Tuesday, January 25, 2011

slowly giving up

aku tak tau nak mula dari mana.nak cakap macam mana.dan yang penting nak tanganinya macam mana.aku bingung.diluah tak boleh.ditelan bulat-bulat punnn tak boleh.aku jadi tak dapat fikir dengan wajar..macam mana aku nak cakap ni:'(

kawan aku.kawan baik aku masa sekolah lagi.tak!kawan baik aku masa tadika lagi.kawan yang betul-betul kenal aku.aku risau sangat dengan dia.berbelas tahun kami kawan.dari sekolah rendah sampai sekolah menengah.

tadi,salah seorang kawan aku call aku,cakap pasal kawan aku ni.dia cakap A nak berhenti belajar.A tanya dia ade kerja tak.dia nak lari dari U.dia tak boleh nak belajar.kawan aku tuh baru lepsan STPM.so dia kerja kat terengganu.tapi si A nih duk tanya ade kerja ke tak.dia dah tak boleh nak belajar dah.asyik repeat je.dan PTPTN dia pun dah kena sekat untuk sem depan.

aku terkedu jugak.A tak pernah nak cakap kat aku.mungkin sebab aku akan terus marah or nasihatkan dia.ataupun dia segan dengan aku.aku tak pasti.keputusan exam dia pun aku dapat tau sebab pihak u emailkan kat aku.sebab masa daftar upu haritu aku tolong isikan untuk dia.so aku letak email aku.tapi aku diam je.tak mau dia tau yang aku tau keputusan dia.

tapi kawan aku cakap dia nak lari dari u dan pegi keje.tak nak cakap kat mak dia.aku macam tak ghetii dah nak buat apa.kawan yang call aku tuh suruh nasihatkan si A.tapi aku tak reti nak mula dari mana.nanti dia tau yang kawan aku mengadu dengan aku.

belajar nih memang tak boleh paksa.kalau dah tak dapat catch ape yang diajar.sampai bila nak pass.selagi duk repeat selagi tuh la duk ulang ambik kertas yang sama.mungkin kawan aku dah benar-benar tertekan.:'(

aku tak tau nak cakap macam mana.tapi aku dah pesan kat kawan aku nasihatkan dia sikit.aku pun nak slow talk sikit-sikit ngan dia.tapiiii..aku tak reti nak cakap macam mana.

serius mood aku down sekarang.rase berat kepala otak.aku harap kawan aku tak ambik keputusan terburu-buru.
aku rasa kalau dia cakap slow-slow kat famili dia mesti famili dia akan paham.tapi bolehke nak cakap kat mak."mak.orang gagal kat u".sobsob..kalau aku pun tak ade kekuatan itu.;(

30 comments :

nub said...

btoi kena pandai handle lau bnda2 cmni.. kena support kawan tu slalu2..sbab nak habaq kat parent dia tu msti x cukup kuat kalu memembe sndiri x bagi support..

smoga baik2 belaka =)

echah mashuri said...

nub..thnks ya!eh nub napa ak nak masuk blog xboleh?alaaa..xbesh la xleh msuk blog hang.grr

aLya said...

insyaALLAH. ibu tu insan yg paling memahami. kalau betol2 slow talk ngan family maybe okea. try la cari jalan yg terbaek untuk kawan echah. :)

~~su manje~~~ said...

salam ziarah pagi selasa..
su dh kat umah nie... dah baik dah...........................................................

Along Tapa said...

aku pernah buat cemana member ko buat ni chah..aku pun pernah rasa apa member ko tu rasa...tapi,skang aku rasa benda tula kesilapan paling besor aku pernah buat dan benda tu ubah 100% pe'el aku...

dia just perlukan orang yang boleh bagi dia semangat...dan dia harap ada support dari famili dia..bukan kejian..tu jek..percaya cakap aku..

Gorengbaek - Along nak pecah rekod...buat entri bunga-bunga

Hangit Habis dah - What kind of person are you actually?

Fariq said...

sabar ye cik echah.. kalau bley tegur, tegur je,, asalkan kwn cik echah tu tak tersalah jalan nanti

Si gadis bunga said...

echah, semoga menjumpai solusi ok dear?
saya doakan kamu baik-baik sahaja.
nak cakap lebih pun tak boleh jugak.



chill okay?
insyaAllah, you'll find the way out.

kakchik@ella said...

perenggan terakhir tu yg paling berat jah. dah la kita frust dan kecewa, nak bgtau mak pulak?? Alahai ..

Liquid said...

betul2 bende tu yg plg berat. org tua kita dh suke kite msuk U, tup2 jadi cmni hmm. tp xkan selamanya nk simpan rahsia tu kan, kene bgtaw jgk lambat laun. juz minx dia slow talk ngan family dia n npe dia cmtu. mmg brcakap mmg sng dr buat tp its the only way...

Pinky Pixie said...

cuba bawak berbicang dulu. agak2 xjmpe pnyelesaian gak, rasenye mmg kena bgtaw parent dia. betul, lambat laun mereka akan taw juga..

nora said...

beb u nasihat la dia jgn buat keputusan drastik cmtu

sugget dia tukar course yg lebih easy, mungkin yg skarang to tough to handle

mcm membe i, tak tahan ngan egineering n tukar to mascomm
(and she's happy now =)

cakap yg u tau keputusan dia dr email tu, jgn ckp sapa2 bg tau

d_LA said...

simpati ngan nasub kwn echah tu..mmg berat gak mslh tu..dla rs nasihat NORA leh pakai tu..

♫ Katerina ♫ said...

echah,
Jangan down sangat tau.
Insya-Allah Allah akan permudahkan segalanya nanti.

Semua masalah ada penyelesaiannya.

diana said...

kesian dia..
memang tekanan sangat tu..
akak pernah rasa gitu..
hidup jadi murung je..
bangun pagi je rasa tak semangat...
echah kena nasihat kan dia tu..
takut keadaan jadi teruk dan dia buat benda bukan2 lak..

echah mashuri said...

alya~thnks dear:)

sue~oo..

long~aku setuju.bukan kejian.tp dorongan.tp aku mcm xboleh nk nsihatkan dia.bukan sbb ape.sbb ak rase lainn.tp ak akn nasihtkan jgk.tggu masa yg ssuai

fariq~thnks en fariq.insyALLAH.akan ade yg terbaik nnti

echah mashuri said...

kakchik~tulaaa..kalau echah dah xboleh pikir ape dah.wuwuwu

anis~thnks dear.hee..insyALLAH akan ade jalan terbaik nnti.yg penting dia tak buat benda yg xelok.org pompuan neh lain dari laki.

encek liquid~tula pasal.mase masuk u kemain buat knduri.ape.nnti ape kate org kmpung;(

echah mashuri said...

yaty~tulaaa..rase tuh yg terbaikk..echah pn tak tau nk suruh dia wat cmne

noa~ak pun rase nk ckp cmtuh..kalau dh xleh nk ctch mmg xleh dah.nntilah ak cuba try kat dia.

d_la~ghasenyaa punn..boleh kan mntk kos lain..harap dia sabar

HaNTwO said...

Pokcik pernah kena buang sebab gaduh dengan lecturer...kesilapan tu biasala permulaan untuk kita lebih berjaya..belajar daripada kesilapan lebih elok..gagal sekali bukan selamanya kita gagal...kalo otak dah dikawal emosi maka melarikan diri daripada adalah jalan terbaik...kalo berfikir secara waras mesti Kawan echah tau apa yang patut dia buat...nak berhadapan dengan keluarga?? marah diaorang bukan lama...busuk2 pun anak kan??

echah mashuri said...

kate~thnks dear :)

akk diana~tulaaa..echah pn takut dia buat ape2.dia tkut kott2 dia lari..uwaaaa;(

nas said...

isk3
susah kot kalau asyik repeat paper je...
harap2 ko dan kawan2 ko dapat menegur dia ngan cara berhikmah...
huhuhu..sian kat parent dia

Lady SharpShouter said...

mmg akan serba salah kan bila dok dlm situasi mcm ni.aku rasa ko kena try amik peluang utk ckp dgn dia.kdg2 berat nak buat, tp dr dia pikir bukan2, at least dia rasa ko nih supportive..

bunga said...

tapi bg bunga dia kena bgtau mak dia..cz segala urusa tanpa restu ibu itu amatlah xelok..

iwan_dextrous said...

elok bincang je ngan family..kena marah ke ap tu bese r kn...dri berlaku perkara lg truk baik kte cegah dulu.^_^

:: noremy anak rahmat :: said...

follow & BW..

mehla jenguk belog ai..

salam kenal! (^_^)

Yann Mazian said...

kesian gak kawan ecah tuh ye. mungkin ya, dia benar2 tertekan. apa2 pun, semoga apa jek keputusan yang dia ambil untuk dilakukan, mudah2an ianya merupakan yang terbaik untuk dia dan tidak mengecewakan sesiapa pun.

Ieqa Swetluv said...

ika rasakan susah camna-camna pun, dia kena gak berterus terang dengan family dia dan cakap perkara yang sebenarnya. biarpun pahit tapi sekurang2nya dia jujur pada family dia. sebab sejauh mana kita larikan diri dari masalah, namun masalah tu akan jadi dua kali ganda lebih berat dari sebelumnya. waktu2 camni kawan ni penting untuk bagi sokongan pada dia

mR.sYaH said...

mmg complicated r.. aku rasa kau kena slow talk.. bagi semangat tuk dia.. mungkin dia takut nak bgtau mak bapak dia.. jadi dia perlukan kita sebagai kawan untuk berikan kekuatan untuk dia..
kalau boleh pujuk dia jangan berhenti belajar.. ini dugaan untuk dia.. biarlah kita bersusah sekarang kerana mungkin masa depan kita akan senang..

AngahSayang2314 said...

perhhh kalau bab tue yg buat kita menggigil kan??? tapi angah tahu seorg ibu kalau anaknya macam tue dia terima ngan hati terbuka.... percayalah

nur aisya humaira said...

Echah, akak ade kawn camni mse kt u dlu...yg bezanye die always ngadu kt akak, tpi ble akak bgi nasihat tk pernah nk dgr...setiap sem die ckp nk quit, sbb masalh kewangan...akak nk tolg memg tk mampu...so,akak amik inisiatif tolg die mintk zakat kt u..alhamdulillah blh, tpi still buat pea nk kuar...yg geram sbb tk nk dgr ckp org..alih2,akak bt tk thu je...akak ckp,papehal ckp dgn kaunselor kt u...akak ajak die pi jumpe kaunselor...then,alhamdulillah die grad..tpi die lgsg tk pi amik konvo n certificate die...

Kite sbagai kawn, juz mampu bgi nasihat supaya die pikir mase depan..keputusan pape, biar die tentukan...Kite juz cakap ape yg kte akan jdi incase klu die bt camni,camni...klu die paham,die akn pikir...

Akak paling kecian klu membe2 buat camni...bkn ape,kte tk thu mase depan kte camne kan..semoga echah mampu buat membe pk dgn matang...:)

panjg plak akak comment...sory chah..:)

shameel Iskandar said...

susah juga nak cakap benda mcm ni sbb kita tak mengalami apa yg dia alami.

Dlu seorg member yg dh tahun ke-3 perubatan usm kbg kerian berhenti belajar dan aply ambik kimia industri kt usm penang.katanya dia dah x boleh ambil medic. malah apa sahaj berkaitan biology dia amat benci. Itu kisah kaswan saya ketika belajar kt USM.

Dua tahun lepas, seorg bks pelajar sy kt sabah dlu, tiba-tiba berhenti belajar sofware engin kt UMP. Alasannya dah tak boleh nak truskan.

Jadi, ats apa yg menimpa sahabat & bks student saya, skrg ni sy selalu nasihatkn pelajar2 sy spya fikir btol2 apa minatnya. jika x minat akademik, baik trus ke seklah teknik or vokasional. jgn paksa diri belajar add math, kimia dll tapi otak x boleh trima.