Sunday, June 1, 2014

Tips Diet : KURUS DENGAN DIET ATKINS

Diet Atkins (SILA TEKAN LINK INI. Terlalu panjang nak terangkan.Kasi tag so setel dah.HAHA)

* Aku tak tahula ada tak yang baca blog ni. Tapi aku harap sesiapa yang google jumpa keyword ni. Sape yang betul-betul nak kurus harap dapat sedikit info pasal atkins time  tengah google cara diet yang berkesan. Untuk future research pasal atkins  boleh tengok link atas sekali yang aku bagi tu ye. Jum lah kawan-kawan. kurus. Best ooo kurus.  (Masalah kurus ke ko ecahh. style nak bagi orang jeles and ikut diet sekali) HAHA.

Walaupun sekarang aku hanyalah pengamal diet low karbohidrat dan cuba untuk belajar kalori counting tapi jasa atkins tak akan aku lupakan. Aku nak kurus bukan sekarang je. Aku start blajar diet time form 2  lagi. Macam-macam jenis ubat kurus aku telan. Dari yang teh yang terberak tercirit , dengan tu sampailah kapsul yang boleh buat kau terkentut banyak kali tu sebab banyak kandungan halia dalam tu (Yusmira pati halia letteww, Sampai ke dr. rozmey pun penah try. Tapi result non hado makin gemuk adelah!. Dari zaman sekolah menengah menginjak ke zaman diploma sampailah degree, Diet sebulan dua kantoi. Memang diet kalori tak berkesan untuk aku sehingalah aku cuba atkins dan percubaan pertama dah BERJAYA, . WALAUPUN sekarang ni aku tak kurus sangat pun tapi still berkesan untuk aku! Ubat kurus tak akan membantu selagi tak jaga pemakanan dan tak buat lemak ang menangis (bersenam.Lemak menangis tu bersenam la, bila bersenam tak ke berpeluh itulah lemak menangis. Hiperbola melampau)



InsyaALLAH aku akan update dekat tag MyDietJourney,  Ape-ape update pasal diet nanti akan diletak dekat tag tu bila ada kelapangan. Tapi ala senang je diet ni. Jaga makan je no. Satu lagi jaga nafsu and kurangkan alasan. Kurus la nanti. Aku share ni tak ada niat nak berlagak ape sebab sekarang pun aku masih lagi overweight. Tapi kot ada yang bila tengok perubahan aku diaorang lagi semangat nak diet why not kan? Ada jugak pahala aku tolong ringankan bumi. Kekekeke.


So camne nak start diet? Jawapan dia senang je. Cari gali ilmu atkins. Dalam google berlambak. Group KDA (Kelab Diet Atkins) punnn ada. Gigihkan diri. Kurus tak akan jadi dalam masa semalaman. Makan bulan makan tahun yoep.! Satu lagi kalau rasa tak sesuai dengan atkins p cari diet lain. banyak jenis diet lagi dalam dunia ni. Jangan duk hentam atkins. Cari yang sesuai dengan diri. Yang penting , jaga makan dan exercise. jaga makan dan exercise. jaga makan dan exercise.

1 comment :

Jane said...

woww jauh perbezaan...good luck... jane skrg malas nk diet...ape kena ntah hahah