Sunday, December 26, 2010

eleh.sombong gila dia neh=_=

pernah tak terjumpa orang sombong?mesti pernah je kan.muka masam mencuka je ,senyum pun tak berbalas.tapi kite ni janganlah senang-senang je nak cop atas dahi sape-sape yang dia tuh sombong.mana tau diaorang muka masam sebab tengah tahan nak berak ke.muka kerut gila.HAHA.yang penting positif.tapi positif pun beragak-ragak la jugak..dulu aku ade lah tak suka dua orang minah ni sebab diaorang sombong sangat.asyik jeling je bila jumpa.tapi kini.perghhh..kawan dunia akhirat dah!kamceng habis.erkk..harap si dua orang tuh tak baca entry aku kali ini dan tak komen jugak:D.orang kata,tak kenal make tak cheeentaaa.dah kenal tergila-gila.i love u porever la sayangs,

orang pun selalu jugak cakap aku sombong,muka garang.takut nak tegur,apekah..?mungkin sebab aku hitam kot,kalau sengih pun orang tak perasan.aku rasa aku ramah bila dah kenal kot.aku pun tak tau.sebab,selalunya perangai kita orang terdekat je kenal.kalau diaorang cakap muka aku sombong.betul lah tuh.aku terima dengan redhooo.=_=.

arghh..entri dah merapik dah neh.sebenarnya aku ada nak kongsi ubat orang sombong.ubat dia tak mahal.tak caye meh kite check.::

Bismillahhirrahmannirrahim..

Panduan Imam Al-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong:

Hayatilah azan kerana di sana terdapat cara-cara untuk berjaya. Beberapa panduan Imam AL-Ghazali supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

1. Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan di dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk islam, maka segala dosa mereka akan diampunkan oleh Allah.

Wallahualam..

ok tak ubat dia.senang je weh.cakap senangla,nak buat tuh susah.tapi yang penting niat dalam hati.ohhh!esok aku nak senyum kat semua oranglah.HEHE.aku rase ape-ape pun mesti berfikiran positive.sebenarnya ini lebih kepada pesanan untuk diri sendiri,harap aku tidak lupa bila tepek dalam blog sememeh neh.:)

credit here


last sekali.jangan sombong-sombong ek.gedik takpe.sape sombong kene korek idung.kate zulaikha.




23 comments :

Along Tapa said...

jadik la macam aku...senyum jek..barula orang pandang tak sombong...comel jek~~~ahaks

Gorengbaek - Kenali jenis entri dulu kalo nak berblogging

Hangit habis dah - Gila ko!!!Along Nak berenti berblog??!!!

ankeljonni said...

aku suka mancing kat lombong....

HaN WarreN said...

pokcik minta maaf kalo pokcik sombong selama ni.... :)

Si gadis bunga said...

saya juga selalu menjadi mangsa dikatakan 'muka sombong'.
adoi...
malas dah... tak kenal maka tak chenta kan? bak kate echah ;)

Unknown said...

bagus la echah..
niat yang baik tu..
jangan buat senyum gatai dah la ye..
tau kan senyum gatai..
senyum sambil menjilat2 bibir
dan melentik2 kan badan
hehhe

Admin said...

yang tua dihormati,
yg muda disayangi...

^^,

Admin said...

yang tua dihormati,
yg muda disayangi...

^^,

sud@is said...

dalam hati memang x mau sombong...
kalu orng nmpak sombong tu mintak maaf lah..
untungnya org lahir manisss semulajadi....

Noor Fatin said...

nice post! setuju sgt! :)

Anonymous said...

jangan sombong2 ..
kalo gedik2 takpe .
i like it ! HAHA

p/s :: sape yang sombong tu?
aku tak sombong kan ? :)

Ain Zulaikha said...

macam saya selalu pandang bawah bila berjalan, and orang lelaki je lah selalu kata sombong.. huhuhu sadisnya

Kimie Hashim said...

hehe..cute je adik ni..
aku masuk besok..
27 hb..
huhu..cuaklah echah..

sugar2 kapas strawberry said...

hoho..ada sumone ni.muka dia mmg ketat gler la..kita senyum pon wak bodoh je..sbb dia mmg jns cmni.muka dia mmg takmanis..hari2 muka dia mmg cmni.so da biasa..buat bodoh sudah

Liquid said...

sombong, p dok lombong... kan.. heh

Anonymous said...

aku baca neh, aku baca, komen siap eyh ! ;p

soffea said...

echah :) betul. tak suka woo org sombong. huhu. tapi kdg2 takut gak kalo org anggap kite sombong~ bleh la praktikkan tips nie. moga2 dijauhkan dr sikap sombong.. insyaAllah~

Anonymous said...

thx for d sharing echah. kena amal xleh baca je kan. huhu

Unknown said...

long~~ahah,,aku pun senyum lahh..tapi nk wt cmne.org ckp muka ketat jugak.mentang2 aku tak manis=_=

abg joni~~haha..pancing pompuan penah?;p

pokcik han~~eh..mane ade sombong.hehe

Unknown said...

anis~~eheh..kite senasib,kena lebih makan gula neh bagi manis.;p

akak diana~~~hahaah...gedik geletis mcm tuh kak!hanya untuk org trsyg je.;pp

ahs~~sokong2.;)

sudais~~~betul2..kelebihan semulajadi.;)

fatin~~hehe..thnks!;)

Unknown said...

qylla~~hahha...gedik tu sape yeee?;p
sombong tuh mstilah diaaa tuh.ehhee

ain~~tu sopan namenya;0

kimie~~hahaa...gudluck wehhh..esok dah masuk dunia baru.;)

cik linn~~eehehe..muka ketat nak buang air kottt.;p
mmg semulajadi msm kot.

Unknown said...

encek liquid~hahah..pegi mancing kt sne;p

uny~~aiiyoookkk...xtau..hahaaha..keh2

sis soffea~~heeheh...sombong ke muka sis?xdaklah,,ok je.:)manissss

maCy~betul dear!sokong:)

Ceqna said...

huarrghh3 !

Unknown said...

huhuhuh..jgnnn ,mrhhhhhh naaaaaaaa;p