Friday, December 17, 2010

♥aku doakan kamu bahagia :')

menyukai seseorang sehingga terbit perasaan sayang adalah bukan sesuatu yang diduga.
walau ia bukanlah yang pertama,tetapi paling terkesan dihati.
secara jujur ,aku hargai perasaanmu yang menyayangi aku seadanya aku ini.
aku bukanlah wanita yang cantik rupanya malah lembut tuturnya.
akulah perempuan yang sering menepis hinaan dengan senyuman.
benar,aku sedar.lelaki mana yang tidak sukakan keindahan.lelaki mana yang sukakan keburukan?
aku sedar di tahap mana letaknya aku ini.dan aku berterima kasih pada lelaki-lelaki yang pernah mengutuk segala ciptaan DIA pada diriku ini.tidak perlu sedarkan aku ini betapa rendahnya aku dipandangan kamu dan betapa tingginya kamu dipandangan orang lain.

berlainan dengan kamu,menerima aku seadanya malah tidak pernah merendahkan diri ini.
mengenali kamu membuatkan aku sedar cinta itu tidak bersyarat.sungguh.kamu adalah sesuatu yang tak mungkin dapat dilupakan dengan mudah.

katakanlah apa saja.katakanlah aku ini perempuan yang memuja cinta yang sudah pergi.masih mengharap cinta yang tak mungkin kembali.
tapi fahamilah betapa aku yang sebenarnya bersalah dalam hal ini.
mungkin sikapku yang tidak pernah serius membuatkan kamu mulai rasa bosan terhadap diri ini.Namun,tidak pernah kedengaran lagi kata perpisahan dari bibir kamu melainkan aku yang menuturkan tanpa berfikir sedalamnya.

tapi kenapa kata maafku itu tidak terkesan padamu sedangkan kamu tahu sikapku yang sebegitu.
apakah sikap tidak seriusku dulu yang kau kata mencuit hatimu itu sudah menjadi sesuatu kebencian padamu kini?

benar.kamu sudah memberi amaran padaku.tidak mahu lagi mendengar perkataan perpisahan yang sering aku luahkan.namun tidakkah kamu sedar aku tidak berlayak untukmu?butakah kamu menilai hatiku yang tidak sebaik mana ini.

namun.akhirnya kamu melepaskan aku tanpa memberi ruang untuk aku.benar,bibir ini puas berkata benci.tapi hati ini tidak rela biarkan kamu pergi.





aku sedar dan aku fahami.mungkin ini yang terbaik untuk kita.perpisahan adalah jalan penamatnya,mungkin perpisahan ini hanyalah sebagai satu sebab untuk kita ketahui bahawa kita tidak tercipta untuk bersama.Mungkin aku bukanlah perempuan yang ditakdirkan untuk memegang tanganmu menuju titan takwa demi mengapai syurga ALLAH bersama.


benar.aku perempuan yang penuh sifat emosi.dan kamu lelaki yang penuh sifat egois.



*maaf.ruang komen aku tutup kerana cinta ini sudah tiada..tak perlu dikenang sesuatu perasaan yang sudah mati.maafkan kekhilafan aku ini.andai terbuangnya air mata ini secara sia-sia.doakan aku baik-baik saja.:'')

No comments :