Tuesday, December 28, 2010

KUATKAN HATIMU..

kehilangan orang tersayang memang saat-saat yang betul-betul menyedihkan.bagai kehilangan separuh dari nyawa ini.itu yang aku rasa bila arwah abah meninggalkan kiteorang dulu.memang sukar nak percaya yang abah dah tiada.dia pergi buat selamanya.masa tuh hati aku sedih betul.tak pernah ada tangisan yang panjang begitu.lebih-lebih lagi bila mengenangkan aku yang tak sempat berbakti pada abah yang banyak bersusah membesarkan aku.lebih memburukkan lagi,aku memang suka sangat membangkang kata-kata abah.abah..maafkan orang.:(

hari ini aku tersayat hati bila mendengar seorang kawan di machang ni.abah dia meninggal pagi tadi.walaupun aku tak kenal sangat dengan dia,tapi aku tengok dia jenis hepy go lucky sesangat..otak sengal-sengal ubi.setahu aku dia jugak bakal naib pengerusi untuk persatuan course aku.

sebelum habis exam sem lepas, sebulan lebih dulu mak dia meninggal.lepas tuh selang beberapa hari.*aku pun tak sure,atuk dia pulak menemui ilahi.sebab tu aku tak sangka bila dengar yang ayah dia meninggal hari ini.kehilangan tiga orang dalam masa yang sangat dekat memang menguji keimanan sesiapa pun.aku yang mendengar pun tumpang sedih.ini kan pulak diri yang menangungya.

aku tahu pun sebab aku suka jugak masuk blog dia.sebab berapa orang je blogger yang aku kenal tuanya kat machang ni.sebab tuh aku suka masuk blog dia.lebih-lebih lagi bila dengar pasal mak dia dah takde,esoknya tuh ada exam.tapi dia tetap datang.kalau aku memang aku tak sekuat dia.dan setahu aku dia lulus dengan cemerlang sem ni.im pround of u wardah!

aku doakan moga hati dia kuat.aku tahu dia kuat!


wardah!aku harap senyuman begini akan selalu ada.

ni time masa aku tahu pasal mak dia.dia masih kuat.masih senyum.ya.aku tahu.ALLAH tak akan duga sesuatu hal yang tidak dapat diatasi oleh hambanya.bertabahlah.ALLAH lebih menyayangi ayah.bonda dan atuk mu.:)

buat wardah.kuatkanlah hati.dampingilah DIA untuk mengisi kesepian yang ditinggalkan.senyumlah demi ahli keluarga yang perlukan secebis kekuatanmu itu.


17 comments :

mR.sYaH said...

aku pun pernah alaminya echah.. kehilangan org yg kita sayang.. tapi pa2pun hidup perlu diteruskan.. dan kita kena jadi lebih kuat tuk harungi hari2 yg mendatang...

Si gadis bunga said...

dari Dia kita datag,kepada Dia kita kembali.
belum pernah merasai kehilangan orang-orang yang tersayang.
tak tahu apa akan berlaku kalau ianya terjadi.
hu~

buat wardah, semoga tabah hati
life must go on.

echah mashuri said...

syah~~betul tuh..hidup perlu diteruskan.walaupun perit.

anis~~erm..tula..bila macm ni mula rase rindu kt abah.betul rasa sakit.

yup!tapi echah yakin wardah kuat.:)

soffea said...

sis doakan semoga wardah tabah hadapi ujian n dugaan ini :) hadapi dengan senyuman.


sedih kan. ajal maut telah ditetapkan olehNya~

Liquid said...

Hope beliau kuat dan tabah hadapi semua ini. amin....

d_tieah said...

Takziah utk wardah..
Tak tau aku nak cakap ape dh..
Sedih.. :(

d_tieah said...

Takziah utk wardah..
Tak tau aku nak cakap ape dh..
Sedih.. :(

TunTeja said...

kuatkan semangat!

alfatihah..

M a W a D D a H said...

kuatnya hati dia...bak kate org, dalam hati, siapa yang tahu kan...

moga dia terus tabah hadapi hidup ini..aminnn

HaNTwO said...

moga cik wardah tabah menempuhi hari2 yang mendatang.... :)

Along Tapa said...

entri ni aku takleh memain...inalillah...echah!!ko kena bawak dia pegi gym supaya dia jadik lagi kuat!!!(nampak aku buat muka serius ni)

Gorengbaek - Ini teknik-teknik penting untuk berjaya...

Hangit habis dah - Perihal kereta...macam-macam...

Ceqna said...

sian dio :(

Wan Hafisah Collection's said...

sabar lah wardah....

Ceqna said...

aku dop leh bayang ,sedih baco blog die

maCy said...

dia mesti kuat. entah macam mana kalau berlaku perkara yg sama pada macy. nauzubillah. tp yg hidup tetap akn pergi..

hans said...

sesiapa yang mengalami situasi macam tu memang perlu kuat

P/S : Laksa Sarawak Versi Alor Setar Memang Sedap

echah mashuri said...

thnks to all.:)
aku harap dia ok2 saje.:)

ceqna!tula..sedih wehh..kalau mu ak xtau ah.gelupurr la.haha