuk orang yang tidak berhak keatas mu nak..Abah bersyukur.Walaupun Kirin dah malukan keluarga kita.Walaupun keluarga kirin dah cakap macam-macam pasal Qalisha.”

Abah menghembus nafas seraya menyambung”Abah tetap percayakan anak abah,Qalisha tak akan putuskan hubungan atas sebab mempunyai pengganti seperti yang kelurga zakirin katakan.Cuma abah tidak mahu menegakkan benang yang basah.Abah tak risau Sebab Qalisha seorang anak yang kuat.Abah tahu betapa peritnya tersenyum sedangkan kamu menderita.Sekiranya Dia dah tentukan begini.Abah redha.Abah sanggup berdepan dengan orang kampung..tak mengapalah Qalisha,malu ini sekejap saja.Lagipun kita hanya mampu merancang.Jangan rasa bersalah pada Umi dan abah.Yang penting Abah nk anak-anak abah bahagia.Enam bulan lagi tarikh perkahwinan kamu.Banyak masa lagi boleh abah bincang dengan saudara mara.Walaupun macam mane pun Qalisha tengah keliru dan kecewa,ingtlah yang ALLAH ada jawapanya.’

Abah..terima kasih abah,semua tu berharga buat acik.maafkan acik dah buat abah dan umi risau dan kecewa.Drastik sungguh perubahan Zakirin abah,kenapa dia salahkan acik sedangkan acik sendiri tidak tahu apa salah acik.Acik diamkan saja abah.Diam tak bererti kalah.Pasti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku ini.

Tubuhnya terasa kaku,mata mula terasa hangat.bilik berhawa dingin itu tidak memberi kesan lagi.Qalisha terus bangun dan keluar dari bilik officenya.Segera ingin mengambil wuduk.Semoga ketenangan menjengah datang.

***

“ha acik!dah lame ke kau balik ni..?”Sedikit keras suara Qorie,Alongnya.Qalisha yang baru keluar dari bilik berkain batik dan berbaju t-shirt itu sedikit terkejut.Entah kenapa Alongnya ber ‘kau’ dengan dirinya.Dilihat abah,Umi dan Angah hanya berkumpul di ruang tamu.Kakak –kakak iparnya berada di dapur dengan Qubra.Hatinya mula tidak sedap.Selalunya mesti ada perkara penting yang ingin dibincangkan.Cepat-cepat dia bersalam dengan Along dan Angah.Biarpun ada getar didadanya.

“Sampai petang td Long,Acik penat tadi.Terus jer tido.”

“ni..aku nak cakap sikit gan kau ni”Along mula berang.Qalisha telan liur.Entah apa pula salahnya,dia sudah masak dengan perangai alongnya Qorie itu.Mungkin juga kerana dia anak yang sulung.

“Along...tak elok cakap dengan acik macam tu”abah menegur.

Qorie diam seketika.Merenung tajam Qalisha yang berlalu ditempatnya untuk duduk ditepi umi.Wajah Qalisha tenang sahaja.

“tu masih dikira baik abah,Angah pun sakit hati jugak,Acik ni dah melampau-lampau.Sampai hati dia suruh Kirin putuskan hubungan.Malu angah abah.Bukan dia tak tahu Kirin tu kawan baik angah.Angah kenal sangat Kirin tu.Angah tak sangka acik buat perangai macam ni,Kirin sendiri cakap”Quzair menyampuk.

Qalisha menganguk.Dia faham dan dia mengerti.Siapa pun akan menyalahkan dirinya,Selama ini dia akui Zakirin benar-benar menjaganya selagi tidak melampaui batas hukum dan adat.Kirin punya pesona seorang lelaki baik.Sekirnya Along dan Angah tidak mempercayai dirinya.Dia sememangnya mengerti.Sakit.Usah ditanya kesakitanya.Namun hatinya sudah letih memikirkanya,sudah dijelaskan dia tidak mengetahui sebab musabab dia putus tunang,Walhal dikatakan dia yang ingin memutuskan perhubungan.Begitu tega Kirin menuduhnya .Walau hatinya ingin benar penjelasan dari Kirin.Namun ditahan hatinya.Dia benar-benar redha,tidak pula dia bertanya.Baginya Kirin punyai hak untuk tidak memilihnya.Email dan no.telefonya pun sudah ditukar.Dia tidak mahu dirinya dikatakan mengangu Kirin lagi.Sudah terang lagi bersuluh Kirin telah membuangnya,Walau cara mana sekalipun.Walau alasan apa sekalipun.Jadi haruskah dia meminta penjelasan dari Kirin?Adakah dengan bersemuka dengan Kirin akan merawat hatinya yang pecah ini atau menambah lagi luka yang sedia ada.

Qalisha telan liur seraya menutur kata dengan lemah”Along.Angah..Acik sendiri tidak mahu perkara ini terjadi.Kalau acik tak suka Kirin.Acik tak akan terima Kirin.Lagipun.....”


“Dahlah Acik..Angah tak faham kenapa acik sanggup buat Kirin macam ni.Helah apa yang acik pakai sampai abah dan umi boleh percayakan acik?Angah tak sangka mudahnya acik berubah hati.Acik tahu tak acik dah lukakan ramai pihak.Kita malu dengan Keluarga Kirin.Semua dah jadik kucar-kacir sebab acik.Ingat sikit acik..Acik tu perempuan.Mana maruah acik bila senang-senang putuskan pertunangan.Angah kesal acik!”

Qalisha berpaling sedikit dari angahnya.Sengaja menyembunyikan air mata yang ingin keluar.Dia sudah mengajar dirinya agar tidak sesekali sewenangnya menghambur air mata duka ini.Nubari nya perit..dadanya sakit.Dikerlingnya pada umi yang mengesat air mata.Dipandangnya abah yang nampak tenang.Seterusnya matanya mendarat di wajah angah dan along yang nampak tegang.

“Dahla Along.Angah.Acik dah penat nak cakap.Dicurangi dan mencurangi tu hanyalah sebab dan musabab jika dah tertulis yang kami dah tiada jodoh .Acik dah penat nak terangkan yang acik tak pernah berniat nak putuskan hubungan ni.Kalau dah Kirin yang buat keputusan macam ni.Acik redha.”

Tenang Qalisha bersuara.Walau dihati hanya ALLAH saja yang mengetahui.Hati mana yang tidak sakit jika sudah dituduh sebegini rupa.Diri mana yang tidak luka bila hal maruah dicanang oleh keluarga sendiri?dan..jiwa mana yang tak menderita bila tulang belakang penguat semangat sendiri tidak mempercayai dirinya.Hatinya teresak-esak menangis.Hiba nubarinya lebih mendalam dan menyakitkan kali ini.Jika dilihat luaranya matanya sekadar berkaca.Hatinya sudah terlebih dulu menangis.Oh Tuhan..

“Dahla Umaira Qalisha.Along dah tak nak dengar lagi.Kalau bukan acik yang memutuskan hubungan tu,tak kan Zakirin pulak?Tengok!belum apa-apa Along dengar dah ada orang datang merisik Acik.Tu tak lain la tu.Pakwe baru kau lah tu.Suka sangat menconteng arang pada muka keluarga.Kalau kau tu budak-budak macam Qubra tu aku boleh terima jugak.Nak tukar-tukar pasangan sebelum sah nak khawin.Ni kau tu tunangan orang Acik.Kirin tu aku tengok tak ada kurangnya.Orang kampung pun dah mula bercakap hal kita.Majlis khawin kau tu.Pak Andak,Pak usu dah bertanya pada Along.Ape along nak jawab.Ha!senang-senang kau khawin jelah dengan orang yang datang pinang kau tu,Tu yang kau nak kan.Senang sikit.Tak la malu sangat kan.Majlis tetap jalan.Pengantin jer yang lain.”Sindiran tajam Qorie bergema di ruang tamu itu.

“Umi,Abah,Along,Angah.Acik mintak maaf sebab dah susahkan semua orang,Acik benar-benar tak berniat nak lukakan hati semua pihak.Acik sedikit pun tak pernah nak mintak apa-apa dari Along dan angah.Cuma sekarang Acik mintak sangat Along dan Angah percayakan acik.Acik tak perlukan pembelaan dari Along dan Angah,Acik Cuma nak Along dan Angah faham keadaan acik.Kalau Along dan angah dah tak percayakan acik lagi,acik tak kuat nak hadapi semua ni”.

Qorie terdiam.Malas memanjangkan pertengkaran ini.Qalisha angkat kaki menuju ke bilik.Sebenarnya dia ingin melepaskan hiba.Dia tidak mahu mereka semua melihat tangisanya,Dia tidak mahu Quzair dan Qorie melihat air mata yang dikatakan tidak bermaruah ini.Dia tidak mahu melihat umi ikut menangis bersamanya.Dan,..dia tidak mahu melihat wajah abahnya yang serba salah.Difikir hatinya sudah sembuh apabila empat bulan hal ini berlalu..Tapi hatinya lebih terseksa dan bimbang memikirkan tarikh perkahwinan yang semakin menghampir.Dia mengagahkan diri berjalan.Pandanganya kabur kerana matanya berkaca,Jiwanya terseksa.Dan tiba-tiba dunia ini dirasakan gelap...



***

Zakirin.......

Deep in my heart, I'm suffering, knowing that I've lost you.
On the outside, I'm living, pretending that I've forgotten you

Qalisha tersenyum melihat kertas kumal itu yang dijumpai di bawah katilnya..Selesai sahaja solatnya dia ternampak kertas yang direnyuk itu.Dengan pantas dia membuka kertas itu.Kata-kata yang ditulis satu ketika dahulu.Kalaulah tidak terjadinya semua ini pasti dia sudah sibuk menguruskan untuk majlis perkahwinanya.Kurang sebulan lagi dia bakal menjadi milik mutlak Muhammad Zakirin Syahid.Jatuh bangun bersama.Ah..Qalisha..dahh...dahhh..

Qalisha rebahkan diri di atas katil.Terngiang-ngiang suara halus umi lewat hari itu,Pujuk umi buat dirinya sedikit galau.

“Acik..Umi dan abah bukan nak paksa acik.Tapi tak tergamak umi nak tolak lamaran Hasnah tu.Dia kawan lama umi.Lagipun lama benar dia dah berkenan nak bermenantukan acik.Tapi kalau Acik belum bersedia umi ikut saja.Umi hanya nak sampaikan hasrat dia.Acik pikir la dulu.tak elok juga kalau kita tolak terus”

“Umi..Acik akan fikirkan umi.Acik harap umi tak terlalu berharap.Sebab acik tak bersedia lagi umi.Yang bertahun-tahun acik kenal pun acik masih tak dapat baca hatinya.Ini kan pulak nak khawin dengan orang yang acik tak kenal hati budinya umi.Acik takut mi..”Qalisha membalas perlahan.Ah..kata-kata umi tidak pernah ditolak..Kalau umi dah berkata begitu dia sudah risau,

‘’Cik..Tak baik cakap macam tu,Umi kenal sangat dengan Khalish tu.Dia budak baik.Lagipun dia yang mintak Mak cik Hasnah kamu pinangkan kamu untuk dia.Orang kampung dah tahu pasal Acik dan Kirin tu,Lagipun dia kan anak murid abah mengaji dulu.Acik dah lupa ke Khalish?

Qalisha mengeleng.Figura Khalish samar-samar saja.Lagipun sudah bertahun dia tidak berjumpa dengan Khalish,Semuanya sirna baginya,Diam.Tidak mahu berkata-kata lagi.Takut katanya menguris hati umi,

Umi tarik nafas.”Acik..Acik kena kuat.ALLAH duga Acik melalui Kirin.Umi yakin walaupun benda ni melibatkan hati dan perasaan acik boleh hadapinya.Berbaliklah pada ketentuan ALLAH.Istikarah,mohon padanya.InsyaALLAH.Umi pun akan doakan yang terbaik buat anak umi”

Qalisha berguling pulas di atas katilnya.Rumah sewanya sunyi sahaja.Anisa teman serumahnya malam-malam begini selalunya keluar bersama tunangnya,Selalunya dia hanya meminta Anisa membungkus sahaja makan malam untuknya,.

Qalisha bungkam.Sudah seminggu dia dia melakukan solat hajat dan berdoa saban malam.Tidak dilupakan juga istikarah seperti saranan uminya.Kerapkali juga dia bertahajud kemudian bermunajat kepada ALLAH agar bayang-bayang Kirin hilang dari hatinya.Serta menerima Khalish sebagai suaminya.Dia sedar kini.Hatinya lebih tenang.Namun untuk menerima pinangan Khalish.Dia masih gentar.Namun hasrat umi buat dia terfikir jua.Hatinya sudah beku untuk cinta.Namun hati keluarga harus dijaga.

Qalisha mengerling cebisan kertas no telfon Khalish di sisi meja soleknya.Kerana umi dia gagahkan diri menelefon Khalish.Dia yakin dengan tindakanya.Dia harus terangkan pada Khalish..Perlu!

“Assalamualaikum..”

“Waalaikumussalam”tenang saja suara di hujung talian.

Qalisha diam...

“Erm..Ni Khalish ke?Saya ni Qalisha.Kenal x?”

“Tahu..”diam seketika.”No awak dah lama saya simpan.Saya tak nak memaksa awak”

“Actually..we need to talk”



***

Qalisha tersenyum saja bila umi menangis kegembiraan.Aduhai umi..Murah sungguh air mata umi.Mahu tergelak pun ada.Tapi ditahankan saja.Terima pun salah.Tak terima pun salah..Dia terasa damai selepas melihat senyuman abahnya.Walau dia sedikit tidak yakin.Betulkah dia akan menerima Khalish.Hatinya berkata tidak,Tapi bibirnya mengiyakan saja bila Umi bertanya tadi.

***

Sekali lagi diulang baca surat yang baru dihantar dari Zakirin buatnya.Surat yang dirasakan sudah tidak punyai nilai lagi.



Assalamualaikum Qalisha...

Lisha..lisha....lisha....

Pernah berjanji...Kita berdua akan dipimpin dan memimpin satu sama lain.

Maafkan Kirin, lisha,gagal untuk memimpin diri sendiri..

Gagal untuk pertahankan sebuah perhubungan..Makin memalukan lagi...

menuduh dirimu yang bukan-bukan..Benar..Kirin tak layak untuk dicintai olehmu...

Namun kini,Kirin mula sedar..Hilangnya Lisha dalam hidup ini..Seperti patahnya tulang rusuk Kirin..

Lisha..lisha....entah mengapa ingin sekali Kirin menyebut namamu..

Memandang senyuman yang bergula..

Mendengar suara berselang ketawa..

Lisha...

Entah kenapa tangisan ini tak henti-henti bergenang..

Maafkan Kirin sebab dah langgar perjanjian kita..

Wlaupun apa terjadi..Kita tidak akan menangis..

Kirin angguk saja..

Tapi...sekali lagi Kirin gagal..

Rasanya sudah tiada lagi ego...

Lisha..Bulan depan Kirin akan pulang ke Malaysia..

Lisha...lisha...

Berikan Kirin peluang sekali lagi..Maafkan Kirin.




Zakirin Syahid..





Qalisha kedip mata.Sudah terlambat buat dirinya..Kirin tak patut jadi begini..Qalisha tahan sebak di dada..Dia sudah berjanji.Tidak akan menangis.Kirin pernah bertanya mengapa dia tidak mahu menangis sekirannya mereka berpisah.Jawapanya senang sahaja.Tangisan ini rasanya tidak perlu untuk sesuatu yang sia-sia.Entah kenapa dia berkata begitu,Dia sendiri kurang pasti.Tapi baginya..Cinta manusiawi tidak berlayak untuk ditangisi.Sedar dengan Ketentuan Tuhan,jodohnya tidak kesampaian.Walau ingin sekali dia menangis.... along dan angahnya juga sudah berulang kali membaca warkah ini. Sekurang-kurangya nasibnya terbela.



Lambat-lambat Qalisha mencapai kertas..Tidak perlu dia berdalih lagi.Kerana cinta Keluarga yang utama dia terpaksa lepaskan cinta Kirin..Walau hati tidak berdaya,Lemah...



Wslm...Kirin

Tak pernah Lisha salahkan Kirin dalam perhubungan kita..

Mungkin Lisha tidak cukup berlayak mencintai Kirin sebenarnya,,

Kerana itu juga Kirin mencari cinta yang lebih baik..

Tidak perlu juga Kirin Kenangkan kenangan kita dulu lagi..

Maafkan Lisha andai pernah menguriskan hati Kirin..

Lisha akan khawin Kirin..Ini mungkin surat yang terakhir..

Kirin tidak perlu membalasnya..



Distance, it is a test of love,
many will fail, but for those
who can withstand it have the answer: true love.

Dan kita adalah antara yang gagal..Carilah cinta yang lebih baik Kirin..



Umaira Qalisha





***


Seperti mimpi perkenalan itu cuma seketika
Namun didalam hati dirimu ku terkenang jua
Engkaulah permata didalam genggaman tidak kusedari
Kaca yang bersadur keemasan terus kucari

Tertutup pintu hati, minda tak berfungsi diketika itu
Tak tahu menilai mana yang tulin mana yang palsu
Diakhir-akhir ini ketika aku dalam kesepian
Terasa kejahilan itu bagiku satu kerugian

Andainya disitu ada ruang
Bolehkah kiranya kumenumpang
Andai ada sisa kemaafan
Maafkan diri ini yang dulu melukakan

Berilah aku kesempatan
Kubuktikan erti keikhlasan
Andainya terpaksa aku rela
Menepis ego aku untuk kita (demi suatu masa)

Kupohon darimu ketulusan hati
Menjalin kembali perhubungan suci



Qalisha mengulang lagu yang sama. Entah kenapa lagu ini paling terkesan dihatinya.





5 bulan kemudian..



Qalisha terjaga dari tidurnya.Dia bangun dari tidur yang lena.Dikerling jam ditepinya.Jam menginjak ke angka 3.Dia terus bangun.Mandi dan mengambil wuduk.Hujung minggu begini dipaksa dirinya untuk melakukan solat hajat ,berdoa.Tidak dilupakan juga bertahajud kemudian bermunajat kepada ALLAH.Menunggu subuh hari..Ingin menenangkan hatinya yang senantiasa gundah..

Qalisha memakai pakaian solatnya.Tiba-tiba dia teringatkan suaminya,Khalish..

Lantas..Kata-katanya lewat 6 bulan yang lalu terngiang-ngiang di telinganya..

“Khalish..maafkan Lisha.Mungkin hal yang terlalu terburu-buru ini buat Lisha rasa takut dan tidak bersedia”

“hmm”Khalish menganguk..

“Kalau boleh..Lisha tak mahu kita terburu-buru..mugkin kita perlu mengenali sesama sendiri dulu”

“Saya faham Lisha.Saya tak pernah paksa Lisha.Saya akan berikan ruang untuk Lisha..”



Qalisha bangun..Entah mengapa dia ingin sekali menjenguk bilik suaminya di depan biliknya itu..Sepanjang perkahwinan ini,Tidak pernah mereka tidur bersama melainkan berada di rumah keluarga.Entah mengapa kesabaran Khalish membuat dirinya sering terusik.Walau hati Qalisha ragu-ragu untuk memasuki bilik itu.Namun dia gagahi jua.

Pintu bilik dibuka..Kosong..Khalish tiada.Dia membuka lampu.Ternyata Khalish tiada didalam bilik.Qalisha menarik kain sembahyangnya kebahu.Dia ingin melipat selimut Khalish.Sangkanya mungkin Khalish tidak pulang malam ini.Dia duduk di sisi katil.Entah mengapa dirasakan dia terlalu kejam melayan suaminya begini.

Di sisi meja dia terlihat diari bekerja suaminya...Segala tarikh-tarikh penting di dalam diari itu....

Dia tergelak.Suaminya itu melukis sesuatu di dalam diarinya.Figura yang menonjolkan betapa malasnya suaminya ingin bekerja.

Namun dia terpana seketika melihat helaian terakhir diari suaminya itu..





Isteriku Umaira Qalisha...



Dalam hidup aku..Kamu anugerah terindah..

Sepanjang hidup ini..Ak hanya mahu melihat Keagungan ciptaanNYA

Yang terlakar indah di wajahmu...

Wajah yang mampu memberikan seribu kehangatan...

Ingin menyusuri denai hatimu dengan berhati-hati..

Kerana kamu isteriku..

Isteri yang patut aku jaga hatinya agar tidak tercalar..

Walau gelojak emosi-ku kerana sikapmu kadang-kadang membutakan sisi iman-ku….



Cinta, sayang, rindu yang halal…sungguh jauh mengalahkan semua itu….



Maafkan aku kerana tidak dapat menjadi suamimu yang baik...

Membiarkan dirimu tanpa sedikit nasihat atau ajakan dariku..

Sungguh bukan aku kalah..

Cuma ingin memberi ruang untukmu...

Biarlah cinta mu itu seikhlas cinta yang aku pegang kini..



2.45am..

19mei2010

I'm sorry I can't help myself,
I'm in love with you.

ADAM KHALISH..



Qalisha sudah basah dengan air mata. 19 Mei? Maknanya baru sekejap tadi Khalish menulis rasa hatinya ini..Qalisha bangun..Berlari ke bilik bacaan suaminya.Pasti Khalish berada di situ.

Maafkan Lisha abang...Lisha sudah menidakkan tanggungjawab sebagai seorang isteri..

Qalisha buka pintu..Dia terkaku di situ..Suaminya di atas tikar sejadah.Khalish baru mengaminkan doa..Terdengar sedikit esakan kecil Khalish sebelum mengaminkan doa tadi..

Qalisha hanya melihat di balik pintu..Khalish bangun melipat sejadah seraya berpaling..Melihat Qalisha.Dia terus senyum..

“Sayang.Awal sayang bangun..Maaf ek..Abang tak kejutkan tadi.Nampak Lisha penat sangat”

Qalisha mendapatkan Khalish..Cepat dia mencium tangan suaminya...

Tangisnya mengila..

“Maafkan Lisha bang..maafkan Lisha”

Khalish angkat dagu Qalisha..Lalu dipeluk erat isterinya..Qalisha membalas pelukan itu..

“syhhh....dah....dah...jangan nangis...”Khalish mencium ubun-ubun isterinya.

Air matanya ingin tumpah...

Terima Kasih Ya ALLAH...


~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥~♥♥~♥~♥~♥~♥~♥
cerpen aku di kisah klasik kita.tapi karya yang dah lama gila.sebab tak sempat nak tulis bukan tak sempat MALAS je.;p..maaf lambat publish.baru balik dari dating dengan cikgu stereng.baca kalau sudi.vote kalau suka.vote kat sini :)

*kalau tak vote aku nangis,sobsob.

10 comments :

TunTeja said...

heeee..panjang!! nak kena bc 2 kali ni.okiesss.nnt vote insyaAllah ;)

mario said...

errr....good luck yer...baru baca separuh...ekeke jgn marah chah eh...

nur aisya humaira said...

echah,best laa cite ni..rase nk menangis plak...hehe..
macam ade sipi2,kene ngan akak...:)

Unknown said...

giler la dah kawen tak nak tidur sekali..
rugi betoi..
nikmat dunia di tolak nye..
hahahaha

Unknown said...

giler la dah kawen tak nak tidur sekali..
rugi betoi..
nikmat dunia di tolak nye..
hahahaha

♥ Juliana Violet ♥ said...

Hi dear, sorry tau Vee autopublish.
Tak sempat nak gitau Echah...

Dear ada FB tak?

http://kisahklasikita.blogspot.com/2011/01/99-hari-kisah-klasik-echah-mahsuri.html

Unknown said...

teja~thnks dear nk vote :)

rio~heee..xpelah bro.:)

sis chah~heee.thnks sis sebeb vote!yeayyy.

akak diana~errr...errr.sebab dia belum tahu dan rasa lagik kot;p

vee~sori vee..xde fb.dah deactive.

lady-D said...

nt lenkali dla bc yer..tgh layan badminton ni..hehe..

♫ Katerina ♫ said...

Nice one. Nanti Kate vote yea? :)

Unknown said...

d_la n kate.thnks all.:)